Friday 4 July 2014

RISIKO DAN BAHAYA PENYAKIT DARAH TINGGI & HIPERTENSI

Assalamualaikum...

Terdetik nak amik tau pasai tekanan darah tinggi ni.. Mungkin sebab perlu tahu untuk masa akan datang..
Ye la kita di zaman moden ni... makanan macam2.. semua nak makan sedap tanpa pikirkan baik buruk nye kelak.. yang penting sedapppp...!!!

Di Malaysia, hipertensi merupakan masalah umum di mana-mana, menurut Presiden Persatuan Hipertensi Malaysia, Datuk Dr. Azhari Rosman, seorang daripada tiga rakyat Malaysia berusia tiga puluh tahun ke atas menghidapinya.

Hanya enam daripada 100 orang dapat mengawal tekanan darah mereka.

Ini sedikit info mengenai darah tinggi yang harus kite tahu serba sedikit.. untuk pengetahuan.. supaya kite jadi lebih berhati-hati dan berjaga-jaga dalam keadaan berikut...



 APA ITU DARAH TINGGI
========================

Tekanan darah tinggi meningkatkan risiko menghidap sakit jantung dan/atau sakit buah pinggang, juga strok.
Penyakit darah tinggi amat berbahaya kerana kebiasaannya tiada tanda amaran mahupun gejala.
Sesiapa sahaja, tidak kira bangsa, usia mahupun jantina boleh menghidap sakit darah tinggi.

Dari saat mula anda menghidap sakit darah tinggi, ia biasanya berkekalan seumur hidup. Anda boleh mencegah dan mengawal tekanan darah tinggi dengan mengambil langkah-langkah tertentu.


PUNCA
===============

- Penyebab tekanan darah tinggi pelbagai. Ini termasuklah penyempitan arteri, isi padu darah yang lebih dari normal, atau denyutan jantung yang pantas atau lebih kuat dari sepatutnya.

Sebarang keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan tekanan terhadap dinding arteri.

Tekanan darah tinggi mungkin juga disebabkan oleh masalah-masalah perubatan lain. Pada kebiasaannya, punca tidak diketahui. Biarpun tekanan darah tinggi tidak boleh disembuhkan namun, dalam kebanyakan kes, ia mampu dicegah dan dikawal.

- Strok/otak : Tekanan darah tinggi adalah faktor utama risiko strok. 
Tekanan darah yang amat tinggi boleh menyebabkan kebocoran pada salur darah yang lemah dan kemudiannya mengalir ke otak.

Ini boleh mengakibatkan strok. Sekiranya salah satu arteri kecil tersumbat oleh darah beku, strok boleh juga terjadi.

- Gangguan penglihatan/mata: 
Tekanan darah tinggi lama-kelamaan boleh menyebabkan saluran darah di mata pecah atau berdarah. Penglihatan mungkin kabur atau terjejas dan boleh mengakibatkan buta.

- Arteri/arteri : 
Semakin meningkat usia, arteri menjadi semakin keras terutama arteri di jantung, otak dan buah pinggang.

Tekanan darah yang tinggi dikaitkan sebagai punca arteri mengeras. Ini seterusnya menyebabkan jantung dan buah pinggang terpaksa bekerja lebih.

- Kerosakan buah pinggang/buah pinggang : 
Buah pinggang bertindak sebagai penapis yang menyingkirkan bahan-bahan kumuhan badan.

Tekanan darah tinggi lama-kelamaan boleh menyempitkan salur darah melalui penebalan dinding saluran darah pada buah pinggang.

Proses penapisan oleh buah pinggang terjejas di mana kurang bendalir ditapis, seterusnya menyebabkan bahan kumuhan terkumpul di dalam darah.

Buah pinggang mungkin gagal sepenuhnya. Apabila ini berlaku, rawatan perubatan sama ada dialisis atau pemindahan buah pinggang mungkin diperlukan.

- Serangan jantung/jantung: 
Tekanan darah tinggi adalah faktor utama risiko serangan jantung.

Arteri berperanan membawa darah beroksigen ke otot jantung. Sekiranya jantung tidak mendapat cukup oksigen, sakit dada atau lebih dikenali sebagai angina boleh berlaku.

Jika aliran udara tersekat, serangan jantung terjadi.

Kegagalan jantung kongestif

Tekanan darah tinggi adalah faktor utama kegagalan jantung kongestif. Ia adalah masalah serius di mana jantung gagal mengepam darah yang secukupnya bagi keperluan tubuh badan.


SIMPTOM TEKANAN DARAH TINGGI
===================================

   #  Bunyi berdengung
   #  Kemurungan
   #  Penglihatan kabur
   #  Bengkak kaki
   #  Hidung berdarah


FAKTOR RISIKO
========================

   #  Tekanan darah melebihi normal.
   #  Sejarah keluarga
   #  Kegemukan
   #  Tekanan / stress
   #  Pengambilan garam sehari adalah berlebihan
   #  Kurang bersenam
   #  Merokok
   #  Meminum alkohol


BAHAYA TEKANAN DARAH TINGGI
==================================

   #  Tekanan darah tinggi akan membebankan jantung lalu menyebabkan arteriosklerosis (pengerasan dinding arteri). Ini meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung dan strok. 


   #  Hipertensi yang tidak dirawat juga akan membawa kepada penyakit kronik degeneratif seperti retinopati, strok, paru-paru berair, penebalan dinding jantung dan penyakit berkaitan jantung, pengerasan dinding arteri terutama di jantung, buah pinggang dan otak dan boleh membawa maut.


LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
==================================

Anda boleh mengambil langkah-langkah bagi mengelakkan tekanan darah tinggi dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

Langkah-langkah ini termasuklah mengekalkan berat badan sihat, sentiasa aktif, mengamalkan diet yang sihat dengan membanyakkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan tenusu rendah lemak, memilih dan menyediakan makanan rendah kandungan garam dan sodium.


RAWATAN
===============

Amat penting mengambil langkah-langkah untuk memastikan tekanan darah anda terkawal.

Sasaran bagi tekanan darah adalah bawah 140/90 dan lebih rendah bagi pesakit yang menghidapi penyakit lain seperti kencing manis dan sakit buah pinggang.

Mengamalkan gaya hidup sihat merupakan langkah pertama paling berkesan dalam mencegah dan mengawal tekanan darah.

Sekiranya perubahan amalan gaya hidup sihat tidak berkesan dalam mengawal tekanan darah anda, adalah sangat perlu bagi anda mengambil ubat-ubatan darah tinggi.

*******************

Kawan- kawan sekalian yg berhajat nak beli direct supplement shaklee ni  di hq or branches
boleh guna id saya...

Shaklee id; 869907
Name ; Masharyana Mashuri
Hp ; 016-6810844

Hq shaklee - empire subang
Penang branch - pusat bandar seberang jaya
Ipoh branch - bandar ipoh raya
Jb branch- taman molek
Kl branch- Sri rampai
Kota bharu branch-section 25, jln sultan yahya petra
Kota kinabalu branch- neutron point

pergi ke branches or HQ , buy product & inform my id :869907


SEDANG & INGIN MENCARI SIDE INCOME..??? HANYA DARI RUMAH..

  Hubungi Saya segera,

Sekian terima kasih... Boleh pm sy untuk maklumat lanjut..

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya  SMS/WhatsApp| add saya
di FB Za Fair (Mas Masya) untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage Za Fair's Supplement untuk tips kesihatan/kecantikan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...