Showing posts with label SEDEKAH. Show all posts
Showing posts with label SEDEKAH. Show all posts

Thursday, 11 May 2017

TAK SEDAR RUPA-RUPANYA SEBULAN DAH BAGI MAKAYAH RM...

Assalamualaikum semua... 

post kali ni takdak gambar... harap suka ..ehehhee
Nak tanya korang sikit boleh ka.. maaf na sensetip sikit... tapi nak tanya jugak.. heheheh
korang setiap bulan bagi duit tak kat makayah ??
(jawab kat diri sendiri ..dalam hati je kay)
.
Yang ada tu alhamdulillah.. hebat ! 
mungkin da stabil atau tak banyak tanggungan..

yang belum bagi tu.. its ok,, baru nak bertatih .. just niatkan dalam hati, nak bagi makayah duit belanja.. moga allah bantu permudahkan niat dan kerja kite...
.
.
Nak bagi RM100 sedebuk cenggiti pon kite rase kadang berat... kadang dah kacau maintaince nak cover monthly.. camne nak bagi lebih ?
.
sedih kan... sampai bila nak camni
.
ok jangan risau.. mas nak sharekan care mudah dan tak bebankan kite... insyallah tak sedar pon rupe-rupenya kite dah bagi RM200 atau lebih setiap bulan kat mak ayah kite.. alhamdulillah akhirnya.. berpeluang jugak bagi makayah berase duit gaji aku kan... mestilah happy plus bangga u olsss.. bukan semua orang akan berpeluang dapat peluang cenggini
.
Haaaa camne tuuuu ???
.
ok.. bagi korang RM0 dan RM100 tu mana berat ??
mesti RM100 kan ? boleh beli macam2.. fuhhhh
.
let say.. setiap hari (amik isnin-jumaat) transfer duit ke acc makayah RM10.. bila kumpul cukup sebulan dah bape... RM200 tau !!

eh tak sangka.. senang dan tak rase pon memberi. betul kan ??
sebab jumlah tu sikit.. 

.
bila rase ok tu.. bagi lah lebih.. kau akan rase nikmatnya bila memberi... lebih2 lagi kat makayah kite... selagi dorang hidup bagi lah kesenangan tok dorang
.
its also my self reminder.. kite as anak sape takmo tengok mak ayah senang happy kan.. nak balas jasa dorang, memang tak terbalas lah... doa kan yang baik2 
insyallah jadi baik.

moga tips ni berguna tok korang ya... selamat mencuba dan consistent tau
cubalah untuk istiqomah :)
.
.
.
pesanan penaja: korang mai lah beli #BCONFIDENT ngan mas supaya ams boleh naikkan amount yang nak bagi ke parents tu.. hehehhehe 
.
.
peace  no war
wrote by : my hand

Tuesday, 30 August 2016

sedekah ni merugikan ke menguntungkan ?

nak share skit.. kisah aku

.
.
dulu aku nak bersedekah ni susah sangat
pastu tak tau apa kebaikan nya
kalo bagi kan duit kite makin berkurang.. tu mindset aku time tu
kalo nak sedekah pon malu
ye la bagi tak banyak
setakat seringgit
malu
.
.

tapi sejak aku join bisnes ni
kecik2 je
alhamdulillah
aku dah mula terbukak hati nak sedekah
tak banyak
dan tak malu
tapi aku akan malu bile tak buat
.
.
apa yang buat aku terbukak hati dan mata
dari apa yang aku baca dan lihat
bila sedekah walaupon tak banyak
allah bagi / gantikan lebih dari apa yang kite bagi
kan memberi tu lebih baik dari menerima
.
.
ade yang kata sedekah ni macam kite makan
hari ni bape kali sedekah ?
sekali ?? ko makan sehari sekali pon tak kenyang
Allah bagi ko macam2 tiap mase.. tak malu ker?
.
.
tu yang paling terkesan
sebba tu even sikit dan berapa yang aku ade
try jugak bagi
lepastu , dapat rezeki yang tak disangka sangka...
syukur sangat
.
macam sale tak putus2
ade je nom baru nak tanya itu ini
dapat balek kg jumpe makbapak
anak mood ok, suami ok
dapat makan kenyang
alhamdulillah
.
.
sedekah bukan takat duit ja
ko ngaji ke bagi apa2 ke tu pon dikire sedekah
niat la nak sedekah
.
.
so, bagi aku.. ko percaya sedekah ni menguntung
memang ia menguntungkan
ko untung, orang yang ko bagi pon untung
.
tapi kalo ko pk ia merugikan
duit aku akan habis kalo memberi
tak silap
tapi ia akan betul jadilah sebab ko dah pk camtu
.
apa yang kite buat
ade kat mindset kite
pk yang baik dapat yang baik la
sebab tu kena pk yang baik2 selalu
agar semua yang kita dapat baik2 belaka
amin

