Showing posts with label BABY. Show all posts
Showing posts with label BABY. Show all posts

Friday, 28 July 2017

RINDU NAK PREGGY . APA SUPPLEMET UNTUK PREGGY MOM ?

Assalamualaikum semua, selamat sejahtera. raya dah habis .. siri ketupat rendang dah  boleh closed rapat rapat..ehhehehe
.
sepanjang raya apa soklan paling hot meletop sanak saudare tanye kat korang? ingat tak? Mas, paling hot ermmm... "adik tok harith" 
yeahhhh rindu nak bau baby, rindu nak gomol2 baby..ehhehehe . harith pon dah 3 tahun. ehem ehem.. bila lagi ?? kalau biar soklan tu tergantung boleh dak ? ehhehe. biar allah yang terntukan. i is ikut ja flow allah dah aturkan. i is terima dengan hati yang terbuka. sapa tak mo anak kan kan kennsss ?
.
sebab rindu. rindu mase preggy di manjakan macam puteri. haruslah suami layan lebih 200% tau..ehhehehehe
mas nak share supplemet apa yang mas amik time preggy dulu dan kelebihannya.
sure bakal mamaa and apap teruja sangat kan. tapi jangan sampai lupa kesihatan juga. time preggy ni lah kene bekalkan all vitamin juga . ok jom jom kite check it da in. heheheh

Ni lahhh SET HAMIL SHAKLEE yang i is amik mase preggykan harith dulu. Kalau dberi rezeki mengandung anak seterusnya pun, Shaklee ialah pilihan pertama mas. Tak mo berpaling arah pada set mengandung lain. hehe insyallah. sebab kita dah rase dan alami sendiri.


Ramai yang tahu Vitamin Shaklee ni adalah vitamin semulajadi. Kalau dah semulajadi, ianya mudah diserap serta tiada kesan kimia berbahaya untuk jangka masa panjang kepada ibu dan bayi. Selain itu, penggunaan yang konsisten InshaAllah membantu untuk mengatasi pelbagai masalah kesihatan yang diamalkan oleh ibu yang sedang hamil. 



Fungsi setiap satu supplement dalam Set Hamil Shaklee

Antara vitamin yang ada dalam set mengandung Shaklee ialah :
  • Vitalea : sejenis multivitamin dan mineral lengkap yang juga mengandungi zat besi. Kebaikan set mengandung Shaklee ialah membantu masalah bacaan HB rendah yang boleh membawa kepada anemia di kalangan ibu mengandung. Jika HB sentiasa rendah mungkin boleh menyebabkan komplikasi ketika melahirkan bayi. Ibu-ibu yang mudah letih serta rasa hendak pitam elok amalkan vitalea dua biji sehari. 
  • B Complex : mencegah penyakit deabetes ketika hamil. Berperanan untuk menukarkan gula dalam makanan kepada tenaga. Juga mengandungi asid folik yang elok untuk perkembangan saraf bayi. Ibu-ibu hamil yang sentiasa tertekan dengan kerja rumah dan pejabat juga boleh ambil B Complex kerana ianya vitamin anti-stress.
  • Vitamin C : membantu menguatkan sistem immune badan.Ibu-ibu yang sedang hamil kena jaga kesihatan serta mencegah diri daripada dijangkiti penyakit. Kalau ibu hamil jatuh sakit, susah hendak mendapatkan ubat yang bersesuaian ketika hamil. Ianya juga membantu pertumbuhan sel-sel otot dan tulang bayi. Vitamin C yang banyak juga menggalakkan pertumbuhan kolagen, membantu ibu hamil kekal cantik, mempunyai skin yang berseri serta tidak kusam semasa mengandung.
  • Ostematrix : membantu mengatasi masalah sakit-sakit otot, pinggang serta sengal-sengal badan ketika hamil. Masalah buasir serta sembelit ketika hamil juga dapat diatasi dengan mengamalkan Ostematrix sebelum tidur. Ostematrix ini ialah bekalan kaslium dengan vitamin D yang membantu juga ibu-ibu untuk tidur lena dan berkualiti sepanjang malam supaya kekal segar keesokan harinya. Selain itu, jika mengalami msalah tekanan darah tinggi atau rendah, Ostematrix dapat membantu untuk mencegah masalah ini berulang.
  • ESP : membantu meningkatkan pertumbuhan sel-sel otot dan tulang bayi. Ianya juga membantu mengawal paras kolesterol ibu-ibu hamil. Paras G.I yang rendah sesuai diamalkn oleh ibu hamil diabetes kerana memberikan rasa kenyang yang lebih lama serta membekalkan tenaga berpanjangan untuk ibu-ibu.
  • Omega Guard  :penting untuk perkembangan sel-sel otak bayi. Dengan amalkan Omega Guard setiap hari berat ibu hamil dapat dikawal. Kepada ibu-ibu yang menaglami peningkatan berat badan secara mendadak boleh cuba amalkan Omega Guard bermula dari trimester kedua bagi membantu mengawal berat badan.
doakan lah ade rezeki. ehhehehehee... tak kesah gurl ke boy asalkan mom n baby sihat. mas ade gen twins. agak2 ade rezeki tak nak dapat twins.. ??? 
pehtu, first delivery by czer.. harap 2nd ni dapat lah normal.. chuolss yang baik hati . pls doakan yang baik2 ye... tau kan doa ibu mengandung ni  mustajab... doakan mas dapat twins jugak.. ehhehehehe. muah xoxo

