Thursday 28 November 2013

KEGUGURAN | RISIKO KEGUGURAN

assalamualikum... Keguguran ialah kehamilan yang berakhir sebelum kandungan berusia 20 minggu. perkara cam ni xd sape pon nak.. mintak-mintak kite semua (preggy mom) selamat lah hendaknye.. amin... 
Pada masa ini, bayi belum lagi berupaya untuk hidup di luar rahim. Semasa keguguran, bayi, uri, dan ketuban akan keluar dari rahim. Kadang-kadang tidak semua itu keluar sekali gus dan ada yang tertinggal di dalam rahim.


Dalam kebanyakan kes, ia disebabkan oleh janin yang tidak sihat (80%) dan yang tidak dapat membentuk dengan sempurna. Keguguran adalah kejadian yang kerap berlaku, dan pada 15-20% daripada jumlah keseluruhan kehamilan. Sekiranya anda keguguran, bukan bermakna anda tidak berpeluang untuk hamil secara normal pada masa hadapan.


Beberapa faktor yang dikaitkan dengan risiko untuk mendapat keguguran iaitu:

✿ Pemakanan yang tidak sihat

✿ Merokok

✿ Horman yang tidak seimbang

✿ Jangkitan kuman

✿ Masalah penyakit yang dihadapi seperti jantung, sakit buah pinggang, kencing manis dan sakit tiroid.Terdedah pada radiasi dengan banyak

✿ Mengambil ubatan yang memudaratkan bayi

✿ Demam yang tersangat panas

✿ Rahim yang tidak normal


Bila perlu berjumpa doktor?

Pendarahan semasa awal hamil adalah salah satu tanda keguguran. Anda harus berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami pendarahan seperti berikut :

    ✿ Pendarahan yang ringan tetapi berpanjangan sehingga dua minggu
    ✿ Pendarahan yang membasahi satu tuala wanita
    ✿ Pendarahan yang berketul-ketulSakit perut berpanjangan
    ✿ Keluar lendir yang berbau dari faraj
    ✿ Demam melebihi 38 darjah C

Selepas keguguran

   ✿  Haid normal akan kembali seperti biasa selepas 3-6 minggu
   ✿ Jangan gunakan tampon
   ✿  Jangan douche vagina anda
   ✿ Jangan pergi berenang atau berendam dalam sauna panas.
   ✿  Jangan membuat hubungan seks sebaik sahaja keguguran
   ✿  Anda mungkin akan mengalami sakit pada bahagian bawah ari-ari yang sama dengan sakit semasa haid. Ia mungkin akan berpanjangan sehingga 2 hari selepas keguguran. Berjumpalah dengan doktor sekiranya sakit itu berpanjangan.

Dilatation and Curettage (D&C)

Prosedur ini akan dibuat sekiranya sebahagian tisu dari hasilan kehamilan tertinggal di dalam rahim. Sekira ia tidak dikeluarkan, pendarahan atau jangkitan kuman mungkin akan berlaku. Aktiviti harian boleh diteruskan semula sekiranya anda merasa sihat. Tanya doktor anda untuk sebarang aktiviti yang lebih lasak.
Hamil selepas gugur

Dicadangkan agar anda menunggu sekurang-kurang 2 bulan sebelum anda merancang untuk hamil semula. Ini akan memberikan masa untuk rahim dan badan sembuh.

------------------------------------------------ 



Anda juga di cadangkan untuk mengambil set berpantang + GLA sekiranya keguguran berlaku.. ini kerana.. anda perlu berpantang seperti wanita lain yang telah melahirkan baby.. hal ini perlu untuk mengembalikan tenaga dan untuk kesihatan yang lebih baik... 


 
Masharyana | edmas077@yahoo.com | 016-6810844 | shaklee id 869907 | klang / sekinchan 

Monday 25 November 2013

SET DARAH TINGGI SHAKLEE

Assalamualaikum.. Hari ni teringat kat sorang makcik ambe yang ngidap darah tinggi ni.. sampai rase nak pecah kepala katenye.. ngan anak kecik.. of cox la bising kan.. ok here, istilah merawat sebenarnnya tak berapa tepat, kerana suplemen tidak merawat sebaliknya mencegah dan mengatasi.



Darah tinggi adalah salah satu pembunuh senyap yang utama. Ia merupakan penyakit yang kurang didiagnos dan dirawat di seluruh dunia sehinggalah hari ini. Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan II menunjukkan bahawa kira-kira 24% penduduk Malaysia menghidap darah tinggi . Kebanyakannya disebabkan oleh pembentukan ‘benteng’ dalam salur darah yang disebabkan oleh kolesterol.

