nak share skit.. kisah aku
.
.
dulu aku nak bersedekah ni susah sangat
pastu tak tau apa kebaikan nya
kalo bagi kan duit kite makin berkurang.. tu mindset aku time tu
kalo nak sedekah pon malu
ye la bagi tak banyak
setakat seringgit
malu
.
.
tapi sejak aku join bisnes ni
kecik2 je
alhamdulillah
aku dah mula terbukak hati nak sedekah
tak banyak
dan tak malu
tapi aku akan malu bile tak buat
.
.
apa yang buat aku terbukak hati dan mata
dari apa yang aku baca dan lihat
bila sedekah walaupon tak banyak
allah bagi / gantikan lebih dari apa yang kite bagi
kan memberi tu lebih baik dari menerima
.
.
ade yang kata sedekah ni macam kite makan
hari ni bape kali sedekah ?
sekali ?? ko makan sehari sekali pon tak kenyang
Allah bagi ko macam2 tiap mase.. tak malu ker?
.
.
tu yang paling terkesan
sebba tu even sikit dan berapa yang aku ade
try jugak bagi
lepastu , dapat rezeki yang tak disangka sangka...
syukur sangat
.
macam sale tak putus2
ade je nom baru nak tanya itu ini
dapat balek kg jumpe makbapak
anak mood ok, suami ok
dapat makan kenyang
alhamdulillah
.
.
sedekah bukan takat duit ja
ko ngaji ke bagi apa2 ke tu pon dikire sedekah
niat la nak sedekah
.
.
so, bagi aku.. ko percaya sedekah ni menguntung
memang ia menguntungkan
ko untung, orang yang ko bagi pon untung
.
tapi kalo ko pk ia merugikan
duit aku akan habis kalo memberi
tak silap
tapi ia akan betul jadilah sebab ko dah pk camtu
.
apa yang kite buat
ade kat mindset kite
pk yang baik dapat yang baik la
sebab tu kena pk yang baik2 selalu
agar semua yang kita dapat baik2 belaka
amin
Showing posts with label REZEKI. Show all posts
Showing posts with label REZEKI. Show all posts
Tuesday, 30 August 2016
Thursday, 4 June 2015
SEDEKAH : TANGAN KANAN MEMBERI SOROKKAN TANGAN KIRI
UPDATE: JUMLAH WANG DALAM UNCANG KITA SEKARANG IALAH RM33,972
Kecil pada kita tapi besar pada mereka. Itulah nilai RM1 ringgit yang ada pada kita. Kadang-kadang anak kita buang-buang sahaja RM1 ringgit itu. Jadi, infaklah untuk saham akhirat kita.
Alhamdulillah sejak Kempen Projek Infak Fanpage Dr. Tengku Asmadi dilancarkan, followers menderu-deru menderma. Ada yang derma RM1. RM2, RM3, RM5, RM10, RM20. RM50, RM100, RM500, RM1,000 dan yang paling banyak RM3,500.
Yang penting IKHLAS. InsyaAllah Allah luaskan rezeki dan berkati usaha kita ini.
Bagi mereka yang belum meyumbang, bolehlah masukkan wans sumbangan ke akaun berikut:
NAMA: TENGKU ASMADI BIN TENGKU MOHAMAD
JENIS AKAUN: CURRENT ACCOUNT MAYBANK
NO. AKAUN: 5648 5630 5400
JENIS AKAUN: CURRENT ACCOUNT MAYBANK
NO. AKAUN: 5648 5630 5400
Saya tidak ambil sebarang komisyen. Setiap sen wang ini akan disalurkan kepada MAAHAD AL-TARBIAH AL-ISLAMIAH AL-WATANIAH.
Bagi mereka yang mahu terus menyumbang kepada sekolah bolehlah berbuat demikian, ini akaun sekolah:
MAAHAD AL-TARBIAH AL-ISLAMIAH AL-WATANIAH
Akaun Bank Islam: 02-0480100-12547
Cawangan Baling, Kedah.
Akaun Bank Islam: 02-0480100-12547
Cawangan Baling, Kedah.
CERITANYA:
RE-POST:
Assalamualaikum semua,
Semalam saya balik hotel di Butterworth ini jam 2 pagi kerana bermesyuarat di sebuah sekolah agama di Begia, Sik, Kedah.
Sekolah agama ini dalam fasa pembangunan. Saya terlibat sama-sama mencari dana membeli tapaknya 10 tahun dulu. Mereka memerlukan sekitar RM6 juta bagi keseluruhan pembangunan. Namun, sehingga kini tidak tercapai walau pun sudah 10 tahun.
Keadaan sekolah sangat daif. Kali ini, mereka perlukan dana dalam RM35,000 untuk menyediakan 4 buah kelas sebelum bermulanya sesi persekolahan tahun depan.
Saya telah dilantik sebagai Penasihat Biro Ekonomi.
Jika ada sesiapa yang mahu menderma, walaupun SATU RINGGIT (RM1) sudah besar maknanya. Saya ada hampir 400,000 follower atau fans di sini. Kalau 35,000 orang derma RM1 pun dah mencukupi.
Saya telah sediakan satu akaun MAYBANK bagi tuan puan masukkan sumbangan dan saya akan update jumlahnya di sini.