nak dapat set preggy ni. boleh je direct terus wassap mas ye... alaaa nak risik dulu pon tak. dah ok baru lah dipinang terus. 

016 681 0844
016 681 0844
016 681 0844

Friday, 19 August 2016

Terima kasih daun keladi

Firstly nak ucapkan terima kasih pada mereka yang trust kat saya..
Actually tak tau ade bakat membuat headband ni
Idea dtg time kat toilet. Ha ha ha ha ha a
Its a small bisness but im happy with this
.
Takde baby girl tok jadikan model
U olss sudi tak jadikan ur baby girl my model our headband ?
Heheheheeeee
Mai la pilih 1 ka 2 set.. Hehehee.
.
.
Mujur la anak den ni jantan
Sebab craving baby girl kot
Tu yang terhasilnya benda alah yang cumel ni
.
.
Saya tau,
Awaaa tak kenal sapa saya
Tapi percaya tok bagi ur money to me
Dan saya akan bagi headband ni kat awak... Huhiiiiii
.
.
.
Thanks for support 💜💜
Tau tak ?
Sangat bermakna ok!
.
.


.



.



.



.



.



.



.



.




.
.
Berminat tok hadiahkan kepada sicomel ?
Mai pilih ye..
.
1set (4pcs)
Boleh campo design / color
,
.
.
.
Wassap lelaju
016 681 0844
posted from Bloggeroid

Monday, 28 March 2016

TUMBESARAN BABY 1 - 12 BULAN


SPECIAL buat bakal ibu bapa dan yang dah sememangnya ibu bapa


rindu kan anak-anak mase kecik...
so geram !!

seriously
sy still learning dan belum banyak ilmu tentang anak anak ni

hope ini boleh membantu kite semua













rindu sangat si kecik

haaa.. da mula belek pic anak anak la tu

hihiii


#happysharing

Monday, 2 March 2015

TIPS MEMILIH NAMA ANAK

Assalamualaikum.. Sedia maklum, setiap hari ade sahaja bayi lahir... Biasenya mom la busy and over excited nak carik nama untuk baby bakal lahir.. Yeahhh.. ! mas pon gitu jugak.. Banyak gile listing, sampai 2muka surat.. kate over.. biasa lah..hihiihihhh... Tapi setelah buat penyaringan semua takmo.. Alih-alih nama yang tak disangka pulak jadi pilihan... 

Dalam pada sedang teruja memilih nama untuk anak yang bakal lahir, ingatlah kita sebenarnya membawa tanggungjawab yang besar dalam pemilihan itu, sebab nama ni orang akan sebut dan sentiasa sebut.. Apa jua bait perkataan adalah doa... Samalah jugak nama.. Pilihlah nama yang bermaksud baik, sekaligus akan mendoakan yang baik-baik..


Harith Ukasyah 
Harith :  Kuat, berusaha
Ukasyah: Sahabat nabi Muhammad SAW, labah-labah

Here, mas nak sharekan tips-tips memilih nama bayi anda.. Moga bermanfaat :)


Tip memilih nama bayi :

1. Maksud nama

Kalau muslim, maksud nama yang diberikan haruslah yang baik. Cuba bertanya kepada ustaz dan ustazah mengenai pemilihan supaya tidak menyesal nanti.

2. Sebutan nama

Adakah anda menghadapi kesukaran menyebut nama yang anda pilih? Kadang-kadang ejaannya lain nak menyebutnya lain. Susah cikgu nak panggil.