Darah tinggi merupakan satu faktor utama untuk mendapat penyakit kronik lain seperti arteri koronari, cerebrovaskular, arteri periferi dan kegagalan ginjal. Penghidap darah tinggi berisiko untuk mendapat strok atau angin ahmar.

Adakah produk Shaklee dapat merawat darah tinggi? Merawat 100% mungkin tidak, tapi mengawalnya dari menjadi lebih teruk, mengurangkan simptom, serta mengelakkan darah tinggi dari berlaku.

Vitamin Shaklee yang disarankan kepada penghidap darah tinggi:-

    Vitamin Asas iaitu Vitalea, B Complex dan Vita-C 
 –> membekalkan sokongan yang diperlukan oleh sistem imun badan untuk melawan sebarang kesan jangkitan dan mengekalkan kesihatan kardio-vaskular.

    Carotomax, Vita-C dan Vita-E  
–> gabungan nutrien antioksidan penting untuk mengurangkan risiko penyakit yang terhasil daripada aktiviti radikal bebas.



    Omega Guard 
 –> merendahkan paras kolesterol tidak baik dan meningkatkan fungsi jantung


    Garlic Complex 
–> mengawal jangkitan, menurunkan tekanan darah, menurunkan kolesterol dan memelihara kesihatan selular.


Dapatkan hari ini dengan hadiah istimewa dari ZairMAS!

kekanggan kewangan??? jika itu yang menjadi isue.. anda boleh terus berhubung dengan saya dan pilih ikut kemampuan anda... insyallah tak akan membebankan...

Masharyana | edmas077@yahoo.com | 016-6810844 | shaklee id 869907 | KLANG / SEKINCHAN

Friday 22 November 2013

BUKU MERAH

Assalamualaikum readers.. lamenye blog tak ber update.. huhuuu.. malas xyah kate.. dengan morning sickness ni lagi lah buat badan mengade2nye over.. huhuhuhuuu... Entry kali ni khas buat bakal ibu yang nak buat buku merah... so, take note ye bakal ibu yang kiut2...



i dah buat..!!! heheheh.. ni lah.. nak menunjuk sikit.. heheh... kepada bakal ibu yang nak buat buku merah ni.. kine datang awal g klinik kesihatan yang berdekatan rumah okay.. ingat tu.. lau x.. tak akan di layan.. so, surveylah siap2 mana klinik yang paling dekat dengan rumah anda... dan jangan lupa bawak document yang berkaitan seperti.. 

1) ic ( suami /isteri)
2) sijil nikah ( ori & copy)
3) bill utility

oh ye... sebelum nak pagi tu, make sure bakal ibu dah siap2 kol klinik tu.. n hari apa untuk preggy moms.. yang penting DATANG AWAL.. then, bawak lah bekal seperti kuih & air tok alas perot.. cox mase nak tunggu tu punye lah lama... lagi2 ramai...

Mas pon baru j buat... last month check baru sebulan lebih j.. so rilex j la.. sekali nurse tu gtau dah 3bulan..! oh my baby.. cepatnye awak... seb baik nurse tu xd  bising cox lambat.. hhheheee... ari tu pagi just buat buku merah j.. next week pagi lagi tok amik darah.. ni lah perkara yang paling tak suke sejak azali lagi... huishhhhh..! terasa kematian tu dekat j bila di cucuk jarom.. mase nak kawen ritu dah la amik darah nangiss.. esok tak tau la.. malunye lau nangiss.. nak jadi omak dah ni.. hihiiiii...

Selami ni rase nak pitam n badan rase lemah gemalai j.. napas pon rase pendek beno.. ingatkan hb low.. alhamdulillah semua ok.. selamat!! cume kurang darah j.. n oksigen lambat.. tu yang rase napas pendek j... so, nurse tu suruh la makan pelam cox pelam tu banyak zat besinye.. dan di sebabkan mas x minum susu.. kine lah amik jus buah setiap hari.. seb baik d amik ostermatrix.. ehehhehee...lebih tepat mas d amik dah set kehamilan shaklee..

