Tuesday 25 February 2014

PANDUAN MEMILIKI PERUT RATA a.k.a TAK BUNCIT

...CABARAN 60 HARI. ..

Cantik bergaya tak bermakna kalo bahagian pinggang anda agak besar.. maksudnye tak d cutting... Ini sangat menganggu penampilan dan juga kesihatan... Biasa nya, Lingkaran pinggang yang berlebihan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius.. G check balik pinggang anda...


Tak cukup dengan senaman kerana pola hidup yang seimbang juga boleh mempengaruhi bentuk badan seseorang... Jadi, untuk mendapatkan bentuk PERUT yang rata.. meh kite cuba tips ini..

KUNYAH MAKANAN LEBIH LAMA
===============================
- Menurut Dawn Blatner, penulis buku The Flexitarian Diet, Mengunyah lebih lama adalah cara yang paling mudah untuk mengelakkan perut kembung..
- Mengunyah dengan cepat boleh menyebabkan makanan tidak hadam dengan baik sehingga perut menjadi buncit.. Jadi, kunyahlah makanan sehingga halus dan hancur..

KURANGKAN PENGAMBILAN GULA
================================
- Menurut Jorge Cruise, Penulis buku The Belly Fat Cure, mengurangkan pengambilan gula dapat menjaga insulin atau glucagon dalam badan.. Glucagon adalah hormon yang membantu melawan lemak perut agak tidak menimbun..


BANYAKKAN MENGAMBIL SERAT
==============================
-Kajian menunjukkan bahawa orang yang makan lebih banyak serat mempunyai bentuk badan lebih kecil berbanding mereka yang tidak makan. Ini kerana serat berfungsi menghalang lemak masuk ke dalam badan terlalu banyak. Contohnya, beras merah, gandum, sayuran dan buah-buahan mentah adalah beberapa makanan yang banyak mengandungi serat.

KETAWA
=========

- Ahli pilates, Kristin McGee menyarankan supaya kita ketawa kerana ia dapat mengurangkan lemak badan. Setiap kali anda ketawa, otot-otot akan mengencang di bahagian perut.
- Selain itu, ketawa boleh mengurangkan 10-40 kalori setiap 10-15 minit sehari..

LATIHAN FIZIKAL
=================

- Myatt Murphy, penulis buku The body You Want in the time you have, menyarankan untuk melakukan aktiviti fizikal yang boleh membuatkan denyutan jantung terdetik.
- Contohnya, berjogging, berlari, berbasikal atau berenang selama 10-15minit sehari 3-5kali seminggu..


ELAKKAN MENGAMBIL MANISAN
================================
- Leslie Bonci, ahli nutrisi dari universiti Pittsburgh Medical center mengatakan kebanyakkan manisan diletakkan dengan label 'sugar free' biasanya di masukkan polyol yang menyebabkan gas dan kembang..
- Jadi, elakkan daripada membeli kudapan yang mengandungi kandungan sorbitol, lactitol, dan maltitol..




MINUM JUS BETIK
=================
- Jika anda mengharapkan perut rata dan berat badan berkurangan dengan cepat, masukkan jus betik dalam diet seharian anda. Minum jus betik mampu mengatasi sembelit yang menyebabkan perut buncit.
- Anda boleh terus makan atau tambahkan dengan jus limau bagi yang tidak suka dengan baunya...

ELAKKAN DARI STRESS
=====================
- Stress dan depresi boleh membawa kepada timbunan lemak pada perut. ini kerana, keinginan untuk mengambil makanan lazat dan berlemak lebih besar ketika stress. otak tidak akan fokus pada makanan sehingga tangan anda mengambil makanan lain tanpa sedar...
- jadi cuba kurangkan stress dengan meditasi selama 20 minit, bersenam aerobik dan kardio bersama kawan-kawan



Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya  SMS/WhatsApp| add saya di FBZa Fair (Mas Masya) untuk konsultasi percuma & LIKE fanpageZa Fair's Supplement untuk tips kesihatan/kecantikan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...