3. Keunikan nama

Mungkin apabila anak anda mula ke sekolah terdapat 5 orang yang bernama sama di dalam satu kelas. Tetapi agak-agak juga, kalau terlampau nak unik sangat sampai bagi nama Ultraman Taro pun payah juga.

4. Nama panggilan

Anda mungkin ingin mempertimbangkan nama panggilan untuk anak kelak ketika memilih nama.

Menurut babycenter.com.my berikut adalah senarai nama bayi lelaki dan perempuan paling popular pada tahun 2014
Nama-nama di bawah bukan hanya nama untuk bayi muslim.

Bayi Perempuan

1. Nor
2. Zara
3. Aishah
4. Alicia
5. Sophia
6. Hannah
7. Arissa
8. Iris
9. Adelia
10. Dhia
11. Humaira
12. Puteri
13. Damia
14. Safiya
15. Azalea

16. Nurul
17. Zulaikha
18. Arianna
19. Marissa
20. Aliyah
21. Medina
22. Irdina
23. Batrisya
24. Iman
25. Aqilah

Bayi Lelaki

1. Mohamed
2. Adam
3. Amar
4. Ahmad
5. Rayyan
6. Aqil
7. Mikhail
8. Amsyar
9. Naufal
10. Umar
11. Yusuf
12. Firash
13. Daniel
14. Zikri
15. Aish
16. Danish
17. Haziq
18. Harith
19. Darwish
20. Zafran
21. Aryan
22. Lucas
23. Khalish
24. Rizqi
25. Emir

OK, Now kita lihat.. ade ke nama anak kita dalam list 50 nama anak paling glemer 2014 tu.. ehhehehehe

Moga penulisan ini memberi idea dan manfaat ibubapa dalam pemilihan nama untuk anak yang bakal lahir nanti...insyallah :)

Saturday, 21 February 2015

APA ITU Demam Kuning a.k.a Jaundice

Assalamualaikum.. especially kepada yang bakal bergelar ibu ayah atau pun kepada yang bergelar ibu ayah atau pon yang sememangnya bergelar ibuayah... hihiii.. tahniahhhh...!!!

Kalo zaman dulu, i mean zaman iolss kecik-kecik, my mom kate demam kuning ni jarangggg sangat, sampaikan ada yang baby tak kena langsung demam kuning ni... TAPI sekarang tak terkecuali, semua babies almost akan kena jaudice atau demam kuning ni... termasuk la my babyboo harith..
Tapi nasib baik kejap j.. 3-5hari jugak la... ehheheheee... 




Apa itu Demam Kuning (Jaundice) tu ye? 
Jaundice adalah  perkataan yang berasal dari Perancis ‘jaune yang bermaksud ‘kuning’. 
Warna kulit bayi akan kekuningan disebabkan kandungan billirubin yang tinggi. 

Billirubin adalah partikel yang terhasil daripada sel darah merah manusia yang telah terurai (kerana mati). 

Billirubin merupakan partikel tidak larut air dan ia akan dihantar ke hati untuk diubah menjadi partikel larut air. 

Billirubin akan disingkirkan oleh badan melalui sistem perkumuhan. Sebahagian akan dibuang bersama najis melalui saluran hempedu (menyebabkan najis berwarna coklat kekuningan). 

Sebahagian lain nya pula akan disingkirkan melalui air kencing (menyebabkan air kencing bewarna kuning pekat).  


Apakah Punca Demam Kuning Di Kalangan Bayi Baru Lahir?

Sebenarnya ada 2 sebab utama penyakit ini iaitu :

# Sel darah merah bayi (fetal hemoglobin)
Kajian menunjukkan bahawa sel darah merah bayi adalah berbeza dari sel darah orang dewasa. Jangka hayatnya adalah pendek dan mudah terurai. BIlangannya pula lebih banyak dari biasa. Oleh itu, kadar billirubin akan meningkat pada hari ketiga akibat kadar penguraian billirubin yang tinggi.

# Hati bayi
Sesetengah bayi, hati mereka belum cukup matang dan ini menyukarkan proses penukaran billirubin tidak larut air kepada partikel yang larut air. Bayi pra matang mempunyai risiko demam kuning yang lebih tinggi iaitu 80% lebih cenderung berbanding bayi biasa. 

Apakah Punca Lain Yang Menyebabkan Jaundice?

