Showing posts with label TIPSS. Show all posts
Showing posts with label TIPSS. Show all posts

Thursday, 11 May 2017

TAK SEDAR RUPA-RUPANYA SEBULAN DAH BAGI MAKAYAH RM...

Assalamualaikum semua... 

post kali ni takdak gambar... harap suka ..ehehhee
Nak tanya korang sikit boleh ka.. maaf na sensetip sikit... tapi nak tanya jugak.. heheheh
korang setiap bulan bagi duit tak kat makayah ??
(jawab kat diri sendiri ..dalam hati je kay)
.
Yang ada tu alhamdulillah.. hebat ! 
mungkin da stabil atau tak banyak tanggungan..

yang belum bagi tu.. its ok,, baru nak bertatih .. just niatkan dalam hati, nak bagi makayah duit belanja.. moga allah bantu permudahkan niat dan kerja kite...
.
.
Nak bagi RM100 sedebuk cenggiti pon kite rase kadang berat... kadang dah kacau maintaince nak cover monthly.. camne nak bagi lebih ?
.
sedih kan... sampai bila nak camni
.
ok jangan risau.. mas nak sharekan care mudah dan tak bebankan kite... insyallah tak sedar pon rupe-rupenya kite dah bagi RM200 atau lebih setiap bulan kat mak ayah kite.. alhamdulillah akhirnya.. berpeluang jugak bagi makayah berase duit gaji aku kan... mestilah happy plus bangga u olsss.. bukan semua orang akan berpeluang dapat peluang cenggini
.
Haaaa camne tuuuu ???
.
ok.. bagi korang RM0 dan RM100 tu mana berat ??
mesti RM100 kan ? boleh beli macam2.. fuhhhh
.
let say.. setiap hari (amik isnin-jumaat) transfer duit ke acc makayah RM10.. bila kumpul cukup sebulan dah bape... RM200 tau !!

eh tak sangka.. senang dan tak rase pon memberi. betul kan ??
sebab jumlah tu sikit.. 

.
bila rase ok tu.. bagi lah lebih.. kau akan rase nikmatnya bila memberi... lebih2 lagi kat makayah kite... selagi dorang hidup bagi lah kesenangan tok dorang
.
its also my self reminder.. kite as anak sape takmo tengok mak ayah senang happy kan.. nak balas jasa dorang, memang tak terbalas lah... doa kan yang baik2 
insyallah jadi baik.

moga tips ni berguna tok korang ya... selamat mencuba dan consistent tau
cubalah untuk istiqomah :)
.
.
.
pesanan penaja: korang mai lah beli #BCONFIDENT ngan mas supaya ams boleh naikkan amount yang nak bagi ke parents tu.. hehehhehe 
.
.
peace  no war
wrote by : my hand

Friday, 7 October 2016

(10 TANDA HAMIL YANG WAJIB IBU TAHU SEBELUM SEMPAT KE HOSPITAL)


Pre-Labour: 1 hingga 4 minggu sebelum bersalin



1. Baby “jatuh”

Beberapa minggu sebelum melahirkan, kedudukan baby semakin ke bawah. Kepala baby akan mula engaged dengan tulang pelvik kita sedikit demi sedikit. Pada waktu ini ibu akan mudah terasa nak membuang air kecil seperti pada Trimester Pertama kerana kepala baby menekan pada pundi kencing. Berita baiknya pula, ibu dah boleh bernafas dengan agak mudah kerana ruang atas dah semakin kosong.
.
2. “Laluan” mula terbuka (dilates)

Serviks juga semakin menipis dan semakin terbuka sebagai persediaan untuk melahirkan. Ada sesetengah hospital akan melakukan pemeriksaan bukaan setiap kali check-up dan ada juga yang tidak. Jangan rasa bimbang sekiranya anda hampir dengan due date tetapi tiada bukaan langsung. Ini kerana setiap orang adalah berbeza keadaannya



3. Anda akan kerap rasa cramp dan juga sakit belakang yang agak kuat.

Terutamanya sekiranya ini bukanlah anak yang pertama, anda akan rasa semakin sakit di bahagian belakang bawah. Otot dan semua joint akan melonggar dan bergerak sebagai persediaan untuk melahirkan.

4. Semua sambungan (joints) pada badan seperti longgar.

Sepanjang tempoh kehamilan, hormon relaxin yang dirembeskan akan menyebabkan semua ligamen menjadi lembut dan longgar. Semakin hampir dengan due date, anda akan dapat merasakan bahagian badan anda semakin melonggar. Jangan risau, ini adalah sebagai persediaan untuk memberi laluan kepada si kecil anda. 


5. Berat badan anda tidak akan bertambah (atau berkurang)

Menjelang akhir kehamilan, anda tidak akan bertambah berat badan dan mungkin ada juga yang kehilangan berat badan. Tapi jangan risau, baby masih bertambah berat badannya. Cuma air ketuban kita (amniotic ×uid) semakin berkurangan, serta kekerapan kita ke toilet untuk membuang air (Refer point 1 dan 6) akan mengurangkan berat badan. 


6. Anda akan mengalami cirit-birit.

Memandangkan semua otot berada dalam keadaan relax, begitu juga otot pada rectum. Ini menyebabkan aktiviti pada usus besar melonggar dan menyebabkan cirit birit. Walaupun rasa tak selesa, harus diingat ini adalah petanda baik. Banyakkan minum air untuk kekal hidrate ye.


7. Anda akan rasa sangat letih dan rasa nak berehat sentiasa.

Dengan perut yang memboyot, badan lesu tidak bermaya menyebabkan anda berasa sangat letih. Tidur malam pon tak lena. Sekiranya anda mempunyai peluang diwaktu siang untuk berehat, just have a good nap ye.



Early Labour: Beberapa jam sebelum bersalin

1. Anda mengalami contraction yang sangat kuat dan kerap.

- Contraction adalah tanda awal bagi active labour. Kecuali Braxton Hicks. Bagaimana nak bezakan antara contraction sebenar dengan yang palsu (Brixton Hicks) ni:-

Walaupun anda aktif, contraction tidak menghilang, malah semakin sakit dan kerap
Walaupun anda dah tukar posisi, contraction tetap tidak berkurang dan hilang.
Contraction bermula dari bahagian bawah belakang, dan berpindah contraction adalah selang 1 minit. Waktu ni memang rasa dah tak tertahan nak buang air besar =p

2. Anda perasan ada discharge yang berubah warnanya, tidak seperti keputihan biasa.

Beberapa hari sebelum nak bersalin tu anda akan perasa cecair yang keluar adalah sedikit pekat.
Bila dah tiba hari nak melahirkan, akan ada ‘bloody show’ iaitu akan turun sedikit darah. Jika tanda ini dah keluar, cepat-cepat ke hospital ye.