Kepada bakal ibu yang mungkin rase xok.. rase ok... yang nak kan lebih untuk diri dan kandungan anda.. sangat=sangat di sarankan amik set kehamilan shaklee ye... if awak nak harga best, consultation free.. carik mas kay.. of cox special price menanti.. hantaq sampai depan pintu umah lagi...hehehhe..

okayyy, sekian untuk info hari ni.. hopely ia membantu para bakal ibu tok nak wat buku merah tu.. rilex kay... tahniahhhh.. :)))


Masharyana | edmas077@yahoo.com | 016-6810844 | shaklee id 869907 | KLANG / SEKINCHAN

Thursday 14 November 2013

TEKANAN DARAH RENDAH / BH LOW DIKALANGAN IBU HAMIL

RASA letih, tidak sihat, emosi mudah terganggu dan tubuh lemah sering berlaku pada kebanyakan wanita mengandung hingga mereka terlepas pandang dan menganggap ia perkara normal sehingga ia tidak diberikan perhatian serius.
Mereka mengabaikan gejala yang dialami kerana menganggap semua itu adalah kesan akibat perubahan hormon dalam badan, namun sebenarnya bagi seorang daripada tiga wanita, masalah terbabit boleh menandakan gangguan yang lebih serius iaitu anemia atau kekurangan sel darah merah akibat tidak mendapat zat besi secukupnya.
Memandangkan seorang daripada tiga wanita mengandung mengalami masalah kekurangan zat besi, keadaan itu lebih lazim berlaku daripada yang disangka.

Walaupun masalah kesihatan itu bukan normal, tetapi ia sering tidak diperiksa atau dirawat menyebabkan ramai ibu dan bayi mengalami kesan kesihatan dalam jangka panjang.


Pakar Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Premitha Damodaran, berkata ramai masih tidak tahu masalah kekurangan zat besi yang serius adalah merbahaya dan ia boleh menyebabkan masalah kesihatan serius bukan saja kepada ibu, tetapi turut memberi kesan pada bayi yang dikandungnya.

Beliau berkata, wanita bukan saja perlu mengambil zat besi yang cukup semasa mengandung, tetapi ia juga penting sebelum proses mendapatkan zuriat. Kepentingan zat besi semakin bertambah selepas melahirkan anak dan sepanjang tempoh menyusukan anak.

“Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan untuk memastikan kelangsungan hidup.

“Oleh itu, wanita yang menghadapi risiko anemia perlu merancang dan menjaga diri ketika hamil serta selepas melahirkan anak dengan mengawasi kandungan darah mereka.

“Apabila bilangan sel darah merah kurang daripada normal (12 hingga 15mg/dl) wanita menghadapi risiko mengalami jenis anemia yang paling umum iaitu anemia kekurangan zat besi,” katanya.

Menurutnya, kekurangan zat besi dalam badan berpunca daripada diet yang tidak cukup zat besi, penyerapan rendah oleh badan, kesan sampingan ubat tertentu, keadaan genetik, kehilangan darah teruk dan kehamilan.

Wanita hamil memerlukan zat besi tambahan untuk menghasilkan lebih banyak darah bagi menyokong keperluan khasiat pemakanan diri sendiri dan juga tumbesaran bayi mereka.

Katanya, dianggarkan wanita memerlukan kira-kira 50 peratus lebih banyak zat besi ketika hamil iaitu pertambahan jumlah daripada 15mg/dl kepada 27mg/dl sehari.

“Malangnya, ramai wanita memulakan kehamilan tanpa mempunyai simpanan zat besi secukupnya untuk memenuhi permintaan lebih tinggi badan terhadap mineral itu, menyebabkan anemia kekurangan zat besi yang berlanjutan berlaku sehingga selepas melahirkan anak,” katanya.

Antara wanita yang berisiko mengalami anemia kekurangan zat besi selepas bersalin ialah:


*Wanita yang disahkan menghidap anemia kekurangan besi semasa hamil
*Wanita yang mengalami kehilangan darah berlebihan semasa melahirkan anak
*Wanita yang sudah beberapa kali melahirkan anak
*Ibu yang menyusukan bayinya


Bagaimana hendak mengetahui jika seseorang wanita itu mengalami anemia? 
Antara gejala anemia yang sering dilaporkan ialah pucat, letih, lesu, sesak nafas dan jantung berdegup laju.

Katanya, anemia ketika hamil dan selepas melahirkan anak sering dikaitkan dengan komplikasi kehamilan yang serius seperti keguguran, kelahiran pramatang, saiz bayi yang kecil, koma dan paling membimbangkan ialah kemungkinan ibu meninggal dunia.

Anemia ketika hamil boleh dikesan dengan penentuan tahap hemoglobin dalam darah melalui ujian darah.