Selalunya bayi akan kelihatan kekuningan bermula pada hari ketiga disebabkan oleh pelbagai punca. Namun begitu, sekiranya demam kuning datang terlalu awal sebagai contoh pada hari pertama, bayi mungkin mengalami kecacatan semasa lahir iaitu pundi hempedu tersumbat (biliria atresia). Antara punca lain ialah: 

>Jangkitan kuman di dalam darah (sepsis) 

>Jangkitan virus seperti Rubella atau Toxoplasma

> Trauma di kepala kerana kelahiran secara vacuum atau forceps

> Masalah tidak serasi dengan darah ibu (Coombs Positive)

> Hormon tiriod yang rendah (Hypothyrodism)

>Masalah dengan enzim dalah sel darah merah (G6PD)

> Masalah hati dan hempedu (biliary atresia, Dubin Johnson)

> Kuning disebabkan oleh susu ibu (Sekiranya setelah semua penyebab dia atas dikenalpasti negatif) 

Namun begitu, tahap kesihatan ibu semasa hamil juga mampu memberi risiko kuning kepada bayi. Ini biasanya berlaku pada bayi dilahirkan ibu yang mengalami masalah :
* Kencing manis 
*Jangkitan kuman semasa hamil Jenis darah yang berbeza antara ibu dan anak. Biasanya risiko lebih tinggi sekiranya salah seorang mempunyai darah jenis O.

 Adakah Demam Kuning Merbahaya?  

Sangat bahaya! Kadar serum billirubin yang tinggi akan menyebabkan kernicterus. Ia adalah suatu keadaan di mana billirubin yang tidak larut akan menembusi lapisan otak bayi yang kurang matang. Autopsi (pembedahan) menunjukkan otak bayi yang meninggal dunia disebabkan kernicterus berwarna kuning!Kernicterus dikaitkan dengan kadar kematian yang tinggi. Sekiranya selamat pun akan menyebabkan bayi menjadi cacat kekal seperti lumpuh, pekak atau buta...

ubat untuk demam kuning ni.. SUSU BADAN jer.. TAPI bukan semua moms yang bertuah dapat menyusukan baby mereka.. Ade yang tak keluar langsung susu pon ade.. sangat menyedihkan dan risau tu sangatlah kan..

Apa yang iolss boleh sarankan... ambil lah milkbooster sebagai pengalak susu dan sekaligus memberi tenaga yang maksimum kepada ibu serta antibodi kepada baby itu... Iolss sendiri pon ambil milkbooster tau, kalo nak tahu, mase preggy susu iolss memang da keluar sebelum baby lahir lagi.. alhamdulillah sangat.. dan mase dah lahir ofcox susu banyak... Ingin tahu apa milkbooster yang iolss ambil.. apa vitamin ? supplement yang iolss ambil semasa preggy..???

jom kite borak2.. ehhehehehee


1 beg beso ni stok EBM harith.. alhamdulillah :)


Kawan- kawan sekalian yg berhajat nak beli direct supplement shaklee ni  di hq atau branches berdekatan boleh guna id saya...  :)






Shaklee id; 869907
Name ; Masharyana Mashuri
Hp ; 016-6810844

Hq shaklee
Penang branch - pusat bandar seberang jaya
Ipoh branch - bandar ipoh raya
Jb branch- taman molek
Kl branch- Sri rampai
Kota bharu branch-section 25, jln sultan yahya petra
Kota kinabalu branch- neutron point

pergi ke branches or HQ , buy product & inform my id :869907

SEDANG & INGIN MENCARI SIDE INCOME..??? HANYA DARI RUMAH..

  Hubungi Saya segera,

Sekian terima kasih... Boleh pm sy untuk maklumat lanjut..

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya  SMS/WhatsApp| add saya
di FB Za Fair (Mas Masya) untuk konsultasi percuma & LIKE fanpageZa Fair's Supplement untuk tips kesihatan/kecantikan



Friday, 26 December 2014

Aktiviti harith hari ni

Salam semua...!




Macam tak de kije je kan.. hihiii.. budak ni memang tak de kerja tapi dia ni sangat bz.. mengalahkan pengarah tau.. setiap hari ade je bende baru yang die buat...

Ni, tau masuk tak tau keluar plak.. hai anakkkk.. mujur hang anak den..! Hrhhrhreee

Alhamdulillah, seronok dan puashati lihat anak membesar depan mata tanpa risau apa pengasuh nak buat ke bagi makan kat anak..

Insyallah, rezeki ada di mana sahaja... ♡♡♡♡

Sunday, 21 December 2014

SHARING HARI NI

Assalamualaikum semuaaa...!!!

