HARUMKAN TUBUH SECARA NATURAL
================================
Kita selesa jika tubuh sentiasa segar dan berbau harum / wangi. Orang yang datang dekat pun senang dengan kite.. kan??
Namun,
apa pula kisahnya JIKA badan berbau kurang enak? Lelagi kalo lepas
berpeloh dan perlu berhimpit dengan orang ramai... Rimas kot..!
Silap-silap semua orang menghindari... Paling kronik, jika ada yang
terus terang menegur... OPSS...! daripada anda marah-marah, LEBIH BAIK
cari jalan penyelesaian nye kan untuk mengatasi nye...
Untuk megatasinye, dengan cara JIMAT dan CANTIK untuk mengatasi dan mengekalkan keharuman badan dengan semulajadi...
KUASA DAUN PANDAN
************************
Cuba jengah belakang rumah ibu anda, Pasti ade sepokok daun pandan yang tumbuh subur.. Ambillah kira-kira 20 helai daunnya dan bersihkan.. Seterusnya, Kisar hingga hancur, Tapis dan ambil airnya.. Campurkan air daun pandan ini bersama-sama air mandian anda...
Seterusnya, mandilah seperti biasa. Gosok tubuh dengan berus khas untuk badan agar wangiannya rata keseluruh kulit. Amalkan sekerap mungkin.. Namun Pastikan tubuh di bilas dengan bersih sesudah itu..
KERJA SAMBILAN HANYA DARI RUMAH / DI MANA SAHAJA : Hanya perlukan HP & internet shaja..
LIMAU NIPIS JUGA BAGUS
*********************************
Limau Nipis memang banyak khasiatnye, Salah satunya ialah menghilangkan bau badan yang kurang enak.
Caranya mudah jer, Belah dua limau nipis tu, kemuadian gosokkan pada bahagian tubuh yang berlipat misalnya bawah lengan, celah paha dan belakang lutut... dan jangan lupa.. bahagian ketiak tu...Buat selalu dan konsisten untuk mendapatkan hasilnya.. Jika rajin, tambahkan kapur sirih untuk kesan pembersihan yang optimum...!
PISANG PON BOLEH
*****************************
Jika ada pisang masak di rumah, cara ini mungkin boleh anda praktikkan... Anda perlu mengambil kulit pisang tersebut dan gosokkan di celah ketiak beberapa minit sebelum mandi... Ketika mandi, bersihkan kembali dengan sabun dan air bersih..
HALIA UNTUK DI MINUM
*******************************
Potong sehiris halia tua. Selepas di buang kulitnya, tumbuk sehingga lumat. sediakan segelas air suam dan masukkan halia yang telah di tumbuk tadi. Minum airnya. Khasiat halia ini dipercayai membantu mengatasi masalah badan yang berbau..!
Semoga cara semulajadi yang mudah ini dapat membantu anda yang tengah dok pening-pening ngan bau badan yang melampau tu...
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya SMS/WhatsApp| add saya di FBZa Fair (Mas Masya) untuk konsultasi percuma & LIKE fanpageZa Fair's Supplement untuk tips kesihatan/kecantikan
No comments:
Post a Comment