Sebelum merancang untuk mengandung, wanita juga digalakkan berjumpa doktor dan menilai tahap hemoglobin dalam darah namun malangnya, kebanyakan wanita hanya berjumpa doktor apabila sudah mengandung dan ketika ujian darah dijalankan, mereka sudah pun didapati mengalami anemia ringan.

Wanita hamil yang mempunyai kepekatan darah lebih 11g/dl adalah normal manakala yang mencatat 9 hingga 11g/dl menunjukkan masalah anemia ringan, 7 hingga 8.9g/dl pula anemia sederhana dan bacaan kurang daripada 7.0 mengalami masalah anemia tahap teruk.

Dalam keadaan lebih serius, rawatan perubatan diperlukan memandangkan kumpulan wanita hamil itu menghadapi risiko kelahiran bayi pramatang dan mendapatkan bayi dengan berat badan rendah ketika dilahirkan.

Menurut Dr Premitha, tahap keterukan dan punca anemia menentukan terapi yang akan disyorkan oleh doktor, selain pesakit perlu membuat serba sedikit perubahan gaya hidup dan pemakanan.

Bagi menambah bekalan zat besi ketika proses mendapatkan zuriat, semasa hamil dan menyusukan bayi, 
Dr Premitha menyarankan meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayur berdaun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai, labu, bijan dan tauhu.

“Dalam kebanyakan kes,  
doktor mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia. 
Pilih rumusan besi yang boleh diterima oleh badan kerana ia penting untuk memulihkan kekurangan hemoglobin dan mengoptimumkan penyerapan zat besi, membantu wanita menangani anemia semasa hamil dan juga mengurangkan kesan sampingan seperti sembelit.

“Wanita yang menghadapi risiko anemia juga boleh mempertimbangkan pilihan zat besi tambahan dengan salutan perasa untuk melindungi rasa logam,” katanya.

Selain itu, bagi meningkatkan keberkesanan terapi zat besi
ibu disyorkan mengambil zat besi, folat, kuprum dan zink tambahan bersama makanan untuk mengurangkan kesan rencatan.

Vitamin C tambahan disyorkan diambil bersama makanan kerana diketahui meningkatkan serapan zat besi manakala teh dan kopi mengurangkan serapan zat besi jika diambil satu atau dua jam sebelum mengambil zat besi tambahan.

Kalsium tambahan pula disyorkan diambil secara berasingan daripada zat besi, contohnya sebelum tidur, untuk mengurangkan rencatan kepada penyerapan zat besi.

Menurut Dr Premitha, wanita perlu terus mengambil makanan kaya dengan zat besi dan pemakanan tambahan sehingga mereka berhenti menyusukan bayi atau selama enam bulan selepas melahirkan anak, yang mana lebih lewat.

Katanya, dalam kes anemia serius dan mengancam nyawa, wanita mungkin perlu dimasukkan ke hospital, diberikan pemindahan darah atau suntikan zat besi.

“Wanita hendaklah sentiasa memastikan kesihatan mereka dengan melakukan ujian darah apabila merancang untuk hamil, semasa hamil dan empat hingga enam minggu selepas melahirkan anak.

“Mereka boleh mengekalkan kecergasan masing-masing dengan mengambil jumlah zat besi yang secukupnya daripada makanan dan pemakanan tambahan yang membantu meningkatkan paras hemoglobin darah.

“Mereka dinasihatkan mendapatkan bantuan perubatan serta-merta jika terdapat simptom kekurangan zat besi,” katanya.


Memahami anemia dan kehamilan

*Wanita hamil memerlukan 50 peratus lebih banyak zat besi.

*Golongan berisiko adalah wanita yang pernah disahkan menghidap anemia ketika kehamilan terdahulu, pernah mengalami kehilangan darah berlebihan semasa melahirkan anak, wanita yang sudah melahirkan anak beberapa kali dan ibu yang sedang menyusukan bayi.

Gejala dan kesan anemia terhadap kehamilan

Gejala anemia adalah pucat, letih, lesu, sesak nafas dan jantung berdegup laju.
Risiko keguguran, kelahiran pramatang, bayi kecil, koma serta peningkatan kebarangkalian ibu meninggal dunia.

SHAKLEE offer Vitamin untuk untuk menambah zat besi yang harus anda cuba...

 Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki.  Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindungan

Pakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh.  Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang. Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.

Penggunaan harian, Vita-Lea boleh:
Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh*

Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata*

Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi*

Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas*


Siapa yang perlukan Vita-Lea?

