Thursday, 11 July 2013

Kekurangan Hb SEMASA Hamil Boleh Membawa MAUT Jika Dibiarkan!

Assalamualaikum.. syukur alhamdulillah hari ni dah berpuasa untuk hari ke-2 dengan jayanya... TAPI TAK KETINGGALAN RAMAI ibu-ibu yang dah terasa nak pengsan bagai sebab nak tahankan berpuasa... besarrr pahalanya tu.. insyallahhh....

Sebelum saya berbicara dengan lebih lanjut mengenai Masalah Kekurangan Hb Sewaktu Hamil...di sini saya ingin kongsikan carta atau tahap-tahap anemia untuk rujukan kita bersama ya:



< 6.9 : SANGAT TERUK
6.9- 8.0: TERUK
8.0-9.5: SEDERHANA
9.5-10.5: RINGAN

Masalah Hb Rendah Sewaktu Hamil Boleh Mengancam Nyawa

Di manakah tahap anda? Sewaktu anda telah disahkan hamil, doktor anda akan mengambil darah anda bagi menentukan tahap anemia anda untuk memastikan anda dan kandungan anda berada di tahap yang stabil. Sekiranya tahap anemia anda adalah di bawah 10 pun anda sepatutnya sudah mula mengambil berat mengenai keadaan tersebut. Jangan dibiarkan sehingga tahap anemia anda boleh turun lagi sehingga di bawah 6.9 yang seterusnya boleh mengundang bahaya buat kandungan anda mahupun diri anda sendiri.

Tetapi mungkin ada di antara anda yang masih tidak berapa tahu mengenai Hemoglobin (Hb) dan fungsi sebenar Hb dalam darah kita. Jangan risau, saya akan cuba huraikan di dalam entri ini ya....

Apakah itu Hemoglobin (Hb) dan apakah pula fungsinya??


Hemoglobin (Hb) merupakan molekul protein dalam sel darah merah yang kemudiannya akan bergabung dengan Oksigen dan Karbon Dioksida untuk diangkut ke seluruh tisu-tisu dan organ dalam badan kita melalui sistem peredaran darah. Warna merah darah terhasil daripada ion besi Fe2+ di dalam Hb.

Anemia terjadi apabila Hb di dalam darah berkurangan dan menyebabkan Oksigen serta Karbon Dioksida tidak dapat untuk diangkut ke seluruh tubuh badan dan seterusnya boleh melumpuhkan sistem badan kita. Oleh itu, masalah kurang Hb tidak boleh dipandang remeh lebih-lebih lagi jika anda hamil!

Apakah Tanda Anda Kekurangan Hb??

    Cepat merasa letih dan sering pitam
    Kelihatan Pucat
    Sukar Bernafas/ Sesak Nafas
    Sering merasa loya
    Sering merasa berdebar --- kadar degupan jantung laju
    Mudah pening dan sakit kepala
    Mudah lupa


Apakah Punca yang boleh menyebabkan Kekurangan Hb@Anemia??


    Kurang pengambilan zat besi (iron) dan asid folik dalam diet harian
    Mengalami kehilangan darah yg banyak (seperti buasir atau ketika haid)
    Menghidapi Thalassemia
    Ibu yang kerap bersalin (jarak antara anak dekat)
    Menghidapi penyakit seperti Malaria dan penyakit barah


Masalah anemia atau kekurangan Hb ini Tersangat BAHAYA kepada Ibu dan Bayi dan tidak boleh dipandang remeh kerana dikhuatiri boleh menyebabkan keadaan berikut:

Kesan Kepada Ibu:

    Boleh mengalami tumpah darah
    Tekanan darah tinggi (pre-eklampsia)
    Keguguran
    Kematian


Kesan Kepada Bayi di Dalam Kandungan:

    Kematian Janin
    Kelahiran bayi tidak cukup bulan
    Kelahiran bayi yg kurang berat badan


TIPS Mengatasi Masalah Hb Rendah:


    -->Dapatkan rehat serta tidur yang mencukupi
    --> Pastikan makan makanan dengan diet harian seperti sayur-sayuran hijau, biji-bijian, daging merah, hati dan lain-lain yang tinggi dengan zat besi
    --> Boleh ikhtiar dengan mengambil 2 biji Vitalea Shaklee setiap hari. 

[Vitalea dilengkapi dengan formulasi zat besi dan jika ambil vitalea tidak perlu ambil obimin lagi]   -->  Elakkan dari mengambil Zat Besi bersama Kalsium kerana Kalsium akan menganggu pengambilan zat besi yg maksimum.
   -->  Pengambilan sumber asid folat (asid folik) akan membantu mengekalkan paras Hb yg normal di dalam badan. Asid Folik boleh diperolehi dari Vitalea dan B complex Shaklee.


Oleh itu, bagi mama yg sedang hamil, sangat-sangat dicadangkan Set Kehamilan  yang terdiri dari kombinasi suplemen Shaklee seperti:

 



Ibu Hamil Lebih bertenaga dan bantu masalah Hb rendah



Set J-1 (untuk Trimester 1)
1. Vitalea
2. B Complex
3. Sustained Release Vita C Plus
4. Ostematrix (Kalsium)



Set J-2 (untuk Trimester 2 & 3)
1. Vitalea
2. B Complex
3. Sustained Release Vita C Plus
4. Ostematrix (Kalsium)
5. Omega Guard (Minyak Ikan)


Alhamdulillah, Set Kehamilan ini telah banyak membantu ibu-ibu yang hamil serta ibu yang mengalami masalah kekurangan Hb. Syukur di atas keizinan yang telah Allah berikan. Apa pun kita harus sentiasa berikhtiar dan bertawakal kepada Allah.

Masharyana | edmas077@yahoo.com | 016-6810844 | shaklee id 869907 | klang / sekinchan



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...