3. Pecah air ketuban

Hanya 15% dari ibu hamil akan mengalami air ketuban pecah, jadi jangan ambil ini sebagai satu-satunya tanda anda dah nak bersalin ye. 
Bila air ketuban dah pecah, cepat-cepat ke hospital, kerana semakin lama anda bertahan, lagi bahaya kerana baby mudah terkena jangkitan sekitanya perkara ini terjadi.

Monday, 7 September 2015

TIPS BISNES




Apa yg anda boleh lakukan UNTUK memastikan kekal positif walaupon byk pihak TAK suka anda & kdg2 bisnez agak slow ??

****************************************************
.
1. Setkan minda berbisnez untuk enjoy . 
Bisnez bukan kerja ! Dan kita bukan hamba bisnez !

2. Setkan dlm minda jika 1org TAK suka masih ada 99 suka . 
Ada org yg mmg akan x suka dgn apa kita lakukan walaupon baik ! 

3. Target kan dlm minda untuk mncapai sesuatu kejayaan/impian . 
Contoh nak pergi melancong atau nk pergi umrah

4. Letakkan dlm jiwa betapa bangga dan seronoknya bila dpt bersedekah dan berkongsi dgn org lain apabila sudah kaya dan berjaya

5. Selalu bayangkan "andai aku kaya , kehidupan aku pasti berubah"

6. Jadikan bisnez suatu ibadat yg menampung dosa lain . Kita tak sempurna . 
Mesti ada kurang kt mana2 .

7. Sentiasa berfikiran "aku akan tinggalkan mereka yg TAK suka aku jauh ke belakang tanpa sebarang pencapaian dan di akhirnya aku harap ada pengakhiran yg baik dan lg baik dri mereka".

8. Sentiasa jauhkan org2 negatif dlm hidup . Block selagi boleh . Pindah rumah jika jiran negatif !

9. Bela kucing dan solat 

10. Sentiasa mgkaji permasalahn bisnez dan selesaikan nya dlm tempoh 2 jam !


*********************************

Tips ni mas share dari seorang yang berjaya.. Motif nak share untuk peringatan diri sendiri dan anda semua.. mane tau ade kes yang gini.. boleh apply
.
semoga berjaya dalam apa jua bidang yang anda ceburi :)



Wednesday, 19 August 2015

TIPS BERNIAGA : LARANGAN MENJUAL


Since follow sorang founder ni... tips die memang motivated dan bagi inspiration... so, here mas pon nak sharekan kat korang yang mana nak tau la... yang tak mo tau, jangan bace sampai habis.. tq :)


Larangan menjual !
.
 X Jgn jual pada kawan2
 X Jgn jual pada adik beradik
X Jgn jual pada saudara mara
X Jgn tag nama org di FB berkenaan jualan anda
X Jgn spam iklan org
X Jgn komen dekat iklan org mengenai promosi produk anda . Mereka bayar mahal tajaan iklan itu .
X Jgn bersahabat dgn org kerana ingin menjual !
X Jangan kawan dengan orang negatif
x jangan tinggal dengan kejiranan yang negatif 

ok, happy sharing... nanti mas share lagi, hopefully membantu peniaga2 macam kite ni.. selamat berniaga dengan keberkatan :)

Friday, 6 March 2015

8Tips CARA NAK KEMPISKAN PERUT BUNCIT

Assalamualaikum semua :)


Selain kecantikan rupa paras, saiz individu adalah sangat penting dan memainkan peranan dalam sesuatu aspect.. Ia adalah first impression bagi persenaliti seseorang.. Tapi Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai. Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai. Bukan itu sahaja, perut buncit juga merupakan tanda awal kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya.

Malah, apabila tidak mempunyai fizikal yang menarik seperti artis atau pembina badan, mungkin akan membuatkan individu itu berasa lebih tersisih dan berfikir negatif setiap masa. Pun begitu, terdapat cara yang sesuai untuk lelaki mahu pun wanita untukmengatasi masalah mempunyai perut buncit. Tidak salah untuk mencubakan? Antara cara-cara untuk mengempiskan perut adalah:

1. Minum Air Masak Yang Banyak.
Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

2. Makan Perlahan-lahan.
Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi perut buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

3. Kurangkan Garam Dalam Makanan.
Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk. Lama kelamaan, perut buncit pun boleh berlaku.

4. Makan Makanan Yang Penuh Serat.

Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai. Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai. Bukan itu sahaja, perut buncit juga merupakan tanda awal kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya (LINK).
Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan dari mendapat penyakit perut buncit ini.

5. Kesan Pengambilan Ubat.

Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi perut buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

6. Hindari Sembelit.

Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan danhanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan perut buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.

7. Lakukan Senaman atau Bersukan.

Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak.Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.

8. Set Kurus shaklee
Pengambilan Set kurus shaklee secara berterusan dan tak skip tak ngelat mampu buat awak tak buncit malah kurus langsing dan dapat bentuk badan yang cantik dan sado..!

Vitamin Apa yang sesuai bagi mengempiskan perut..?

Perut buncit ni tak kire awak lelaki atau perempuan... Mas nak sharekan Vitamin apa yang sesuai.. makan ni sure perut tak buncit lagi TAPI bukan kerja mudah lelagi as per picture yang kat atas tu yaa... mari saya bantu untuk kelihatan langsing dan tak buncit lagi :)

3cara mudah dan berkesan untuk mengawal berat badan sekaligus tiada lagi masalah perut buncit



Pengemar ansik lemak , atau makanan berat.. Boleh tukar kepada cinch mix ni.. Berbaloi sebab mengenyangkan dan bina muscle.. tak de istilah mengelebeh dah..!


Kepentiang LECITHIN dalam diet seharian

Semoga penulisan ini membantu dan bermanfaat :)
T.kasi
h



boleh email / hubungi di
 Serta Mas akan guide semua customer2 yang purchase dengan Mas SAHAJA :) 
Dan jangan risau, Mas akan guide dan ajar jugak cara-cara makan yang betul set vitamin ni.