Secara umumnya Vita-Lea amat bagus untuk dimakan oleh setiap orang.  Ini kerana kandungan Vitamin di dalam Vita-Lea yang merangkumi hampir seluruh badan. 
Antara vitamin yang terdapat dalam Vita-Lea:

Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat*
Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi*
Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi*
Kalsium - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot*
Boron - Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang*
Magnasium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung*
Biotin - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak*

Lain-lain - Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet*

Para ibu di sarankan mengambil set kehamilan shaklee untuk hasil yang lebih baik.. serta lengkap dengan nutrisi...


Anda juga boleh ketahui makanan yang perlu di ambil untuk menambah zat besi --> makanan untuk kawal tekanan darah rendah 

semoga bermanfaat :)

Masharyana | edmas077@yahoo.com | 016-6810844 | shaklee id 869907 | KLANG / SEKINCHAN


Wednesday 13 November 2013

SET KEHAMILAN SHAKLEE YANG HARUS DIMILIKI

Alhamdulillah.. hari ni diberi selere makan even xbanyak tapi ok lah tok alas perot... heheh.. Lau tak, aktiviti wajib terbaring j lah.. Bangun kejap pon rase nak pitam.. adoi... sampai nak minum pon mls...
Dan paling tak tahan tu Rasenya setiap masa ade jer makanan yang di nak... orang ngidam cam ni k??? Tapi nasib baik lah mas bukan nak time tu jugak.. Lau nak time tu jugak mau stresss my husbend tu nak mencarikk.. hehehheh... lately makanan harian wajib pisang goreng... nampak simple tapi susah nak carik... siyess.. memang sebelum ni ade kedai yang pisang goreng die sedap.. da mkn da.. tapi sejak 2minggu ni lain plak.. huhuuuu... mengade lebih betoi..!
Setakat ni belum lagi lah mas nk yang bukan-bukan o susah nk carik.. majoriti semua masakan mak.. dan makanan yang dah lame tak makan...

Di sepanjang kehamilan ni, Vitamin shaklee tak putus amik.. Sebab diri sendiri dah sedia maklum kekurangan vitamin dalam badan.. Tak minum susu, kurang makan.. badan longlai jer.. kecian my baby...
Setakat makan buah j.. sayo pon kurang.. Takut ni.. mintak yang baik-baik jer lah.. hope semua ok..

Ni antara Supplement yang mas amik sepanjang kehamilan ni...


Omega tu belum lagi... Sebab baru j 1st trimester... Tapi yang lain tu alhamdulillah belum miss lagi... Saya syorkan kepada anda yang bakal jadi ibu tu.. harus amik set kehamilan shaklee ni... Sebenarnya, makanan yang kite amik setiap hari bukan semua nutrien dapat di serap oleh kandungan..
leh itu set ni sangat di galakkan kepada moms to be...

TESTIMONI KEHAMILAN



Jika anda antara moms to be like me.. yang selalu tak bermaya.. HB low.. Rasa nak pitam.. Tak de selere makan.. DAN kerjenye baring sajeee... saya syorkan amik lah set kehamilan ini untuk kandungan dan diri sendiri...

Masharyana | edmas077@yahoo.com | 016-6810844 | shaklee id 869907 | KLANG / SEKINCHAN

Wednesday 6 November 2013

KEBAIKAN VIVIX SHAKLEE

Hi.. Selamat pagi.. hari ke-2 di tahun baru.. Semenjak cuti panjang nih.. asyik bermasker ngan vivix saje lah.. hehehhehe... Ape yang mas sukekan vivix ni sebab ia soft dan bertindak cepat... Jika anda ada masalah jerawat yang terok saya suggest tok try vivix ni... sangat best...!! tu yang mas rase... hehehehh

Meh nak cite sikit apa agak nye vivix ni.. dan da best apa kelebihannya...

Satu campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, anggur Muscadine, Eropah Elderberry dan lobak merah Ungu yang kaya dengan nutrien polifenol yang membantu untuk melindungi terhadap penyakit yang berkaitan dengan usia. Studis telah menunjukkan bahawa polifenol tumbuhan mempamerkan harta anti-penuaan dengan menyokong pertahanan selular, melindungi dan membaiki DNA dan meningkatkan pengeluaran tenaga di peringkat selular. Secara keseluruhan, ia menyokong fungsi sel yang sihat dan panjang umur.