Hujan sentiasa lately kan... Dok umah perut laparrr jer.. perbanyakkan lemak, baju tak kering-kering.. Alhamdulillah dapat berehat panjanggggg....

Hari ahad satu hari dok umah melayan ayish yang dah makin aktif.. tak leh nak lepe sikit,.. mujur lah tak suka nak masuk mulut... ehheheheee

Semalam membe nun dari penang a.k.a member sekolah ade tanye, 

member :  mas, hang bagi anak makan supplement ke? 

i : eh tak de lah.. baru 6bulan.. tunggu dah setahun nanti baru makan...

member : La ye ke.. Nengok cargas aktif jer... tak lembik... bagus jer.. 

i : tu effect dari mak nya yang makan supplement la.. hihiiii

-----------------

If sapa yang tak tahu.. Baby yang BF akan mendapat sepenuhnya nutrien dari si ibu.. macam kami, ayish pon terkesan dari pengambilan supplement yang mas amik... Alhamdulillah sebelum ni jarang demam.. hari ni, tak sihat badan.. Gigi nak membesar tu kot.. tapi still cargas..!

Sebenarnya gigi die dah tumbuh pon tanpa kami perasan.. suka i.. ye la.. biasa baby nak tumbuh gigi ni demam sakan... tapi ayish alhamdulillah.. tak demam.. ni baru nak demam.. ngelat nak cocok..!!!

dah 6 bulan apa makanan pejal yang mas bagi..??? hahahaaaa.. apa pon mas sumbat jer bagi kat die.. TAPI bukan lah yang manis-manis.. So far. nasik, carrot, biskut, tepung beras (homemade), pelam. kuih-kuihhh.. eh banyakkk la.. semua die dah rasa...  tapi yang agak tak ok tu bagi dalam kuantiti sikit je la... wat rase.. hihiii...

Everyday bagi die makan kismis... heheheee...

------------------------

Oh member mas tu sempat lagi rembat sebotol vivix.. nak kawen katenye, sape tak mau cantik kan... 

mas suggest, sape nak kawen tu.. tak kire lah.. sebulan dua lagi ker.. setahun lagi ker.. better korang amalkan minum vivix setiap hari... Normal kite as women ni, nak cantik, nak nampak muda dari usia kan,..?? even umor da 30 ke 40 tahun... betul tak..???

lagi satu, vivix ni bukan aje untuk kecantikan, awet muda TAPI untuk kesihatan jugak... Now days, penyait tak kenal usia,, tak kenal sapa...Be ware ye korang... lelagi mase first preggy dah kine suspect diabetis... Haaaa tu bahaya tau... vivix sebotol untuk kesihatan dan kecantikan... sangat berbaloi..  Buat masker pon terbaik jugak.. haslusss moissttt jer muka tu... 

Spa berminat nak cantik cepat.. nak result cepat.. you should try vivix..!

Tuesday, 18 November 2014

SAPA LEBIH EXSAITED...???


Assalamualaikummm... ENTRY yang best for me... hhahhaaa.. after beberapa hari tak meng update entry baru... Sebelum cuti sekolah bermulaa.. Alhamdulillah kami pi holiday sat....

Rezeki terpijakkkk...!!! My dear sis belanja p holiday kat gold cost morib.. together with my parents... alhamdulillahhhh  :))

Mama semangat a.k.a Exsaited nak bawak Ayish pi swimming..! 



Macam tak sabar nak swimming je ayish oiii.. Papa kasi ajar teknik yang betoi kay.. Persoalannye.. papa tau ker swimming ni..???? hehehehehhee

Ni sebelum swimming.. Bagi mesra ngan air dulu... hehehehe.. Tanggapan pertama tu penting kan.. Tak nak bagi die takut... ke melalak kat swimming pool tu.. hheheheheh


 dah ok.. Ala ngantok plak die... jangan tertidoq plak dah la yeee.. heheheh


OK..! Mission berjaya... macam da ok jer... boleh dah ni...



wahwahhhhhh.... tu dia tu diaaaa.. macam best jer sayang oiii... 


Errrmmmmmm mukaaaa.. sejuk ker oiii nak??? muka terpakse je.. heheheeee... Mama yang exsaited beno nak awak swimming nih.. so, awak kine la realissasi kan... ehehheheheheee



 Rilexxxx je... Best nyeee.. nak jugakkk...!!!!



okeyyy..! siap mandi penat swimmm.. kite titoq sat na... zzZZZZZ

Saturday, 17 May 2014

BILA BABY DALAM KANDUNGAN KURANG BERGERAK

Assalamualaikummm dan salam manis semuaaa....!!!

