Friday 5 July 2013

JADUAL PENGAMBILAN SUPPLEMENT SHAKLEE & PANTANG LARANG

Assalamualaikum.. selamat malam.. here mas nak share kan jadual pengambilan supplement shaklee.... sebenarnya jadual pemakanan shaklee ni bukanlah harus ikut apa yang sid tu bagi tapi ikut pada kesesuaian anda sendiri.. sid tu hanya bagi cadangan pemakanan ikut kesesuaian vitamin apa yang anda ambil ikut keadaan anda dan anda perlu mengambil nye ikut cara anda lah..  if tak ok anda boleh bagi cadangan sendiri dan refer tu sid anda... ANDA BOLEH REFER CINI OKAY.. tak yakin tak tau mana ok k tak.. tanya j sid anda.. hehehehe

Bilakah waktu pengambilan vitamin yang sesuai?

Bagi setiap pelanggan soulmateMAS, mas akan sediakan jadual pengambilan vitamin bersesuaian dengan jenis-jenis vitamin yang diambil. Oleh itu, jadual bagi setiap pelanggan mungkin berbeza tetapi asasnya tetap sama.

Terdapat rule of thumb yang boleh dijadikan panduan:

Vitamin larut air ( B-complex dan Vitamin C) :
Seelok-eloknya diambil dengan segelas air untuk penyerapan yang efektif dan elakkan diambil bersama-sama makanan berlemak/berminyak.

Vitamin Larut Lemak ( A, D,E K) :
Diambil selepas mengambil makanan berlemak / berminyak kerana vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan.

OsteMatrix@Calcium :
Diambil bersama produk tenusu seperti susu. Selain itu, pastikan calcium anda mempunyai magnesium kerana magnesium membantu calcium lebih mudah diserap.

Iron / vitalea:
Diambil bersama dengan vitamin C kerana iron memerlukan vitamin C untuk lebih mudah diserap

Bagi mereka yang baru mengambil supplement, anda boleh gunakan jadual di bawah sebagai panduan. Ini secara umum yea.

Selepas sarapan : 1x Vitalea, 1x B-complex
Antara sarapan dan makan tengahari : secawan ESP
Selepas makan tengahari : 1x Vitamin C, 2x Alfalfa, 2x Omega,
Antara makan tengahari dan makan malam : Secawan ESP
Selepas makan malam : 1x Omega, 1x Vitamin E
Sebelum tidur : 2@4x OsteMatrix

Bagi anda yang mengamalkan lecithin untuk berdiet atau merendahkan kolestrol, ambil 2 caps selepas sarapan, makan tengahari dan makan malam berserta dengan 2 biji alfalfa.

Pantang Larang pengambilan vitamin yang perlu dipatuhi

    Alfalfa bersama Vitamin E -  Vitamin E akan menghalang penyerapan Alfalfa
    OsteMatrix bersama Iron  - Kalsium akan menghalang penyerapan iron. Vitalea mempunyai Iron jadi elakkan pengambilan bersama ostematrix atau produk tenusu. Produk tenusu=kalsium kan?
    Alfalfa bersama GLA complex – GLA complex mempunyai vitamin E jadi berbalik kepada pantang no. 1
    Pengambilan vitamin bersama kafein seperti Nescafe, kopi dan teh kerana minuman ini mengurangkan keberkesanan penyerapan vitamin.

    Pesakit thalasemia tidak boleh mengambil vitalea kerana vitalea mengandungi iron.


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.**


masharyana / edmas077@yahoo.com / 016-6810844 / fb : Za fair / id 869907

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...