Assalamualaikum semua :)
Bersempena Bulan Mac ni ada Promo yang hebat.. Lelaki dan wanita boleh menikmati vitamin dengan harga yang lebih murah dari biasa... Jadi, Mas nak mulakan entry kali ni yang berkait rapat dengan lelaki.. Malah sangat menakutkan..!!
KANSER PROSTAT
Prostat, Siapa yang tak tahu dan nak ambil tahu, MESTI BACA HABIS...!
Masalah Prostat dan Kanser Prostat? Kanser Prostat ini adalah mimpi ngeri bagi lelaki. Oleh itu, kaum lelaki harus sentiasa mengambil tahu mengenai kesihatan diri sendiri. Prostat adalah kelenjar bersaiz “walnut” terletak di belakang dasar penis,di depan rektum,di bawah pundi kencing dan di sekeliling uretra. Uretra ialah saluran tiub yang membawa air kencing dan air mani melalui zakar. Fungsi utama prostat ialah untuk menghasilkan cecair air mani. Cecair dalam air mani melindungi, menyokong dan membantu menyalurkan air mani.
Masalah Prostat / Prostat Membengkak
Prostat biasanya membesar bila usia lelaki meningkat tua, ini dipanggil Benign Prostate Hyperplasia (BPH). Ia bukannya kanser walaupun gejala-gejala yang dihidapi adalah menyerupai dengan kanser prostat. Namun begitu, anda yang bergelar ‘lelaki’ wajib mengambil tahu akan Bahaya Kanser Prostat Bagi Kaum Lelaki.
Sebab berlaku pembengkakan prostat tidak difahami sepenuhnya tetapi ia biasanya berlaku kepada lelaki yang telah berumur. Disebabkan ianya tidak terjadi kepada lelaki yang dibuang testis sebelum baligh, sesetengah orang berpendapat faktor-faktor berkaitan dengan penuaan dan testis yang mendorong perkembangan pembengkakan prostat.
Sepanjang hidup, lelaki menghasilkan hormon testosteron. Adalah dipercayai hormon dihydrotes-tosterone (DHT), satu bahan yang berasal daripada testosteron di dalam kelenjar prostat yang menyebabkan ia membengkak. Dengan peningkatan umur, lelaki terus mengeluar dan mengumpul paras DHT yang tinggi dalam prostat. Pengumpulan DHT ini menggalakkan pertumbuhan sel prostat dan menyebabkan pembengkakan prostat
Apa pula Kanser Prostat?
Kanser Prostat adalah suatu ketumbuhan yang berbahaya di mana ianya bermula dari dalam kelenjar prostat. Untuk pengetahuan anda, ia merupakan kanser yang paling kerap berlaku di kalangan lelaki. Sesetengah kanser prostat membesar dengan perlahan-lahan dan mungkin tidak menyebabkan masalah dalam beberapa tahun.
Peringkat awal kanser prostat (juga dikenali sebagai kanser prostat setempat) terletak di antara prostat. Peringkat awal kanser tidak menghasilkan gejala dan mungkin tidak menjadi kanser dan tidak memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun sesetengah kanser prostat akan membesar dan merebak ke sekeliling prostat, dan ini dipanggil kanser prostat yang teruk.
PROSTAT BENGKAK
Lapan daripada sepuluh kes yang berlaku adalah kerana prostat menjadi bengkak. Prostat yang bengkak ini menekan uretra. Masalah ini dikenali sebagai Benign Prostatic Hyperplasia (BPH) dan ia disebabkan oleh perubahan hormon di dalam prostat.
Masalah ini dialami oleh hampir separuh daripada lelaki yang berumur 50 tahun ke atas dan ia tidak menyebabkan kanser. Ada kalanya prostat menjadi bengkak disebabkan oleh jangkitan yang dikenali sebagai prostatitis yang mempunyai simptom yang sama dengan BPH.
Masalah ini selalunya dialami oleh lelaki yang lebih muda. Kurang daripada seorang dalam sepuluh lelaki yang mempunyai masalah prostat akan mendapat kanser prostat. Perlu diingat bahawa kebanyakan masalah prostat bukanlah kanser, dan kebanyakannya boleh dirawat.
