Thursday 15 May 2014

10 TANDA - TANDA BERSALIN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Thanx sebab masih sudi berkunjung ke blog yang tak meriah ni... ehheheheee.. sy xtau nak edit.. sy tak tau nak melawakan blog saya... tapi cerita yang ade lahir dari hati dan pengalaman sendiri...dan mereka yang sudi berkongsi cerita.... Hopely dapat membantu awak semua... insyallahhh...

Hari ni (15may) setengahari  menapak kat KKIA.. check perot... Lau ikotkan hati malasnye nak g KKIA dah, dengan terpakse tgu berjam-jam lamanye.. TAPI demi anak tersayang yang di tunggu-tunggu ni.. ku gagahkan jugak...! hari ni ku angkut sekali dads to be tok jadi driver... sebab macam tak yakin kat diri.. dah start sakit sikit2....

Semakin berdebar pulak bila kandungan dah  masuk 38w. Cepatnya masa berlalu.
Lagi 18 hari je lagi.
Macam tak ready pun ni...hehehe
Tapi hati memang tak sabar-sabar Nak ketemu si buah hati ni... 
Lelagi si bapak nye... nak  baby lahir nak same birthday ngan die.... 17 may...!!!
haiisssshh..! ne aci nih... ehheheheh
Tapi mak nye ni pon harap kuar same date jugak... ehhehhehee
Baby sayang.. Get ready carik jalan ye... luse esok... k tengah malam after kol 12am...
boleh tak camtu..???
Ya Allah permudahkan laa segala urusan...

Ni mas copy n paste info dari page fb Tip Untuk Ibu Hamil Berpantang Dan Menyusu Bayi untuk panduan semua bakal mommy dan mommy di luar sana. Sharing is caring :-)




Meh kita bersiap sedia dari sekarang k....
Kalau dah ada salah satu tanda di bawah ni, cepat-cepat le ke spital..
Maybe yang first time tu, kadang-kadang tak tau camne kan tanda-tanda nak bersalin ni.
Yang ada pengalaman pun, kadang-kadang setiap anak lain pulak pengalamannya.

Semoga urusan kita dipermudahkan olehNya....amin

-----------------------------------------------------------------

10 Tanda-tanda Bersalin

Selepas usia kandungan sudah 38 minggu ke atas boleh lah bakal-bakal ibu memerhatikan tanda-tanda hendak bersalin. Di sini terdapat 10 tanda-tanda bersalin :

1. Kontraksi Rahim
=================
- Kontraksi adalah rasa tegang pada perut, kadang-kadang bakal ibu akan berasa sakit di tengah perut sehingga ari-ari. Kontraksi akan berlaku semakin kuat dan dalam sela masa teratur. Sila lihat jam anda berapa selang masa berlakunya kontraksi. Jika dalam sela masa 5 minit dan mengeras dalam 20 ke 45 saat. Sila ke klinik dengan segera.

2. Sakit Belakang
================
- Rasa sakit belakang di bahagian bawah dengan kerap.

3. Pecah ketuban
=====================
- Keluar air jernih dari rahim, bagi nor semasa kelahiran pertama keluar bunyi pop baru keluar air ketuban. Ada banyak air keluar bercampur dengan darah.

4. Lendir pekat bercampur darah
===========================
- Lendir ini merupakan pluk yang melindungi bayi daripada sebarang jangkitan. Sekarang pluk telah mula keluar dan bayi bersedia untuk bergerak ke bawah. Tapi bila dah ada rasa sakit (kontraksi kuat dan kerap) baru ke klinik .

5. Serviks terbuka
=====================
- hanya doktor yang boleh cek bukaan serviks, bila dah mencapai 10cm baru proses bersalin akan dimulakan.

6. Kerap terkentut
===============
- Sesetengah wanita akan kerap terkentut

7. Perut rasa memulas seperti nak buang air besar
========================================
- Disebabkan bayi telah mula bergerak ke bawah, ia turut memberi tekanan kepada saluran untuk buang air besar. Sesetengah wanita akan rasa ingin ke tandas dengan kerap sebab rasa nak buang air besar. Berhati-hati...

8. Kerap terkencing
==================
- Akan kerap terkencing sebab bayi sudah mula bergerak ke bawah.

9. Perut kelihatan membuncit bahagian bawah, bahagian atas terasa ringan atau kosong.
==================================================================
- Menandakan bayi dah mula turun ke bawah. Jika anda rasa kontraksi yang kuat dan kerap, berjumpa doktor dengan segera

10. Berat badan berkurangan
=========================
- Berat badan akan berkurangan sedikit apabila masa bersalin hampir tiba.

**********************************************
"Tuhanku, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan kerana Engkaulah yang maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagiMu, Ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmatMu, 
ya Arhamar Rahimin".

Kawan- kawan sekalian yg berhajat nak beli direct supplement shaklee ni  di hq or branches
boleh guna id saya...

Shaklee id; 869907
Name ; Masharyana Mashuri
Hp ; 016-6810844

Hq shaklee - empire subang
Penang branch - pusat bandar seberang jaya
Ipoh branch - bandar ipoh raya
Jb branch- taman molek
Kl branch- Sri rampai
Kota bharu branch-section 25, jln sultan yahya petra
Kota kinabalu branch- neutron point

pergi ke branches or HQ , buy product & inform my id :869907


SEDANG & INGIN MENCARI SIDE INCOME..??? HANYA DARI RUMAH..
  Hubungi Saya segera,

Sekian terima kasih... Boleh pm sy untuk maklumat lanjut..

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya  SMS/WhatsApp| add saya di FB Za Fair (Mas Masya) untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage Za Fair's Supplement untuk tips kesihatan/kecantikan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...