Monday, 2 March 2015

TIPS MEMILIH NAMA ANAK

Assalamualaikum.. Sedia maklum, setiap hari ade sahaja bayi lahir... Biasenya mom la busy and over excited nak carik nama untuk baby bakal lahir.. Yeahhh.. ! mas pon gitu jugak.. Banyak gile listing, sampai 2muka surat.. kate over.. biasa lah..hihiihihhh... Tapi setelah buat penyaringan semua takmo.. Alih-alih nama yang tak disangka pulak jadi pilihan... 

Dalam pada sedang teruja memilih nama untuk anak yang bakal lahir, ingatlah kita sebenarnya membawa tanggungjawab yang besar dalam pemilihan itu, sebab nama ni orang akan sebut dan sentiasa sebut.. Apa jua bait perkataan adalah doa... Samalah jugak nama.. Pilihlah nama yang bermaksud baik, sekaligus akan mendoakan yang baik-baik..


Harith Ukasyah 
Harith :  Kuat, berusaha
Ukasyah: Sahabat nabi Muhammad SAW, labah-labah

Here, mas nak sharekan tips-tips memilih nama bayi anda.. Moga bermanfaat :)


Tip memilih nama bayi :

1. Maksud nama

Kalau muslim, maksud nama yang diberikan haruslah yang baik. Cuba bertanya kepada ustaz dan ustazah mengenai pemilihan supaya tidak menyesal nanti.

2. Sebutan nama

Adakah anda menghadapi kesukaran menyebut nama yang anda pilih? Kadang-kadang ejaannya lain nak menyebutnya lain. Susah cikgu nak panggil.

3. Keunikan nama

Mungkin apabila anak anda mula ke sekolah terdapat 5 orang yang bernama sama di dalam satu kelas. Tetapi agak-agak juga, kalau terlampau nak unik sangat sampai bagi nama Ultraman Taro pun payah juga.

4. Nama panggilan

Anda mungkin ingin mempertimbangkan nama panggilan untuk anak kelak ketika memilih nama.

Menurut babycenter.com.my berikut adalah senarai nama bayi lelaki dan perempuan paling popular pada tahun 2014
Nama-nama di bawah bukan hanya nama untuk bayi muslim.

Bayi Perempuan

1. Nor
2. Zara
3. Aishah
4. Alicia
5. Sophia
6. Hannah
7. Arissa
8. Iris
9. Adelia
10. Dhia
11. Humaira
12. Puteri
13. Damia
14. Safiya
15. Azalea

16. Nurul
17. Zulaikha
18. Arianna
19. Marissa
20. Aliyah
21. Medina
22. Irdina
23. Batrisya
24. Iman
25. Aqilah

Bayi Lelaki

1. Mohamed
2. Adam
3. Amar
4. Ahmad
5. Rayyan
6. Aqil
7. Mikhail
8. Amsyar
9. Naufal
10. Umar
11. Yusuf
12. Firash
13. Daniel
14. Zikri
15. Aish
16. Danish
17. Haziq
18. Harith
19. Darwish
20. Zafran
21. Aryan
22. Lucas
23. Khalish
24. Rizqi
25. Emir

OK, Now kita lihat.. ade ke nama anak kita dalam list 50 nama anak paling glemer 2014 tu.. ehhehehehe

Moga penulisan ini memberi idea dan manfaat ibubapa dalam pemilihan nama untuk anak yang bakal lahir nanti...insyallah :)

Wednesday, 3 December 2014

HOME TIPS : KERJA MENYENTAL KINI LEBIH MUDAH



Alhamdulillah, di beri masa sikit nak share Hometips.. Biasa kalo dapor masak kat umah dah karat korang buang ker..?? ke ade yang sayangggg nak buang.. sental-sental tak jugak hilang-hilang yang karat tu...  
NAH mas nak share ni haaa.. Misti mommies sukaaa habisss..!!!

Bercahaya takkk..?????
 taraaaaa....!!!! syilauuu nyeee.. heheheee.. dah berkilat ni.. jangan sayang plak nak gune ye...

Kalo karat lagi.. gune aje BASIC H ni.. kerja menyental jadi mudah gittew...

Ni BASIC H tu.. 1 botol ni tahan setahun tau...!! tak percaya...??? Beli lah sendiri.. dan bandingkan...


Opsss,,..!! Basic H bukan kegunaan untuk dalam rumah sahaja malah kat krete ni ha.. selamat di sental jugak... nak tahu lebih lanjut lagi betapa best nya BASIC H NI... KLIK JE..


Semoga dapat membantu penyusuan mommies semua..
Kawan- kawan sekalian yg berhajat nak beli direct supplement shaklee ni  di hq or branches
boleh guna id saya...

Shaklee id; 869907
Name ; Masharyana Mashuri
Hp ; 016-6810844

Hq shaklee - empire subang
Penang branch - pusat bandar seberang jaya
Ipoh branch - bandar ipoh raya
Jb branch- taman molek
Kl branch- Sri rampai
Kota bharu branch-section 25, jln sultan yahya petra
Kota kinabalu branch- neutron point

pergi ke branches or HQ , buy product & inform my id :869907

  Hubungi Saya segera,

Sekian terima kasih... Boleh pm sy untuk maklumat lanjut..

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya  SMS/WhatsApp| add saya di FB 
 Za Fair (Mas Masya) untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage Za Fair's Supplement untuk tips kesihatan/kecantikan

Thursday, 2 October 2014

PARENTING : 10 TIPS BERGUNA MENDIDIK ANAK UMUR 0-3 TAHUN

Assalamualaikum dan hopely hari-hari korang cerah dan hapenning lah hendak nye... Amboi, sejak dah ade anak ni.. segala info untuk meransang otak baby semua ku terjah.. then copy masyuk my blog.. supaya boleh praktikkan kat ayish ni ha... hehehee... Hopely anak mama ni jadi anak yang berguna hendak nye.. amin  :)

----------------------------------

Hari ni mas nak share pasal tip keibubapaan atau lebih pada terapi pertuturan yang dikongsi oleh sorang blogger ni, Adlil Rajiah. Memang super awesome dan berguna. Tip yang dikongsikan boleh di apply untuk semua anak2 kita terutama yang masih kecil, newborn pun boleh, tak semestinya yang ada speech delay and such.  Terima kasih pada Adlil sebab berkongsi info berguna dengan ibu bapa moden sekarang.