Bagaimana Hendak Mengetahui Jika Anda Ada Masalah Prostat / Kanser Prostat?
Kenalpasti perubahan-perubahan seperti berikut :
- Sukar untuk menghentikan aliran air kencing.
- Mengambil masa untuk kencing kerana aliran air kencing lemah atau sering terhenti.
- Sukar untuk mengeluarkan air kencing terutamanya dalam keadaan yang terkejar-kejar.
- Air kencing masih menitis walaupun sudah selesai membuangnya.
- Sering bangun malam untuk kencing.
- Sentiasa dalam keadaan tergesa-gesa apabila hendak kencing.
- Berasa tidak puas kencing.
- Sakit atau pedih semasa kencing.
- Ada darah di dalam air kencing atau air mani. Buat pemeriksaan doktor dengan segera.
Apakah Ujian Yang Akan Dilakukan Oleh Doktor kepada Anda?
Doktor akan terlebih dahulu mencari punca masalah ini. Beberapa ujian yang perlu dilakukan adalah seperti :
Prostate-Specific Antigen (PSA) Test
PSA adalah bahan (sejenis protin yang dihasilkan oleh tisu prostat) yang di dapati tinggi dalam darah bila terdapat aktiviti dalam prostat yang luar biasa termasuk kanser prostat, BPH atau Prostatis ( radang prostat). Ini adalah ujian darah untuk melihat PSA yang dikeluarkan oleh prostat. Jika bacaannya tinggi, anda mungkin mengalami kanser prostat. Namun begitu, doktor perlu melakukan beberapa ujian lain untuk memastikan masalah tersebut.
Digital Rectal Examination (DRE)
Doktor memakai sarung tangan getah dan jari akan dimasukkan ke dalam dubur untuk merasa permukaan prostat. Ujian ini tidak sensitif, oleh itu kebanyakan lelaki pada peringkat awal kanser prostat mempunyai DREs yang normal.
Transrectal Ultrasound (TRUS)
Doktor memasukkan alat gelombang bunyi ke dalam dubur dan gambar diambil.
Biopsy
Biopsi merupakan satu-satunya cara untuk memastikan kanser prostat. Biopsi ialah pengambilan sedikit tisu untuk pemeriksaan di bawah mikroskop. Jika hasil ujian PSA dan pemeriksaan rektum anda tidak normal, doktor mungkin akan merujukkan anda kepada doktor pakar (pakar urologi). Doktor pakar mungkin akan mencadangkan supaya anda mengambil ujian biopsi. Dalam ujian ini, pengesan ultrasound diletakkan di bahagian rektum untuk mencari kawasan yang tidak normal pada prostat. Contoh atau sampel daripada prostat (selalunya 6 atau lebih) diambil dan dihantar untuk dilihat dibawah mikroskop. Prosedur ini selalunya tidak menggunakan bius. Doktor akan memberi keterangan tentang prosedur ini. Biopsi adalah kaedah utama untuk mengetahui jika anda mangalami kanser prostat. Biopsi akan memberikan petunjuk atau indikasi bagaimana kanser tersebut boleh merebak dan kadar bahaya kanser tersebut (keagresifan). Ini dapat membantu untuk memilih kaedah rawatan.
Computed Tomography (CT atau CAT) Scan
CT Scan membentuk gambar tiga dimensi di dalam badan dengan menggunakan sinar-x.
Magnetic Resonance Imaging (MRI)
MRI mengunakan lapangan magnet, bukan sinar-x untuk menghasilkan imej lengkap badan.
Apakah Faktor Risiko Kanser Prostat?
Sejarah Keluarga :
Anda berisiko lebih tinggi untuk mendapat kanser prostat jika anda mempunyai ayah atau adik-beradik lelaki yang pernah mendapat kanser prostat.
Faktor Usia :
Semakin usia meningkat, anda juga semakin berisiko untuk menghadapi masalah kanser prostat terutamanya selepas umur anda melebihi 50 tahun. Kajian menunjukkan lebih dari 80% kanser prostat didiagnosakan pada lelaki yang berusia lebih 65 tahun.
