Thursday 4 June 2015

SEDEKAH : TANGAN KANAN MEMBERI SOROKKAN TANGAN KIRI



UPDATE: JUMLAH WANG DALAM UNCANG KITA SEKARANG IALAH RM33,972
Kecil pada kita tapi besar pada mereka. Itulah nilai RM1 ringgit yang ada pada kita. Kadang-kadang anak kita buang-buang sahaja RM1 ringgit itu. Jadi, infaklah untuk saham akhirat kita.
Alhamdulillah sejak Kempen Projek Infak Fanpage Dr. Tengku Asmadi dilancarkan, followers menderu-deru menderma. Ada yang derma RM1. RM2, RM3, RM5, RM10, RM20. RM50, RM100, RM500, RM1,000 dan yang paling banyak RM3,500.
Yang penting IKHLAS. InsyaAllah Allah luaskan rezeki dan berkati usaha kita ini.
Bagi mereka yang belum meyumbang, bolehlah masukkan wans sumbangan ke akaun berikut:
NAMA: TENGKU ASMADI BIN TENGKU MOHAMAD
JENIS AKAUN: CURRENT ACCOUNT MAYBANK
NO. AKAUN: 5648 5630 5400
Saya tidak ambil sebarang komisyen. Setiap sen wang ini akan disalurkan kepada MAAHAD AL-TARBIAH AL-ISLAMIAH AL-WATANIAH.
Bagi mereka yang mahu terus menyumbang kepada sekolah bolehlah berbuat demikian, ini akaun sekolah:
MAAHAD AL-TARBIAH AL-ISLAMIAH AL-WATANIAH
Akaun Bank Islam: 02-0480100-12547
Cawangan Baling, Kedah.
CERITANYA:
RE-POST:
Assalamualaikum semua,
Semalam saya balik hotel di Butterworth ini jam 2 pagi kerana bermesyuarat di sebuah sekolah agama di Begia, Sik, Kedah.
Sekolah agama ini dalam fasa pembangunan. Saya terlibat sama-sama mencari dana membeli tapaknya 10 tahun dulu. Mereka memerlukan sekitar RM6 juta bagi keseluruhan pembangunan. Namun, sehingga kini tidak tercapai walau pun sudah 10 tahun.
Keadaan sekolah sangat daif. Kali ini, mereka perlukan dana dalam RM35,000 untuk menyediakan 4 buah kelas sebelum bermulanya sesi persekolahan tahun depan.
Saya telah dilantik sebagai Penasihat Biro Ekonomi.
Jika ada sesiapa yang mahu menderma, walaupun SATU RINGGIT (RM1) sudah besar maknanya. Saya ada hampir 400,000 follower atau fans di sini. Kalau 35,000 orang derma RM1 pun dah mencukupi.
Saya telah sediakan satu akaun MAYBANK bagi tuan puan masukkan sumbangan dan saya akan update jumlahnya di sini.
Setiap sen dari akaun ini akan saya salurkan kepada sekolah agama ini.
Saya terlibat secara langsung dengan pembelian seluas 8 ekar tanah ini pada Tahun 2007 dahulu daripada seorang pemiliknya berbangsa Siam. Sejak 2007, usaha telah dijalankan bagi mencari dana bagi merealisasikan impian menjadikan sekolah ini sebagai sekolah agama vokasional. Namun, sehingga ke hari ini misi tersebut belum berjaya kerana dana yang dikutip tidak mencukupi.
Baru-baru ini saya telah mengambil peluang menziarahi sekolah tersebut. Melihat keadaan sekolah yang serba serbi kekurangan, saya merayu kepada para dermawan sama ada kecil atau besar untuk tampil membantu.

TANGAN KANAN MEMBERI SOROKKAN TANGAN KIRI.. MOGA REZEKI KITA DIPERLUASKAN DIMURAHKAN.. INSYALLAH.. AMIN

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...