Yang aku nak share kat sini ialah..
masa kitorang jumpa Dr. Sherine tu ada banyak sangat input yang berguna dia bagi.

Terutama anak-anak yang umur  0-3 years old.
Seriously berguna like hell.
In fact aku dah praktikkan beberapa tips yang doktor tu bagi.
Dan Alhamdulillah memang berkesan. =)

Ok aku buat dalam point form la eh.
Senang korang nak hadam.

1. Biasakan dan kerapkan bawak anak main pasir, buih, rumput, dan plastesin.

Kalau boleh biar dia sentuh guna tangan dan kaki. Biar dia exposed dan touched dengan texture pasir, rumput, buih, etc. Benda-benda tu sangat merangsang motor skills dan sensory skills anak-anak.
Aku nak explain lebih-lebih pon, aku bukan doktor. T_T
So mohon akur je lah dengan fakta yang diberikan ini.

Tip didik anak, bermain di pantai untuk motor skil
Terapi juga ni bermain pasir di pantai.

2. Don't expose to too much things in a box.

"Things in a box" tu macam, tivi, ipad, tablet, phone, games etc. Yang ni paling ngeri.
Aku tengok sendiri dengan mata kepala aku, masa pergi special school Dr Sherine tu, ada sorang budak Australian ni. Umur baru 4 tahun. Jari tangan dia, kaki dia, lutut dia, semacam tak normal. Tak tahu nak describe macam mana.
Tapi korang nak tahu apa sebab dia jadi camtu?
Sebab too much exposed to computer light and touch screen!!
Scary nak mampos hoiii.
Tak sangka sampai boleh jadi gitu kan.
Mak dia exposed budak tu main ipad sejak lahir tau. T_T

Aku borak ngan mak budak tu, sampai nangis-nangis makcik tu cerita kat aku.
Dia cakap saraf-saraf anak dia dah rosak.
Sebab takde rangsangan dan kurang latihan pergerakan masa kecik.
Patutnya masa kecik kan, baby aktif gila nak meniarap la, nak merangkak la, nak lompat-lompat la. Kan?
Tapi sebab parents dia terlalu busy, dan diorang takde pembantu rumah, so dia bagi je baby tu leka dengan ipad 24/7! Hamik kau.
Aku dengar pon macam nak baling lesung batu je kat mak dia. ;D

So bila anak dia dah umur 4 tahun ni, baru nak pergi kelas pemulihan.
Belajar lompat, belajar meniarap, belajar merangkak. Kesian kan?

Sampaikan diorang tak bagi keluarkan apa-apa gadget depan budak tu.
Ada sekali tu, phone aku ada SMS masuk, so aku nak keluarkan la dari beg nak check SMS kan. Tetiba Dr. Sherine cakap kuat-kuat,
"No handphone in front of Alex! No handphone in front of Alex please!"

Gitu.
Takut aku. :D

Aku ada mintak komen Dr. Sherine tentang gadget-gadget ni.
Sebab aku pon selalu je tengok Boboiboy dengan ayish kat ipad. Hehehehe.
So ini jawapan Dr.Sherine,
"Takde masalah kalau nak tengok benda in a box ni (ipad, tivi, phone). But make sure not more than 10 minutes at a time."
"Never leave the child and ipad alone. Watch with him. Tengok Boboiboy sama-sama dengan dia, interact dengan dia. For example, kita cakap, Oh Boboiboy is wearing a red cap. Oh there, Boboiboy plays badminton with his friends! Sentiasa interact dengan dia while watching."
"It's a good sign when he wants to watch ipad, he asks you to join him. But bad sign when he doesn't want anyone to disturb or join him while he's watching. Itu petanda buruk. So always always always be with him and interact with him while watching."

Ini bahasa mudah untuk faham kenapa ipad, tivi, phone, games tak elok untuk perkembangan kanak-kanak, menurut Dr Sherine:
Bila kita tengok ipad, mata kita tertumpu kepada satu level sahaja.
Tiada pergerakan "rolling" oleh mata.
So bila too much ipad, that means no eyes nerves stimulation.
So lama-lama pandangan anak tu tak luas.
So brain dia pon tak boleh fikir dengan luas/kreatif.
So parents digalakkan supaya banyak stimulate mata baby. How?
Bawak keluar rumah. Look around. Atas, tunjuk sky, tunjuk airplanes.
Bawah, tunjuk grass, tunjuk cat, tunjuk flowers.
Kalau tak boleh keluar rumah, still boleh buat dalam rumah.
Contohnya, boleh guna mainan flash cards ABC tu.
Flash huruf A kat atas, supaya anak dongak ke atas.
Pastu flash huruf B kat bawah pulak.
Pastu flash huruf C sebelah kiri, huruf D sebelah kanan.
Dan sebagainya.
Dengan cara macam tu, automatik ada "rolling" eyes movement.
 So bila ada pergerakan mata atas bawah atas bawah camtu,
saraf mata dirangsang dengan baik.
So brain development pon berlaku dengan baik.

Gitu.
Aku rasa cukup mudah penjelasan yang Dr. Sherine bagi tu.
Terutama untuk orang vangang macam aku ni nak faham.
Maafkan saya, saya bukan Doktor.. T_T



3) Stimulate their imitation skills.

Imitation skills ni ialah kebolehan mengikut atau meniru apa saje perkara yang dilihat disekeliling. Contoh kalau anak nampak kita clap hands, dia pon ikut clap hands. Camtu.
Dr. Sherine kata, ini masalah terbesar budak-budak sekarang.
Lack of imitation skills.
So vocab kurang, otak lambat pick-up, etc.
Because language and speech is also an imitation skill,
attitude pon imitation skill,
cara berfikir pon imitation skill,
dan semua-semua tu pon related to brain development.

So parents digalakkan buat kaedah-kaedah macam ni:
Say a word, dan suruh anak ulang.
Lukis satu simple drawing, dan suruh anak tiru.
Buat mimik muka macam nangis, senyum, gelak, marah dan suruh anak tiru.
Buat satu kerja mudah macam susun bantal atas katil, susun buku kat rak, dan suruh anak ikut.
 Nyanyi satu lagu, dan suruh anak ikut nyanyi.
Dance mengikut muzik, dan suruh anak tiru step yang kita buat.
Buat satu pergerakan macam merangkak, lompat, mencangkung, bergolek, dan suruh anak buat sama.

Gitu.

