Showing posts with label SOLAT SUNAT DHUHA. Show all posts
Showing posts with label SOLAT SUNAT DHUHA. Show all posts

Friday, 17 April 2015

11 Tip Murah Rezeki

Rezeki itu luas, dan untuk dimurahkan rezeki juga luas cara-caranya. Berikut adalah koleksi 11 Tip Murah Rezeki… Credit to IK
  1. Redha sekiranya ada pintu rezeki tertutup. Bukan rezeki kita la tu… tapi InsyaAllah tingkap rezeki lain akan terbuka.
  1. Nak duit? Perlu Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal. Baru dapat D-U-I-T :)
  1. Maafkan salah & silap orang lain sebelum tidur malam ini. Bila hati tenang, rezeki mudah datang.
  1. Kalau tak mampu untuk sedekah wang ringgit selalu, lakukan solat Dhuha selalu kerana ianya mengandungi banyak manfaat sedekah.
  1. Bersangka baik dan doakan kejayaan orang lain. InsyaAllah ramai akan doakan kita kembali.

  1. Tunaikan hajat orang lain dan bantu orang lain mencapai hajat/matlamat mereka. Nanti ramai yang akan membantu permudahkan usaha kita pula.
  1. Sedekah dan derma confirm tidak akan mengurangkan rezeki anda. Malah ia akan menambahkannya lagi.
  1. Sekiranya terjumpa jalan buntu, tak perlu minta bantuan orang lain dulu. Terlebih dahulu minta bantuan Allah swt. Solat Istikharah untuk memohon petunjuk yang sebaiknya.
  1. Tunaikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik mungkin tanpa memikirkan imbuhannya.
  1. Sentiasa bersikap rendah diri walau siapa pun anda dan sebesar mana pun jawatan yang disandang agar anda menjadi insan yang lebih dihormati dan disanjungi.
  1. Tidak mengambil kesempatan di atas kepercayaan yang diberikan dengan sentiasa bersikap jujur dan telus.


Untuk mendapatkan mana-mana set promosi APRIL 2015 ni.. Boleh hubungi mas ye..





Boleh klik ORDER untuk cara-cara membeli..



boleh email / hubungi di
 Serta Mas akan guide semua customer2 yang purchase dengan Mas SAHAJA :) 
Dan jangan risau, Mas akan guide dan ajar jugak cara-cara makan yang betul set vitamin ni.

Wednesday, 24 September 2014

SOLAT SUNAT DHUHA

Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.

Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. 
Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”

Waktu Solat Dhuha

Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.

Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.

Zaid bin Arqam r.a. berkata: 
“Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda; “Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.” 

 (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi). 

Cara Mengerjakan Solat Dhuha

Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialahlapan rakaat.

.

1.  Niatnya:




2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:

a.  Solat sunat Dhuha dua rakaat:

i/  Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;

ii/  As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;

iii/  Al-lail dan Al-Insyirah.

.

b.  Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;

i/  Solat Pertama :   As-Syams dan Ad-Dhuha.

ii/  Solat Seterusnya :   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas

.

3.   Semasa sujud terakhir bacalah sebanyak 40 kali:




4.   Selepas memberi salam, bertasbihlah 10 kali:




5.  Berdoa





Fadhilat Solat Dhuha

Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.     

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: 
“Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”


Rasulullah SAW  bersabda:  
“Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   

(HR At-Tabrani)


Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  
“Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   

(HR. Haklim dan Tabrani).


wasalam, moga hari-hari korang happy aje
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...