10 KEBAIKAN VIVIX!

1) Menggalak penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
2) Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
3) Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
4) Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
5) Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
6) Mengurangkan insiden bg penyakit nyanyuk
7) Membantu dlm proses penurunan berat badan
8) Menyokong kesihatan mata
9) Meningkatkan kesihatan imum badan
10) Menggalakan kesihatan keseluruhan

Yang bestnye vivix ni.. dengan pembelian 2 botol vivix dengan 1 resit ANDA LAYAK untuk dapat bonus + pendaftaran keahlian secara percuma...

Yang tak terkate nilainya adalah kesihatan yang berpanjangan...Vivix juga sangat sesuai di hadiahkan buat orang yang tersayang.. Sebab kesihatan orang yang tersayang sangat penting dan istimewa kan...

DAN bestnye bulan ni.. BELI 6 BOTOL VIVIX DAPAT 1 BOTOL FREE!!


Masharyana | edmas077@yahoo.com | 016-6810844 | shaklee id 869907 | KLANG / SEKINCHAN

Friday 1 November 2013

WATER PITCHER SHAKLEE SELAMAT.. YANG PENTING MURAH LAGI JIMAT..!

Salam jumaat.. harini terasa sihat sikit.. mungkin my day kot.. tu yang ade tenaga sikit.. hehehheheee.. Tadi bukak paip. nampak air warna kuning a.k.a kerohhh.. apakah...??? terasa tak selamat j.. nak beli penapis air yang beribu-ribu tu kine pk banyak kali... Then baru teringat yang shaklee ada penapis air yang harganya tak beribu-ribu ni.. bawah rm500 plak tu... Jimat-jimat.. kay ni mas share kan... semoga bermanfaat...

Get Clean® Water Pitcher

MEMPERKENALKAN GET CLEAN® WATER
Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multi-paten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

Air yang lebih bersih dan sihat ataupun bumi yang lebih bersih dah sihat
Sudah tentu kita boleh menikmati semuanya!

Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!
• Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
• Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
• Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
• Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama

Pilihan Bijak!
• Hanya beberapa sen bagi seliter air
• Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
• Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik
• Ringan dan mudah dibawa
• Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak

KEISTIMEWAAN SHAKLEE

SELAMAT: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain
Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.

PILIHAN BIJAK: Menjimatkan Kos
Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.

HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa
Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.

MESRA ALAM: Memelihara alam sekitar
Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.

TESTIMONI PENGGUNA WATER PITCHER SHAKLEE


Testimoni yang mengembirakan hati customer yg telah menggunakan SHAKLEE SET GET CLEAN WATER PITCHER….
Tengoklah keadaan air dirumahnya yang warna kuning tu…selepas guna water pitcher ni…air menjadi bersih…dan selamat untuk diminum…Dan apa yang best tentang water pitcher ni….ia mudah dibawa ke mana-mana…dan tak berat….sesuai untuk dibawa ke tempat-tempat yang sukar mendapatkan air bersih…

mode : puas ati!

ni bukan cilok org lain ye..ni umah sendiri nye kat seremban 2..air dlm glass kanan tu direct dr paip pg td kul 6.30..air dlm glass kiri direct dr paip tp telah di filter oleh SHAKLEE SET GET CLEAN WATER PITCHER.. sebab tu lah sebelum ni x nak minum air paip..tgk kaler pun dah takut..huhu tp skang dah x lagi..minum air x masak pun senang hati..bg kat qaid pun laju dia minum..heheh


Masharyana | edmas077@yahoo.com | 016-6810844 | shaklee id 869907 | klang / sekinchan

Special November

Bismillah.. Assalamualaikum semua readersss... Hari ni 1 nov that's mean my birthday..! terasa sangat bermakna.. yup birthday pertama as wife, and moms to be.. 11bulan pertama  kami bersama... pepagi da buat hati terharu... hukhukhuhkkk.. Tak sangke dah tue2 gini dapat jugak hadiah.. heheheh..Sebab tak pernah terlintas nak dapat special present ni.. selalu tgk org lain j yang dapat.. sekali harini dapat...!! Tapi Hadiah paling bermakne tentulah someone yang bakal lahir...hahahha..  thanks cyg..Luv u ketat-ketat..!!

Ok.. Here sempena my special day, 1-7hb november ada special untuk anda pelanggan setia Za Fair.. Hanya perlu membeli apa sahaja shaklee product dari Za fair.. Off RM5 untuk semua postage ye.. Offer ni berkuat kuasa start hari ini (7 hari sahaja)...