Oh lagi satu, Dr. Sherine cakap, pergerakan merangkak ialah sangat-sangat bagus.
Sebab dia melibatkan seluruh anggota badan, dari kepala ke hujung kaki.
Dan menurut kajian, baby yang mengalami fasa merangkak yang lama, dikatakan lebih genius dan berfikiran kreatif berbanding baby yang merangkak sekejap atau tak merangkak langsung (terus boleh berjalan).


T___T


Merangkak pun bagus rupanya
Pakat2 jadi tiger ya!



4) Banyakkan concept toys berbanding mainan superheroes, monsters, etc.

Concept toys tu macam, ABC 123 blocks, Lego, animals (yang realistic dan senang nak recognize), shapes blocks, vehicles, colour blocks, etc.
Sebab benda-benda ni boleh tambahkan vocab anak.
Plus boleh belajar sambil bermain.
Dr. Sherine kata, avoid belikan mainan-mainan yang tak realistik.
Macam barbie doll, superheroes dalam tivi, monsters, etc.
Sebab masa bermain, dia tak boleh kaitkan dengan dunia realiti dia.
Takut dia terlebih taksub dengan dunia yang fantasi tu pulak.
Macam tak elok sangat la kan.

Tip Pertuturan: Pilih mainan yang boleh make up story dan realiti
Banyakkan toys yang boleh relate dengan realiti bukan hanya fantasi..

5) Bila nak ajar anak bercakap, ajar word dulu, avoid sentence.

Contoh macam kalau kita pergi zoo, kita nak tunjuk elephant kat anak,
better cakap,
"Elephant!"
bukan
"That is elephant!"
atau
"Wow u see that big elephant?"

Camtu.

Unless kalau anak dah hafal animals tu semua, so boleh ajar sentence dengan adjective pulak.
Contoh,
"Tall giraffe. Big elephant. Beautiful butterfly. Yellow bird."
Avoid guna perkataan "The This That And With etc".
Direct je cakap "Big tiger. Beautiful bird."
Camtu.
Ajar word by word.
Nak ajar budak bercakap kena slowly dan repetitively.

Bila nak bagi arahan pun sama.
Sebut perbuatan itu sahaja. Without a complete sentence.
Contoh,

"Eat."
bukan
"Come and eat."
atau
"U must eat."

"Sit."
bukan
"Come and sit beside Mama"
atau,
"Sit and keep quiet."

Lama-lama budak tu akan cepat recognize, which one is noun, adjective, verb, etc.
Lepas dia dah banyak vocab, baru boleh start ajar buat sentence.



6) Kalau budak takut strangers. Ask them to high-5. Avoid salam, hug or kiss.

Biasanya budak yang takut strangers ni sebab dah banyak kali trauma atau ada bad experience each time jumpa strangers.
Contoh budak yang selalu sakit.
Banyak kali jumpa doctor/nurse yang asyik cucuk atau bagi ubat etc.
So bila jumpa strangers mana-mana pon, dia expect orang tu akan buat pape kat dia.
So macam fobia camtu la kan.

Untuk overcome benda ni, Dr. Sherine tu suggest,
bila jumpa je sesiapa yang anak tu takut,
Suruh orang tu high five dengan anak kita tu.
Biasanya kalau kita jumpa kawan ke saudara mara ke, mesti diorang nak pelok cium salam anak kita kan?
So kalau anak yang jenis takut strangers ni, jangan bagi orang salam pelok terus,
suruh high-5 dulu.
Kalau orang tanya kenapa, jawab ikut style nigga. Yaw yaw yaw. ;D

Menurut Dr. Sherine, high-5 is very powerful.
Dia boleh ubah mentaliti anak within seconds.
Bila kita high-5, akan berlaku sentuhan dalam beberapa saat,
dan budak tu akan realize yang orang tu tak merbahaya.
So lepas tu, dia akan ok la dengan orang tu.
Gitu.



7) Bila anak buat salah. Explain instead of marah.

Macam kalau anak main marker pen, conteng satu rumah.
Hoih mahu kau tak hangin kan??
So Dr. Sherine tu kata, instead of marah-marah membebel tak tentu pasal,
better explain clearly kat anak tu kenapa benda yang dia buat tu salah.

Ingat, anak tu tengah exploring his world, bukan sesaje nak cari pasal dengan kita.
Lagi satu, setiap kali explain atau bercakap dengan anak,
make sure mata kita dengan dia satu level.
Melutut depan anak.
Jangan cakap atau marah sambil berdiri,
anak jadi bertambah takut.
Nanti dia tak absorb pon apa yang kita nak sampaikan.

Tip Pertuturan : Bercakap pada eye level anak. Pastikan anak faham dan lihat mata kita juga
Bercakap pada eye level anak..

8) Overly-attached to one person is not a good sign.

Contoh macam anak tu rapat dengan mak je, dengan ayah tak berapa rapat.
So itu petanda tak bagus.
Something wrong with his self-esteem.
So kena biasakan dia rapat dengan semua orang.
Especially family members.



9) Bila bermain, follow his interest. 

Kalau anak nak main ball, jangan tetiba korang nak ajak dia main basikal.
Kalau anak nak melukis, jangan korang nak ajak dia main ball.
Gitu.
Ikut kehendak anak pada ketika itu.
Sebab brain development akan berlaku pada tahap maksima bila budak tu betul-betul interested dan happy buat sesuatu perkara.
Lain la kalau anak mintak nak main benda bukan-bukan.
Haruslah dimarahin dong.

Bermain bersama ikut minat anak

10) Bagi pilihan jawapan untuk enhance communication skill anak.

Contoh bila kita bertanya sesuatu kat anak kita,
kalau anak diam je sebab tak tahu nak camane,
jangan biarkan soalan tu tak berjawab.
Kita yang kena bagi pilihan jawapan kepada anak.

Contoh macam kalau kita tanya,
"Kenapa Haikal menangis?"

Tapi Haikal diam je,
mungkin sebab tak tahu nak jawab macam mana.
So kita bagi la beberapa pilihan jawapan, macam
 "Haikal jatuh?"
"Haikal sakit perut?"
"Haikal nak ikut papa pergi kerja?"
"Haikal bosan?"

Itu contoh.
Even if dia respon dengan sekadar angguk je pon dah memadai.
At least soalan dah terjawab.
Dan lama-lama kang dia tahu la nak jawab macam mana if soalan yang sama diajukan di masa akan datang.