Perubahan Hormon :
Paras testosteron (hormon seks lelaki) yang tinggi mungkin mencepatkan pembentukan kanser prostat
Apakah Kaedah Rawatan Bagi Masalah Prostat dan Kanser Prostat?
*******************
Kaedah rawatan bagi masalah Prostat dan Kanser Prostat adalah bergantung kepada punca masalah dan tahap bahaya. Doktor akan memberi nasihat apakah tindakan terbaik yang perlu anda ambil . Jika prostat anda bengkak, ini tidak semestinya anda menghidap kanser.
Benign prostatic hyperplasia (BPH)
Masalah ini dapat diatasi dengan ubat atau pembedahan. Ubat dapat menukar tahap hormon, merelakskan atau mengecutkan prostat supaya ia tidak menekan uretra. Anda mungkin perlu mengambil ubat untuk beberapa bulan sebelum simptom masalah tersebut berkurangan. Anda perlu terus mengambil ubat sehingga simptom dapat dikawal dan perlu mendapat pemeriksaan doktor.
Pembedahan mungkin dilakukan untuk membuang sebahagian daripada prostat supaya ia tidak lagi menekan uretra. Rawatan laser atau gelombang mikro juga mungkin digunakan.
Prostatisis
Selalunya prostatisis dirawat dengan antibiotik. Anda perlu mengambil antibiotik selama beberapa bulan. Sesetengah pesakit mungkin memerlukan pembedahan untuk menghalang prostat yang bengkak daripada menekan uretra.
Kanser prostat
Kadangkala kanser prostat tidak memerlukan rawatan. Doktor akan sentiasa melakukan pemeriksaan untuk mengenal pasti perubahan yang berlaku. Rawatan akan dicadangkan apabila sel kanser telah merebak. Rawatan akan bergantung pada sejauh mana kanser telah merebak, umur dan tahap kesihatan pesakit. Jika sel kanser tidak merebak, pesakit mungkin akan menjalani pembedahan untuk membuang prostat ataupun radioterapi untuk membunuh sel kanser. Radioterapi boleh diberi melalui mesin (radioterapi sinaran luaran atau external beam radiotherapy) ataupun melalui pembedahan, apabila sumber radiasi diletakkan di bahagian yang hendak dirawat (brakiterapi). Jika sel kanser telah merebak, pesakit mungkin menjalani rawatan hormon untuk mematikan sel kanser atupun melemahkan sel tersebut. Sesetengah pesakit menjalani rawatan hormon untuk mengecutkan sel kanser sebelum menjalani rawatan brakiterapi. Pesakit mungkin memerlukan pendapat kedua sebelum memilih kaedah rawatan yang terbaik.
Apakah Komplikasi Atau Kesan Sampingan Rawatan Ini?
Pembedahan dan radioterapi untuk kanser prostat mempunyai tiga komplikasi utama.
Pertama, selalunya pesakit tidak lagi mengalami ereksi atau ketegangan zakar (mati pucuk) selepas pembedahan. Ini adalah disebabkan saraf yang menyebabkan ereksi melalui prostat. Dalam beberapa kes, agak sukar untuk mengelakkan daripada merosakkan saraf tersebut kerana kedudukan kanser.
Kedua, selepas pembedahan, sesetengah pesakit mungkin akan kehilangan daya mengawal air kencing kerana otot di sekeliling prostat telah rosak.
Ketiga, rawatan radioterapi kadangkala akan menjejaskan usus. Pesakit mungkin mengalami cirit-birit semasa rawatan atau kerosakan usus yang memerlukan rawatan.
Terdapat bantuan awal untuk mengatasi komplikasi rawatan. Berbincanglah dengan doktor sebelum memilih kaedah rawatan atau sila hubungi KanHelp Line di 03-89472706.
Perlukah Saya Membuat Pemeriksaan Doktor Walaupun Tidak Mempunyai Sebarang Simptom Masalah / Kanser Prostat?
Jika anda sayangkan diri anda serta mementingkan tahap kesihatan anda, membuat pemeriksaan adalah suatu tindakan yang bijak dan memberikan manfaat untuk diri anda. Setiap lelaki harus mendapatkan pemeriksaan terutama bagi mereka yang sudah mencapai peringkat umur 45 tahun dan ke atas. Anda boleh hubungi kaunselor KanHelp Line di 03-89472706. Perkhidmatan ini merupakan perkhidmatan sulit yang dikendalikan oleh jururawat kanser. Anda juga boleh melayari laman web di www.prostatehealth.org.au
Wahai Lelaki, Jagalah Kesihatan Anda!