Promo November 2013


Nov'13 Product Promotion - Vivix (Buy 6 Free 1). DN2280(WM)/DN2394(EM)/UV708. Place your order now! TQ

Tahun 2013 ni sahaja dah 2x Promo VIVIX tau.. (termasuk bulan ni) Mungkin di sebabkan permintaan yang mengalakkan.. atau pun mungkin banyak product yang out of stock buat sementara waktu.. heheheheh.. not sure tapi for me ni lah peluang TERBAIK untuk kite memborong VIVIX lagiii.. yup borong lagi... sebelum ni mas dah borong 2 botol.. ehheheee... 1 tok diri sendiri, 1 botol tok my parent dan hasilnya sangat best...!

dari pengalaman mas consume vivix ni... Sebelum consume vivix ni, mas d masalah jerawat yang tumbuh mencanak macam lepas hujan.. rase subur j kulit ni... padahal tiap bulan g wat facial muke... Tapi siyes rase membazir j sebab xd perubahan... sampailah ader sorang cust mas amik vivix ni dan die gtau jerawat die makin kurang.. & siap order tok botol ke-2.. mas pon nak try jugak lah..! ehhehehe

Lepas seminggu try, ade sikit perubahan.. oh dalam seminggu tu.. TIAP hari bermasker vivix tau..! kekadang adelah terase rugi.. sebab mahal kan.. mengade-ngade nak wat masker plak.. Tapi rase tu berbaloi dan terbayar sebab hasilnye ok dan ketare much better dari tiap bulan g wat treatment tapi xd perubahan..! 

Masa mas consume vivix tu, bukan lah semata- amik vivix sahaja... maksudnya amik sekali ngan gla, bcomp.. mungkin sebab hormon jugak kot.. skang much better.. muke xd rase gatal lagi.. jerawat xd merah-merah da.. tinggal bekas jerawat j.. dan sekarang totally stop consume vivix ngan gla.. sebab da preggy..! Tapi still wat masker.. hehehe... 

ni Ape yang mas consume  tok masalah jerawat, hormon.. dan kesuburan...

Tak boleh nak upload pic lahhh.. sory kay.. November special start today..1 jangan lepaskannye okayy.. Alhamdulillah dengan income dari shaklee tiap bulan, dapatlah lepas ape yang patut.. heheheh.. Dan jika anda nak join me tok tambah income tiap bulan.. atleast RM500 sebulan k.. meh la try, dan anda pasti teruje...

Masharyana | edmas077@yahoo.com | 016-6810844 | shaklee id 869907 | KLANG / SEKINCHAN

Tips Kehamilan – Perkara Yang Perlu Dielakkan Ketika Mengandung

Setiap pasangan berkahwin pasti mengimpikan cahaya mata sebagai pengikat kasih mereka. Tentunya berita kehamilan paling ditunggu selepas diijabkabulkan, namun kehamilan buat pertama kali pasti memberi pengalaman baru kepada setiap wanita.



Perasaan berdebar, takut dan gembira pasti menyelubungi setiap pasangan. Banyak petua dan pantang larang perlu diikuti sewaktu hamil bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

Pengalaman hamil pasti memberi pengalaman manis sebelum bergelar ibu. Gejala seperti morning sickness, loya, pening antara simptom biasa dialami setiap bakal ibu. Selelah menampakkan Tanda Awal Hamil Atau Mengandung, anda hendaklah bersedia dengan pantang larang tersebut:

Perkara Yang Perlu Dielakkan Ketika Mengandung

    Penjagaan kuku tangan kaki
 – Anda sering mendapatkan rawatan kuku di salun sebelum ini. Jika boleh, elak melakukannya ketika hamil, terutama pada tiga bulan pertama usia kandungan anda. Ini kerana produk kecantikan yang digunakan mengandungi bahan kimia. Lebih baik anda mengambil langkah berjaga-jaga menghindarinya.

    Jalani rawatan muka
 – Jika sekadar mencuci biasa menggunakan produk bebas daripada bahan kimia, tidak mengapa. Namun, pastikan produk digunakan bersih dan tidak mengandungi bahan berbahaya.

    Mewarna rambut
 – Seboleh-bolehnya elakkan, terutama pada trimester pertama kehamilan, kerana dikhuatiri bahan kimia dalam pewarna meresap ke dalam kulit dan menimbulkan risiko jangkitan terhadap kandungan.

    Kasut bertumit
 – Tak perlu bergaya dengan kasut bertumit ketika hamil kerana semakin bertambah usia kehamilan, semakin bertambah berat badan yang mempengaruhi graviti tubuh dan mudah membuat ibu hamil hilang keseimbangan serta terjatuh.