Ok tu je 10 tips yang dapat dikongsi.
Lagi sekali, tips-tips ni ialah dari Dr. Sherine, Child Psychaitrist dari Hospital Gleneagles.
Bukan keluar dari mulut aku ye.Bukan aku reka ke apa.
Cuma aku tulis ni ikut bahasa aku la kan. Supaya korang pon senang nak faham.

Niat aku satu je.
Nak share supaya korang pon sama-sama dapat manfaat.
Sebab seriously semua tips ni aku dah try dan setakat ni Alhamdulillah,
aku nampak kesan positif nye
Kesan dia sangat drastik ok.
Sebab budak 0-3 y.o. ni development diorang memang lajuuuuuu.
So korang kena cepat praktikkan tips-tips di atas. =)

Tapi of course semuanya berlaku dengan izin Allah.
Tapi tak salah kita ikhtiar yang terbaik dan termampu.
Part usaha, doa, tawakkal tu kan tugas kita.
InsyaAllah, outcome dia nanti menggembirakan kita.
Sebab Allah tak pernah kecewakan hamba dia yang berusaha bhai..

T_________T

Sunday, 21 September 2014

Cara Menghukum Anak yang Tidak Dibenarkan Dalam Islam

Alhamdulillah.. sejak ade anak ni.. segala bab parenting nak tau.. Ye la, nak jugak anak yang di kandung sendiri ni jadi anak yang bijak pandai.. soleh/ solehah tu tak yah kate.. memang nak..!
Here mas nak sharekan serba sedikit cara menghukum anak yang tak di benarkan dalam islam.. moga bermanfaat... lebih-lebih lagi macam mas ni yang baru je bergelar mom.. hihiii
Indah kan perasaan tu.. alhamdulillahhh.. Allah bagi pinjaman yang ternilai harga nya... si dia penawar duka kami...
----------------------------------

1. Memukul wajah
Rasulullah S.A.W melarang memukul muka berdasarkan sabda Baginda yang bermaksud, “Jika salah seorang dari kamu memukul, maka hendaknya dia menjauhi (memukul) wajah.”

2. Menampakkan kemarahan yang sangat
Ini juga dilarang kerana bertentangan dengan amalan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Bukanlah orang yang kuat itu diukur dengan kuatnya dia berlawan, tetapi orang yang kuat adalah yang mampu menahan dirinya ketika marah."

3. Memukul di dalam keadaan sangat marah
Dari Abu Mas’ud al-Badri, dia berkata, “(Suatu hari) aku memukul budakku (yang masih kecil) dengan cemeti, maka aku mendengar suara (teguran) dari belakangku, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud!’ Akan tetapi, aku tidak mengenali suara tersebut kerena kemarahan (yang sangat). Ketika pemilik suara itu mendekat dariku, maka ternyata dia adalah Rasulullah S.A.W dan Baginda berkata, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud! Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud!’ Maka aku pun melempar cemeti dari tanganku, kemudian beliau bersabda, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud! Sesungguhnya Allah lebih mampu untuk (menyeksa) kamu daripada apa yang kami seksakan terhadap budak ini,’ maka aku pun berkata, ‘Aku tidak akan memukul budak selamanya setelah (hari) ini."

4. Bersikap terlalu keras dan kasar

Sikap ini jelas bertentangan dengan sifat lemah lembut yang diajar oleh Islam sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Barangsiapa yang terhalang dari sifat lemah lembut, maka dia akan terhalang dari mendapat kebaikan.”

5. Memukul dengan benda keras sehingga berbekas
Ini juga dilarang oleh Rasulullah S.A.W. Sebaik-baiknya gunakan rotan yang tidak boleh mendatangkan kecederaan dan berbekas pada kulit. Menghukum dengan rotan dibolehkan dengan tujuan untuk memberikan peringatan kepada anak.


Kawan- kawan sekalian yg berhajat nak beli direct supplement shaklee ni  di hq or branches
boleh guna id saya...

Shaklee id; 869907
Name ; Masharyana Mashuri
Hp ; 016-6810844

Hq shaklee
Penang branch
- pusat bandar seberang jaya
Ipoh branch - bandar ipoh raya
Jb branch- taman molek
Kl branch- Sri rampai
Kota bharu branch-section 25, jln sultan yahya petra
Kota kinabalu branch- neutron point

pergi ke branches or HQ , buy product & inform my id :869907

  Hubungi Saya segera,

Sekian terima kasih... Boleh pm sy untuk maklumat lanjut..

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya  SMS/WhatsApp| add saya
di FB Za Fair (Mas Masya) untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage Za Fair's Supplement 
untuk tips kesihatan/kecantikan

Thursday, 4 September 2014

TIPS KECANTIKAN UNTUK "URGENT NAK CANTIK"

Assalamualaikummm... Bulan 9 / september bermakna berita baik buat semua student... cuti sekolah laaa... time ni la wedding sana sini kannn...??? 

tak kisah la sape awak.. bakal pengantin baru ker.. atau pun tetamu, misti nak nampak cantik walau di mana jugak kan... HAAAA...! ni  mas nk sharekan tips dari seseorang... tak rugi pon kalo try.. lelagi time urgent2 ni... nak cepat cantik... ni lah masanya try habis-habisss...!!!


start cuti sekolah ni start banyakkk dah  kenduri kendare eh?

Tips bakal pengantin
1. Alfalfa 5-10 biji 
>>>> hilangkan keputihan, untuk mood yg lebih nyumnyum tenaga luar biasa.

2. vitamin C sustain release
>>>>1-2 biji sehari bagi hilangkan kulit berminyak, kurangkan inflamasi kulit (jerawat, biji2 merah), tingkatkan antibodi tubuh supaya tak demam tak selsema dan tak bersin2

3. COLLAGEN powder 
 >>> cara shortcut untuk dapatkan kulit lembab, tegang, glowing >> kulit yg cantik & tak kering akan mudahkan kerja2 penyolekan.

4. ESP
>>> beri tenaga! tenaga ni penting yaa dekat2 nak kawen kan nak kena rush sana sini. letih kann nanti sampai masa kenduri letih tak bermaya.. huhuhu... selain tu rajin2 laaa buat masker ESP sebelum tidur kulit bertambah berseri.. lebih cerah, dan halus..

ps: jgn laaa lawa masa bertepung gomak je dah clear mekap rupanyaaaa mata panda laaa , muka jerawat laaa...malu sikit kat en. hasben tu... huhu..natural beauty is the best...lagi selese sebenarnye kalo tanpa make up ni... so, make it beauty laa... start now n u will never regret...!

pm saya untuk set terbaik ya



  Kawan- kawan sekalian yg berhajat nak beli direct supplement shaklee ni  di hq or branches
boleh guna id saya...