Pernah dengar pepatah ‘Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat’? Benar. Adalah lebih baik anda mula menjaga kesihatan anda mulai sekarang untuk kesihatan berpanjangan. Vitamin apa yang sesuai bagi Lelaki, dan terutamanya bagi mencegah kenser yang menakutkan ni... Ni yang Mas nak sharekan..
Apakah manfaat setiap vitamin yang terdapat dalam Set Kesihatan Lelaki ini?
VIVIX
- Menggalakan penuaan yang sihat, suami lebih awet muda dan anti-penuaan.
- Membantu mengelakkan kanser dan merencat sel kanser daripada menjadi semakin serius.
- Mengurangkan risiko penyakit jantung /melindungi jantung.
- Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis.
- Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi serta melindungi saraf.
- Mengurangkan risiko bagi penyakit nyanyuk.
- Membantu dalam proses penurunan berat badan.
- Menyokong kesihatan mata.
- Meningkatkan kesihatan imum badan.
- Menggalakan kesihatan keseluruhan.
- Membantu anda BERHENTI MEROKOK ( Jika anda merokok).
Vitamin E
- Vitamin E with Selenium ini dapat membantu dalam menghasilkan sperma yang lebih banyak.
- Vitamin E juga dapat memperbaiki kualiti dan membantu pergerakan sperma.
- Vitamin E membantu meningkatkan paras testosteron di dalam badan anda.
- Bonus! Anda juga akan mendapat kulit yang sihat!
Omega Guard
- Omega Guard Shaklee mengandungi rangkaian penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi iaitu EPA, DHA dan lain-lain.
- Omega berupaya membantu dalam mengurangkan risiko penyakit jantung.
- Selain itu, Omega juga membantu memelihara kesihatan otak, penglihatan serta fungsi-fungsi sendi anda.
- Membantu anda menghilangkan perut buncit!
Zinc Complex
- Zinc Complex Shaklee ini membantu dalam meningkatkan kualiti sperma anda.
- Zinc turut membantu dalam mengoptimumkan fungsi kelenjar prostat.
- Zinc juga membantu dalam mengurangkan potensi mendapat Kanser Prostat atau Pembesaran Prostat.
- Selain itu, Zinc membantu meningkatkan paras testosteron untuk kehidupan seksual yang baik.
- Zinc juga mencegah daripada masalah mati pucuk.
- Malah, Zinc juga membantu anda mengelakkan masalah keguguran rambut.
Coq10 Health Plus Shaklee
- Untuk memberi tenaga kepada Jantung, kekurangan coQ10 akan memberikan kesan kepada jantung dan sistem kardovaskular kerana jantung adalah otot yang paling banyak menggunakan tenaga.
- Sebagai anti-oksidan, coenzyme Q10 menghalang proses yang menyebabkan penyakit kardiovaskular, termasuk aterosklerosis (arteri tersumbat) dan mengurangkan kekerapan “angina episode” .
- Doktor telah menggunakan coQ10 untuk merawat kanser payudara dan prostat serta kesihatan sokongan kepada pesakit yang menjalani proses kimoterapi.
- Meningkatkan pengeluaran insulin bagi pesakit kencing manis.
- Membantu masalah berkaitan dengan gusi (periodontal disease) seperti gingivitis.
- CoQ10 juga baik untuk kesihatan mental dan penyakit parkinson .
- CoQ10 juga amat dicadangkan dalam program pengurusan berat badan dan masalah fatique.
- Meningkatkan kesuburan lelaki iaitu membantu dalam peningkatan jumlah sperma dan motalitas sperma.
Mintak izin, nak belanja 1 testimoni...hihiiii
boleh email / hubungi di
Serta Mas akan guide semua customer2 yang purchase dengan Mas SAHAJA :)
Dan jangan risau, Mas akan guide dan ajar jugak cara-cara makan yang betul set vitamin ni.
No comments:
Post a Comment