    Ubat nyamuk
 – Elak apa saja jenis ubat nyamuk tidak kira jenis semburan, yang dibakar atau sapuan sekalipun. Ubat nyamuk mengandungi bahan kimia berbahaya dan boleh menjejaskan kandungan anda.

    Derma darah
– Ibu hamil tidak digalakkan menderma darah disebabkan mudah mengalami anemia (kekurangan darah) sedangkan anda perlukan banyak darah untuk kehamilan.

    Bawa barang
– Elak membawa barang berat, apatah lagi setelah kehamilan memasuki trimester terakhir.

    Durian
– Elak memakan durian, terutama pada trimester pertama kehamilan, kerana ia boleh merangsang kontraksi yang akhirnya menyebabkan keguguran.

 Perkara Yang Perlu Dielakkan Ketika Mengandung Tips Kehamilan Perkara Yang Perlu Dielakkan Ketika Mengandung

    Kapal terbang
 – Elak menaiki kapal terbang pada trimester terakhir kehamilan, apatah lagi jika anda tergolong dalam kehamilan berisiko atau menghadapi masalah kesihatan. Tekanan di udara boleh menambah risiko terhadap kehamilan.
    Gincu bibir
– Jika anda suka memakai gincu ketika hamil, elakkan tabiat suka menjilat bibir. Bahan pengawet dan pewarna di dalam gincu jika tertelan boleh membahayakan janin.

    Krim pemutih
 – Lupakan krim pemutih ketika ini. Kandungannya boleh menjejaskan kesihatan anda dan janin.

    Ubat jerawat
 – Wajah anda dipenuhi jerawat setelah mula hamil? Ia perkara biasa kerana faktor perubahan hormon untuk proses kehamilan. Lupakan seketika penggunaan ubat jerawat kerana ia mungkin membahayakan pertumbuhan janin anda. Cara lebih selamat, kerap mencuci muka untuk mengurangkan penghasilan minyak yang menyebabkan jerawat. Atasi jerawat setelah melahirkan nanti.

Makanan yang harus dielak sewaktu hamil

Makanan mentah dan separuh masak, misalnya kafein, sushi, telur separuh masak, steak, makanan ringan, alkohol dan nikotin kerana mengakibatkan gejala tidak elok. Gula juga tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan komplikasi seperti kencing manis ketika mengandung. Ia juga boleh menyebabkan bayi besar.


Dapatkan SET KEHAMILAN shaklee untuk kesihatan yang lebih bermakna..

 

➽ VitaLea :
Membekalkan 28 vitamin dan mineral untuk mengisi kekurangan dalam pemakanan ibu. Zat besi membantu proses pembentukan sel darah merah yang sangat diperlukan ketika mengandung. Zat besi juga berperanan untuk memastikan bayi mendapat semua zat dari makanan ibu, jadi ini akan mengurangkan risiko bayi pra matang dan masalah kelahiran bayi dengan kurang berat badan.

➽ Vitamin C :
Meningkatkan sistem imuniti tubuh ibu yang lemah ketika mengandung.

➽ B-Complex :
Vitamin gembira. Menenangkan dan mengelakkan stress serta keletihan yang dihadapi ketika mengandung. Kandungan asid folik di dalam B-Complex melindungi bayi dari kecacatan saraf tunjang (Spina Bifida).

➽ Ostematrix :
Membantu mengurangkan masalah ibu mengandung seperti sakit-sakit badan, urat, otot dan saraf , buasir dan sembelit, serta tidur tidak lena.

➽ ESP :
Memberi tenaga dan memberi rasa kenyang untuk mengatasi masalah pedih ulu hati ibu mengandung. Juga memastikan pembentukan janin yang sempurna, serta menguatkan rahim bagi mengelakkan berlakunya keguguran. Juga menjaga HB ibu mengandung bagi mengelakkan masalah darah tinggi atau darah rendah. Juga menjaga paras kolesterol.

➽ Omega Guard :
Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega Guard penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan.

-----------------------------------------------------------------------------

✔✔ Tak cukup duit untuk membeli satu set?
Takde masalah, anda boleh hubungi saya untuk mendapatkan vitamin mengikut bajet anda.

✔✔ Takut tak sesuai, nak cuba dulu?
Takde masalah, anda boleh ambil set untuk sebulan. Insya Allah anda akan jatuh cinta dengan set ni & akan mengambil set ni sehingga melahirkan sebab set ni juga adalah set untuk ibu menyusu & ibu berpantang. Wah...jimat kan? 3 in 1

Masharyana | edmas077@yahoo.com | 016-6810844 | shaklee id 869907 | klang / sekinchan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...