Wednesday 1 May 2013

Bakar Kalori Dengan Penyusuan Susu Ibu

Assalamualaikum.. selamat hari pekerja a.k.a beristi rehat wif family n orang yang tersayang.. zf LEPAKING kat umah ngan en. hasben j.. petang karang baru nk manjakan diri.. heheheee.. reward diri after sebulan bekerja keras.. ahahhahaa keras lah sangat! hihiii... percaya atau tidak sebenarnya berat badan kita (wanita) akan naik seiring dengan usia kandungan kita... TAPI bila baby da lahir BERAT BADAN KITA STILL MAINTAIN.. ada yang tambah berat pon ada.. kan???? oh my! STRESS KOT! hahahhahaaaa.. wanita /isteri / moms.. awak adalah role model kpd ur children.. kpd hasben.. so, kinelah sentiasa lokk gorges,cantik n sihat!!! yes! SIHAT ADALAH KUNCI SEGALA-GALANYA...


PENYUSUAN boleh KURUS??? berita baik kan??? khasnya buat para ibu yang nak kuruskan badan.. zf pon kita amik tau ni.. ehehehehhe

Penyusuan susu ibu membakar lebih daripada 600 kalori sehari!

Menurunkan berat badan yang bertambah akibat kehamilan merupakan antara agenda utama yang mahu dilaksanakan oleh para ibu yang baru melahirkan bayi. Ada segelintirnya gusar dengan keupayaan diri mengurangkan berat badan sepanjang tempoh penyusuan susu ibu berlangsung. Alasannya, mereka mahu terus menyusukan bayi namun tidak mahu sebarang masalah timbul akibat terlalu obses dengan keinginan mengecilkan pertambahan saiz pada bahagian-bahagian tubuh tertentu.

Atasi dilema anda dengan fakta ini. Dengan pembakaran lebih daripada 600 kalori sewaktu menyusukan bayi, anda seolah-olah melakukan aerobik selama 2 jam setiap hari. Malah, kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Persatuan Pakar Pemakanan Amerika mendedahkan penyusuan susu ibu berupaya membakar lemak di sekitar pinggul dan punggung dengan berkesan.

Jadi, anda tidak perlu khuatir lagi. Matlamat anda dapat dipenuhi dengan menyusukan bayi secara eksklusif. Sewaktu hamil dahulu, anda menambah berat untuk menyimpan tenaga bagi menghasilkan susu ibu. Kini, sudah tiba masanya untuk anda menggunakan simpanan lemak itu dengan menyusukan bayi.

 1. Jaga Corak Pemakanan
Pengurangan berat badan sepanjang tempoh menyusukan bayi adalah sesuatu yang pasti! Dalam memastikan kejayaan ini, anda hanya perlu mengekalkan diet yang sihat agar anda dan bayi memperoleh zat makanan yang diperlukan.

Cara terbaik ialah dengan ambil hanya sedikit kalori dengan mengurangkan amaun “tambahan” yang biasa diambil.

Apa yang dimaksudkan ialah gula tambahan dan lemak tepu yang biasanya terkandung di dalam makanan seperti manisan, masakan bergoreng, keju, susu penuh krim dan daging berlemak. Sebagai alternatif, gantikan jenis-jenis makanan ini dengan pilihan rendah lemak, bebas lemak, kurang manis dan tanpa gula tambahan.

2. Senaman

Ada pendapat menyatakan sesetengah jenis senaman boleh mengganggu penghasilan susu ibu. Merujuk kepada kenyataan Kumpulan Penyokong Penyusuan Susu Ibu Antarabangsa La Leche League, setakat ini tiada data kajian yang membuktikan pandangan berkenaan.

Faktanya, kajian yang pernah dilakukan oleh C.A Lovelady pada 1990 mendapati ramai wanita yang melakukan senaman secara tetap mampu meningkatkan pengeluaran susu ibu. Oleh yang demikian, anda sangat digalakkan untuk melakukan senaman secara rutin. Namun, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu terutamanya bagi anda yang melahirkan bayi secara caesarean. Dengan cara ini, anda dapat menyingkirkan lemak dan pada masa yang meningkatkan tahap metabolisme dan tenaga tubuh.

3. Diet
Pakar laktasi menyarankan anda untuk memulakan rutin berdiet hanya selepas 2 bulan menyusukan bayi. Ini bagi memastikan penghasilan susu sedia ada berada di tahap yang stabil. Selepas tempoh itu, anda boleh mengurangkan pengambilan kira-kira 100 kalori sehari. Usah khuatir, pengurangan ini tidak akan memberi kesan negatif kepada kesihatan anda dan bayi. Menurut kenyataan La Leche League, anda boleh mengurangkan kira-kira 0.7 kg seminggu sepanjang menyusukan bayi tanpa kesan merbahaya.

Untuk makluman, kekurangan zat makanan tidak akan menjejaskan kualiti dan amaun susu ibu tetapi ia memudaratkan tahap kesihatan diri anda. Walaupun begitu, anda tidak perlu melakukan diet melampau kerana ia langsung tidak memberi kebaikan kepada diri anda dan bayi juga.

4. Buat pertimbangan

Beringatlah! Anda perlu mengambil makanan antara 1500 hingga 1800 kalori sehari untuk mengekalkan kestabilan amaun susu. Jadi, diet melampau yang menjurus kepada pengurangan berat badan secara pantas berpotensi memudaratkan bayi. Ketahuilah, toksin dan racun perosak boleh hadir dalam tahap yang rendah menerusi susu ibu.

Lebih daripada itu, ia mungkin boleh dilepaskan ke dalam susu ibu. Jadi, diet melampau sememangnya boleh menyingkirkan lemak di tubuh anda tetapi dalam masa yang sama menghapuskan zat makanan berharga di dalam susu ibu.

5. Pandangan Pakar
Kebanyakan pakar perubatan menasihatkan agar anda tidak perlu bimbang tentang pengurangan berat badan sehingga usia bayi mencecah 6 bulan. Memandangkan penyusuan susu ibu membantu melenyapkan lemak yang ada. Oleh yang demikian, sentiasa dapatkan pandangan daripada mereka yang pakar sebelum memulakan apa jua jenis program pengurangan berat badan.

senang nak naikkan berat badan..N SUSAH GILA LAH NAK TURUNKAN KG!! betul ka?? bagi yang under weight misti die kate GILE SUSAH NAK NAIKKAN BERAT NI.. nampak x comel j.. hehehehee... para ibu jgn susah hati kurus k gemok anda la ada keluarga bahgia.. n if ada diantara moms yang tak puas hati.. nk kurus lah.. nk gemok sikit lah.. meh PM THRU zf kay.. cariklah supplement yang selamat.. bukan yang cepat effective!! 5hari turun 5kg! giler U! tu membunuh diri..!
SHAKLEE ANTARA SUPPLEMENT YANG SELAMAT..
 zf sendiri consume dari setahun yang lepas.. start amik shaklee bulan 4 2012, 2 minggu nk bertunang... alhaldulillah.. kurus beb!! NOW maintain ma.. even adalahh sikit terasa d baju yang x muat tu.. tapi cik abey kate comey!! bukan kak ton sorang j yang comey.. hhehehehehhe.. boleh order terus dengan zf shaklee anda ye..



SPECIAL 1 MAY 2013 >> PROMO ISTIMEWA << meh log in to Za fair  / Za Fair's Supplement


masharyana | 016-6810844 | edmas077@yahoo.com | id shaklee 869906

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...