Monday, 2 March 2015

TIPS MEMILIH NAMA ANAK

Assalamualaikum.. Sedia maklum, setiap hari ade sahaja bayi lahir... Biasenya mom la busy and over excited nak carik nama untuk baby bakal lahir.. Yeahhh.. ! mas pon gitu jugak.. Banyak gile listing, sampai 2muka surat.. kate over.. biasa lah..hihiihihhh... Tapi setelah buat penyaringan semua takmo.. Alih-alih nama yang tak disangka pulak jadi pilihan... 

Dalam pada sedang teruja memilih nama untuk anak yang bakal lahir, ingatlah kita sebenarnya membawa tanggungjawab yang besar dalam pemilihan itu, sebab nama ni orang akan sebut dan sentiasa sebut.. Apa jua bait perkataan adalah doa... Samalah jugak nama.. Pilihlah nama yang bermaksud baik, sekaligus akan mendoakan yang baik-baik..


Harith Ukasyah 
Harith :  Kuat, berusaha
Ukasyah: Sahabat nabi Muhammad SAW, labah-labah

Here, mas nak sharekan tips-tips memilih nama bayi anda.. Moga bermanfaat :)


Tip memilih nama bayi :

1. Maksud nama

Kalau muslim, maksud nama yang diberikan haruslah yang baik. Cuba bertanya kepada ustaz dan ustazah mengenai pemilihan supaya tidak menyesal nanti.

2. Sebutan nama

Adakah anda menghadapi kesukaran menyebut nama yang anda pilih? Kadang-kadang ejaannya lain nak menyebutnya lain. Susah cikgu nak panggil.

3. Keunikan nama

Mungkin apabila anak anda mula ke sekolah terdapat 5 orang yang bernama sama di dalam satu kelas. Tetapi agak-agak juga, kalau terlampau nak unik sangat sampai bagi nama Ultraman Taro pun payah juga.

4. Nama panggilan

Anda mungkin ingin mempertimbangkan nama panggilan untuk anak kelak ketika memilih nama.

Menurut babycenter.com.my berikut adalah senarai nama bayi lelaki dan perempuan paling popular pada tahun 2014
Nama-nama di bawah bukan hanya nama untuk bayi muslim.

Bayi Perempuan

1. Nor
2. Zara
3. Aishah
4. Alicia
5. Sophia
6. Hannah
7. Arissa
8. Iris
9. Adelia
10. Dhia
11. Humaira
12. Puteri
13. Damia
14. Safiya
15. Azalea

16. Nurul
17. Zulaikha
18. Arianna
19. Marissa
20. Aliyah
21. Medina
22. Irdina
23. Batrisya
24. Iman
25. Aqilah

Bayi Lelaki

1. Mohamed
2. Adam
3. Amar
4. Ahmad
5. Rayyan
6. Aqil
7. Mikhail
8. Amsyar
9. Naufal
10. Umar
11. Yusuf
12. Firash
13. Daniel
14. Zikri
15. Aish
16. Danish
17. Haziq
18. Harith
19. Darwish
20. Zafran
21. Aryan
22. Lucas
23. Khalish
24. Rizqi
25. Emir

OK, Now kita lihat.. ade ke nama anak kita dalam list 50 nama anak paling glemer 2014 tu.. ehhehehehe

Moga penulisan ini memberi idea dan manfaat ibubapa dalam pemilihan nama untuk anak yang bakal lahir nanti...insyallah :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...