16hb may 2014.. Tetibe ku rase baby dalam kandungan ni kurang gerak macam biase... 
Biase nye lau time mas tengah solat / mengaji die akan bagi tindak balas yang kuar sampai mas kadang sakit dan terkejut... Tapi kali ni diam j.. ajak bersembang pon diam jer..

Mula lah misi mencarik air kelape.. sebab kalo mas minum air kelape die akan gerak sakan... tapi kali ni pon diam j... Ya Allah tak tau nak cakap p.. mase tu da msj hubby.. Cakap ngan bby sambil ngs... Ya Allah takut sangat lau jadi paper... Kami tak sanggup kehilanggan nye...esmosi sangat..!!!
Camni perasaan seorang mak rupenye... huhuuuuu...
sy xmo jadi apa2 yang tak baik kat baby yang bakal lahir nih...

Sejam lepas tu, Hubby balik Terus muke da merah...Nangis la tuh... Kiteorang g Hospital... otw ke Hospital kat dalam krete diam j.. memasing membisu dok layan perasaan...

Memang Lah mas nak bby lahir on 17hb May 2014, Tapi bukan lah dengan cara yang mas rase tak selamat camni.. atleast bagi tanda sakit ke.. air ketuban pecah ke.. TAPI jgn la bagi kesakitan tu kat bby.. mas sanggup sakit dari bby yang sakit... 

kenapa 17hb.. hahahaa.. sebab my husben bedey... Penat nak jawab tau, baby xmo kuar lagi ke.. xmo kuar lagi ke... huhuuuu Hadiah paling berharga sangat....

Sampai hospital, check up macam biase, tapi terus kine tahan wad sebab nk kine pantau 24jam.. kan bby kurang bergerak... PANIK NYA ALLAH AJE YANG TAU...!!!

 Alhamdulilllah Pas pasang CTG.. nampak ok, nurse pon satu.. org tanya baru nak jawab..!
Peh tu, Dokter datang Cek bukaan.. belum ade lagi...
Selamat... tak yah tido kat sepital...!!! yehahhhhhhh...!!

Sampai umah terus request kat hasben esok pagi nak g taman.. kunun2 nak jogging...hehehehhe nak bagi cepat kuar... nak jugak baby kuar on 17 may.. 
Tak jogging pon..hiihihihhh.. jalan2 j.. dapat lah 2 round.. memula excited... laju lah jalan nye.. makin lama makin slow.. makin xlarat nak bawak perot.. huhhh..!
ok lah kan 2 round... Esok nak g lagi...hihiiiiii

pas balik dari taman tu.. da rase sikit sakit yang sampai ke pinggang tu.. TAPI SEKALI jer...!!!
mas punye lah mengharap sakit nye berterusan.. ehheheheee

Orang lain nak besalin lau leh tak mo sakit.. ni lain plak.. ehheheheh

Alhamdulillah, Bby kurang bergerak buat kami sangat cemas, panik.. macam2 kat kepala otak ni ha... Stuck..!Syukur sangat tak d.. semua selamat...

Ade hikmah di sebaliknye... sebelum ni mas tak get ready lagi nak bersalin... Even nak bersalin hari ni.. TAPI HARI NI.. dah ready dah...!!! Anytime boleh...!!!

Tak tak saba nak ketemu si jantung hati...Insyallah di permudahkan...
Kawan-kawan.. doakan mas pjg umur, dan di mudahkan segala urusan.. 
T.kasihhh....


 Kawan- kawan sekalian yg berhajat nak beli direct supplement shaklee ni  di hq or branches
boleh guna id saya...

Shaklee id; 869907
Name ; Masharyana Mashuri
Hp ; 016-6810844
Hq shaklee - empire subang
Penang branch - pusat bandar seberang jaya
Ipoh branch - bandar ipoh raya
Jb branch- taman molek
Kl branch- Sri rampai
Kota bharu branch-section 25, jln sultan yahya petra
Kota kinabalu branch- neutron point

pergi ke branches or HQ , buy product & inform my id :869907

SEDANG & INGIN MENCARI SIDE INCOME..??? HANYA DARI RUMAH..

  Hubungi Saya segera,

Sekian terima kasih... Boleh pm sy untuk maklumat lanjut..

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya  SMS/WhatsApp| add saya
di FB Za Fair (Mas Masya) untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage Za Fair's Supplement
untuk tips kesihatan/kecantikan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...