Shaklee id; 869907
Name ; Masharyana Mashuri
Hp ; 016-6810844

Hq shaklee
Penang branch - pusat bandar seberang jaya
Ipoh branch - bandar ipoh raya
Jb branch- taman molek
Kl branch- Sri rampai
Kota bharu branch-section 25, jln sultan yahya petra
Kota kinabalu branch- neutron point

pergi ke branches or HQ , buy product & inform my id :869907


SEDANG & INGIN MENCARI SIDE INCOME..??? HANYA DARI RUMAH..

  Hubungi Saya segera,

Sekian terima kasih... Boleh pm sy untuk maklumat lanjut..

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya  SMS/WhatsApp| add saya
di FB Za Fair (Mas Masya) untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage Za Fair's Supplement untuk tips kesihatan/kecantikan

Friday, 18 April 2014

TIPS INGIN HAMIL - KENAL PASTI DIRI SENDIRI

TIPS INGIN HAMIL CEPAT
°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°



Ramai wanita di Malaysia; khususnya berkahwin di usia muda ingin terus hamil ( bunting pelamin) & mendapat cahaya mata yg menjadi penyeri rumahtangga dalam jangka masa yg singkat. Sebolehnya, ramai yg ingin 'bunting pelamin'. Namun malangnya, hampir 50% wanita tidak memahami 'tips & konsep asas' dalam merancang untuk memperolehi zuriat.

Tips & konsep asas untuk mudah merancang kehamilan adalah:
======================================================

☆ Pastikan kitaran haid anda tetap (kitaran normal adalah antara 28-30 hari).
☆ Pastikan anda tahu mengira 'Hari Subur' anda.
☆ Pastikan anda tahu simptom atau tanda-tanda yg menunjukkan bahawa anda sedang dalam 'Hari Subur'.
☆ Bukan setiap hubungan intim pasti akan menjadikan anda hamil. Sebaliknya hubungan intim yg berkualiti pada 'Hari Subur' memberikan peluang yg tinggi untuk anda hamil.
☆ Kekerapan (kuantiti) hubungan intim tidak menjanjikan peluang yg lebih tinggi untuk hamil. Sebaliknya hubungan yg 'berkualiti', penuh kesungguhan bersama & disertai dengan doa yg sebaiknya lebih memungkinkan anda hamil dengan segera.
☆ Suami & isteri haruslah menjaga pengambilan pemakanan yg sihat. Ambil lebih sayur-sayuran serta ikan. Elakkan makanan berproses, air berkarbonat, terlalu manis serta menggunakan bahan perisa yg banyak.
☆ Pastikan berat badan anda di tahap yg ideal. TIDAK Terlalu kurus atau terlalu gemuk boleh mengganggu keseimbangan hormon untuk membolehkan anda hamil.

Tips tambahan
=================
☆ Jangan stress dan cuba elakkan dari stress
☆ sentiasa berfikiran positif dan ingat rezeki tu dari Allah, dan bile tiba masa die akan beri..
☆ Pekak kan telinga ape yang orang sekeliling kate
☆ Bercuti / honeymoon
☆ Buat aktiviti riadah bersama



=================================================

Here, set kesuburan yang di syorkan untuk membantu menggalakkan kesuburan.. khasnye buat anda yang menginginkan cahaya mata sebagai penyeri hidup.... sekaligus telah membantu banyak pasangan di luar sana... Alhamdulillah hasil nye tak mengecewekan... cuma ia mengambil mase juga jika awak sambil lewa dan tidak consistent pengambilannye... Yang penting awak dan pasangan sentiasa positif dan yakin dengan apa yang awak usahakan.. insyallah berbaloi.. dan berserah padanya...

set ni harus di ambil oleh kedua-dua belah pihak.. iaitu suami dan isteri... 
Haaa.. jangan nak tak jujur lak.. soh isteri je amik.. ne boleh camtu.. kate nak anak kan.. kine same2 la take it... ehheheheee...




Sy antara mereka yang lambat di kurniakan cahaya mata... skang ni pon sedang meniti trimester terakhir.. da every week g check up klinik n hospital... Kami (hasben & wife)  juga amik set kesuburan seperti di atas... Sebab tu sy yakin untuk mengesyorkan kepada awak yang sedang berusaha....

Apa yang sy sharekan di sini adalah semata-mata dengan Harapan ia dapat membantu awak yang memerlukan... Itu dah sangat puas hati dan happy sangat...!

So please give me the best result...! dan jangan give up..!

Semoga berjaya! (^_^)




Kawan- kawan sekalian yg berhajat nak beli direct supplement shaklee ni  di hq or branches
boleh guna id saya...

Shaklee id; 869907
Name ; Masharyana Mashuri
Hp ; 016-6810844

Hq shaklee - empire subang
Penang branch - pusat bandar seberang jaya
Ipoh branch - bandar ipoh raya
Jb branch- taman molek
Kl branch- Sri rampai
Kota bharu branch-section 25, jln sultan yahya petra
Kota kinabalu branch- neutron point

pergi ke branches or HQ , buy product & inform my id :869907

  Hubungi Saya segera,

Sekian terima kasih... Boleh pm sy untuk maklumat lanjut..

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya  SMS/WhatsApp| add saya di FB Za Fair (Mas Masya) untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage Za Fair's Supplement untuk tips kesihatan/kecantikan

Tuesday, 25 February 2014

PANDUAN MEMILIKI PERUT RATA a.k.a TAK BUNCIT

...CABARAN 60 HARI. ..

Cantik bergaya tak bermakna kalo bahagian pinggang anda agak besar.. maksudnye tak d cutting... Ini sangat menganggu penampilan dan juga kesihatan... Biasa nya, Lingkaran pinggang yang berlebihan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius.. G check balik pinggang anda...


Tak cukup dengan senaman kerana pola hidup yang seimbang juga boleh mempengaruhi bentuk badan seseorang... Jadi, untuk mendapatkan bentuk PERUT yang rata.. meh kite cuba tips ini..