Thursday, 4 June 2015

SEDEKAH : TANGAN KANAN MEMBERI SOROKKAN TANGAN KIRI



UPDATE: JUMLAH WANG DALAM UNCANG KITA SEKARANG IALAH RM33,972
Kecil pada kita tapi besar pada mereka. Itulah nilai RM1 ringgit yang ada pada kita. Kadang-kadang anak kita buang-buang sahaja RM1 ringgit itu. Jadi, infaklah untuk saham akhirat kita.
Alhamdulillah sejak Kempen Projek Infak Fanpage Dr. Tengku Asmadi dilancarkan, followers menderu-deru menderma. Ada yang derma RM1. RM2, RM3, RM5, RM10, RM20. RM50, RM100, RM500, RM1,000 dan yang paling banyak RM3,500.
Yang penting IKHLAS. InsyaAllah Allah luaskan rezeki dan berkati usaha kita ini.
Bagi mereka yang belum meyumbang, bolehlah masukkan wans sumbangan ke akaun berikut:
NAMA: TENGKU ASMADI BIN TENGKU MOHAMAD
JENIS AKAUN: CURRENT ACCOUNT MAYBANK
NO. AKAUN: 5648 5630 5400
Saya tidak ambil sebarang komisyen. Setiap sen wang ini akan disalurkan kepada MAAHAD AL-TARBIAH AL-ISLAMIAH AL-WATANIAH.
Bagi mereka yang mahu terus menyumbang kepada sekolah bolehlah berbuat demikian, ini akaun sekolah:
MAAHAD AL-TARBIAH AL-ISLAMIAH AL-WATANIAH
Akaun Bank Islam: 02-0480100-12547
Cawangan Baling, Kedah.
CERITANYA:
RE-POST:
Assalamualaikum semua,
Semalam saya balik hotel di Butterworth ini jam 2 pagi kerana bermesyuarat di sebuah sekolah agama di Begia, Sik, Kedah.
Sekolah agama ini dalam fasa pembangunan. Saya terlibat sama-sama mencari dana membeli tapaknya 10 tahun dulu. Mereka memerlukan sekitar RM6 juta bagi keseluruhan pembangunan. Namun, sehingga kini tidak tercapai walau pun sudah 10 tahun.
Keadaan sekolah sangat daif. Kali ini, mereka perlukan dana dalam RM35,000 untuk menyediakan 4 buah kelas sebelum bermulanya sesi persekolahan tahun depan.
Saya telah dilantik sebagai Penasihat Biro Ekonomi.
Jika ada sesiapa yang mahu menderma, walaupun SATU RINGGIT (RM1) sudah besar maknanya. Saya ada hampir 400,000 follower atau fans di sini. Kalau 35,000 orang derma RM1 pun dah mencukupi.
Saya telah sediakan satu akaun MAYBANK bagi tuan puan masukkan sumbangan dan saya akan update jumlahnya di sini.
Setiap sen dari akaun ini akan saya salurkan kepada sekolah agama ini.
Saya terlibat secara langsung dengan pembelian seluas 8 ekar tanah ini pada Tahun 2007 dahulu daripada seorang pemiliknya berbangsa Siam. Sejak 2007, usaha telah dijalankan bagi mencari dana bagi merealisasikan impian menjadikan sekolah ini sebagai sekolah agama vokasional. Namun, sehingga ke hari ini misi tersebut belum berjaya kerana dana yang dikutip tidak mencukupi.
Baru-baru ini saya telah mengambil peluang menziarahi sekolah tersebut. Melihat keadaan sekolah yang serba serbi kekurangan, saya merayu kepada para dermawan sama ada kecil atau besar untuk tampil membantu.

TANGAN KANAN MEMBERI SOROKKAN TANGAN KIRI.. MOGA REZEKI KITA DIPERLUASKAN DIMURAHKAN.. INSYALLAH.. AMIN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...