KUNYAH MAKANAN LEBIH LAMA
===============================
- Menurut Dawn Blatner, penulis buku The Flexitarian Diet, Mengunyah lebih lama adalah cara yang paling mudah untuk mengelakkan perut kembung..
- Mengunyah dengan cepat boleh menyebabkan makanan tidak hadam dengan baik sehingga perut menjadi buncit.. Jadi, kunyahlah makanan sehingga halus dan hancur..

KURANGKAN PENGAMBILAN GULA
================================
- Menurut Jorge Cruise, Penulis buku The Belly Fat Cure, mengurangkan pengambilan gula dapat menjaga insulin atau glucagon dalam badan.. Glucagon adalah hormon yang membantu melawan lemak perut agak tidak menimbun..


BANYAKKAN MENGAMBIL SERAT
==============================
-Kajian menunjukkan bahawa orang yang makan lebih banyak serat mempunyai bentuk badan lebih kecil berbanding mereka yang tidak makan. Ini kerana serat berfungsi menghalang lemak masuk ke dalam badan terlalu banyak. Contohnya, beras merah, gandum, sayuran dan buah-buahan mentah adalah beberapa makanan yang banyak mengandungi serat.

KETAWA
=========

- Ahli pilates, Kristin McGee menyarankan supaya kita ketawa kerana ia dapat mengurangkan lemak badan. Setiap kali anda ketawa, otot-otot akan mengencang di bahagian perut.
- Selain itu, ketawa boleh mengurangkan 10-40 kalori setiap 10-15 minit sehari..

LATIHAN FIZIKAL
=================

- Myatt Murphy, penulis buku The body You Want in the time you have, menyarankan untuk melakukan aktiviti fizikal yang boleh membuatkan denyutan jantung terdetik.
- Contohnya, berjogging, berlari, berbasikal atau berenang selama 10-15minit sehari 3-5kali seminggu..


ELAKKAN MENGAMBIL MANISAN
================================
- Leslie Bonci, ahli nutrisi dari universiti Pittsburgh Medical center mengatakan kebanyakkan manisan diletakkan dengan label 'sugar free' biasanya di masukkan polyol yang menyebabkan gas dan kembang..
- Jadi, elakkan daripada membeli kudapan yang mengandungi kandungan sorbitol, lactitol, dan maltitol..




MINUM JUS BETIK
=================
- Jika anda mengharapkan perut rata dan berat badan berkurangan dengan cepat, masukkan jus betik dalam diet seharian anda. Minum jus betik mampu mengatasi sembelit yang menyebabkan perut buncit.
- Anda boleh terus makan atau tambahkan dengan jus limau bagi yang tidak suka dengan baunya...

ELAKKAN DARI STRESS
=====================
- Stress dan depresi boleh membawa kepada timbunan lemak pada perut. ini kerana, keinginan untuk mengambil makanan lazat dan berlemak lebih besar ketika stress. otak tidak akan fokus pada makanan sehingga tangan anda mengambil makanan lain tanpa sedar...
- jadi cuba kurangkan stress dengan meditasi selama 20 minit, bersenam aerobik dan kardio bersama kawan-kawan



Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya  SMS/WhatsApp| add saya di FBZa Fair (Mas Masya) untuk konsultasi percuma & LIKE fanpageZa Fair's Supplement untuk tips kesihatan/kecantikan

Monday, 24 February 2014

TIPS KECANTIKAN : MASALAH BAU BADAN

HARUMKAN TUBUH SECARA NATURAL
================================


Kita selesa jika tubuh sentiasa segar dan berbau harum / wangi. Orang yang datang dekat pun senang dengan kite.. kan?? 
Namun, apa pula kisahnya JIKA badan berbau kurang enak? Lelagi kalo lepas berpeloh dan perlu berhimpit dengan orang ramai... Rimas kot..! Silap-silap semua orang menghindari... Paling kronik, jika ada yang terus terang menegur... OPSS...! daripada anda marah-marah, LEBIH BAIK cari jalan penyelesaian nye kan untuk mengatasi nye... 
Untuk megatasinye, dengan cara JIMAT dan CANTIK untuk mengatasi dan mengekalkan keharuman badan dengan semulajadi...

KUASA DAUN PANDAN
************************
 Cuba jengah belakang rumah ibu anda, Pasti ade sepokok daun pandan yang tumbuh subur.. Ambillah kira-kira 20 helai daunnya dan bersihkan..  Seterusnya, Kisar hingga hancur, Tapis dan ambil airnya.. Campurkan air daun pandan ini bersama-sama air mandian anda...
Seterusnya, mandilah seperti biasa. Gosok tubuh dengan berus khas untuk badan agar wangiannya rata keseluruh kulit. Amalkan sekerap mungkin.. Namun Pastikan tubuh di bilas dengan bersih sesudah itu..


KERJA SAMBILAN HANYA DARI RUMAH / DI MANA SAHAJA : Hanya perlukan HP & internet shaja..



LIMAU NIPIS JUGA BAGUS
*********************************


Limau Nipis memang banyak khasiatnye, Salah satunya ialah menghilangkan bau badan yang kurang enak.
Caranya mudah jer, Belah dua limau nipis tu, kemuadian gosokkan pada bahagian tubuh yang berlipat misalnya bawah lengan, celah paha dan belakang lutut... dan jangan lupa.. bahagian ketiak tu...Buat selalu dan konsisten untuk mendapatkan hasilnya.. Jika rajin, tambahkan kapur sirih untuk kesan pembersihan yang optimum...!

PISANG PON BOLEH
*****************************
Jika ada pisang masak di rumah, cara ini mungkin boleh anda praktikkan... Anda perlu mengambil kulit pisang  tersebut dan gosokkan di celah ketiak beberapa minit sebelum mandi... Ketika mandi, bersihkan kembali dengan sabun dan air bersih..

HALIA UNTUK DI MINUM
*******************************

Potong sehiris halia tua. Selepas di buang kulitnya, tumbuk sehingga lumat. sediakan segelas air suam dan masukkan halia yang telah di tumbuk tadi. Minum airnya. Khasiat halia ini dipercayai membantu mengatasi masalah badan yang berbau..!

Semoga cara semulajadi yang mudah ini dapat membantu anda yang tengah dok pening-pening ngan bau badan yang melampau tu... 



Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya  SMS/WhatsApp| add saya di FBZa Fair (Mas Masya) untuk konsultasi percuma & LIKE fanpageZa Fair's Supplement untuk tips kesihatan/kecantikan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...