Setiap sen dari akaun ini akan saya salurkan kepada sekolah agama ini.
Saya terlibat secara langsung dengan pembelian seluas 8 ekar tanah ini pada Tahun 2007 dahulu daripada seorang pemiliknya berbangsa Siam. Sejak 2007, usaha telah dijalankan bagi mencari dana bagi merealisasikan impian menjadikan sekolah ini sebagai sekolah agama vokasional. Namun, sehingga ke hari ini misi tersebut belum berjaya kerana dana yang dikutip tidak mencukupi.
Baru-baru ini saya telah mengambil peluang menziarahi sekolah tersebut. Melihat keadaan sekolah yang serba serbi kekurangan, saya merayu kepada para dermawan sama ada kecil atau besar untuk tampil membantu.
TANGAN KANAN MEMBERI SOROKKAN TANGAN KIRI.. MOGA REZEKI KITA DIPERLUASKAN DIMURAHKAN.. INSYALLAH.. AMIN
Wednesday, 3 June 2015
TAZKIRAH : REZEKI
5 Tazkirah:
Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil
Pinjam 1 minit, baca ayat ni
"Hasbi Rabbi Jalallah..
Maafi Qalbi Ghairullah..
Nur Muhammad Salallah..
Laa ilaa ha ilallah 3x
Muhammadur Rasullullah"
sebarkan kepada kawan & saudara mara.. Awak Akan Membuat Beribu , Malah Berjuta-Juta Org Berselawat Ke Atas Nabi Muhammad S.A.W
Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil
Pinjam 1 minit, baca ayat ni
"Hasbi Rabbi Jalallah..
Maafi Qalbi Ghairullah..
Nur Muhammad Salallah..
Laa ilaa ha ilallah 3x
Muhammadur Rasullullah"
sebarkan kepada kawan & saudara mara.. Awak Akan Membuat Beribu , Malah Berjuta-Juta Org Berselawat Ke Atas Nabi Muhammad S.A.W
Friday, 17 April 2015
11 Tip Murah Rezeki
Rezeki itu luas, dan untuk dimurahkan rezeki juga luas cara-caranya. Berikut adalah koleksi 11 Tip Murah Rezeki… Credit to IK
- Redha sekiranya ada pintu rezeki tertutup. Bukan rezeki kita la tu… tapi InsyaAllah tingkap rezeki lain akan terbuka.
- Nak duit? Perlu Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal. Baru dapat D-U-I-T
- Maafkan salah & silap orang lain sebelum tidur malam ini. Bila hati tenang, rezeki mudah datang.
- Kalau tak mampu untuk sedekah wang ringgit selalu, lakukan solat Dhuha selalu kerana ianya mengandungi banyak manfaat sedekah.
- Bersangka baik dan doakan kejayaan orang lain. InsyaAllah ramai akan doakan kita kembali.
- Tunaikan hajat orang lain dan bantu orang lain mencapai hajat/matlamat mereka. Nanti ramai yang akan membantu permudahkan usaha kita pula.
- Sedekah dan derma confirm tidak akan mengurangkan rezeki anda. Malah ia akan menambahkannya lagi.
- Sekiranya terjumpa jalan buntu, tak perlu minta bantuan orang lain dulu. Terlebih dahulu minta bantuan Allah swt. Solat Istikharah untuk memohon petunjuk yang sebaiknya.
- Tunaikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik mungkin tanpa memikirkan imbuhannya.
- Sentiasa bersikap rendah diri walau siapa pun anda dan sebesar mana pun jawatan yang disandang agar anda menjadi insan yang lebih dihormati dan disanjungi.
- Tidak mengambil kesempatan di atas kepercayaan yang diberikan dengan sentiasa bersikap jujur dan telus.
Untuk mendapatkan mana-mana set promosi APRIL 2015 ni.. Boleh hubungi mas ye..
Boleh klik ORDER untuk cara-cara membeli..
boleh email / hubungi di
Serta Mas akan guide semua customer2 yang purchase dengan Mas SAHAJA :)
Dan jangan risau, Mas akan guide dan ajar jugak cara-cara makan yang betul set vitamin ni.
Friday, 12 December 2014
GANJARAN TUNAI DARI SHAKLEE DI TENGAH BULAN
Salam semuaaaa...!!!
Alhamdulillah hari ni bertambah lagi rezeki... moga korang jugak begitu juga.. Dah lama rasanya tak share apa shaklee beri pada saya... heheheee.. Harini 12/12/14 dapat Ganjaran tunai dari shaklee... teros di transfer ke acc saya.. Syukur... dapat bayar monthly kereta.. dapat top up barang dapur, dapat saving sikit....ehheheeee..
Ganjaran tunai a.ka. Bonus dari shaklee, yang ni saya dapat SETIAP bulan.. Hah..! setiap bulan tu... tengah bulan plak tu kan.. time orang lain tengah kering, korek tabung bagai.. mas dapat bonus plak... Tak jeles ker.. Tak nak ker..???? Tak nak tahu kerr...???
Ganjaran Tunai yang shaklee bagi ni Ada bonus peribadi, bonus jadi leader,bonus Coordinator... (berapa byk yg dpt setiap bulan bergantung total point)
Jadi takde istilah duduk goyang kaki , takde istilah org bawah keje untuk orang atas. Di sini.. setiap sen yang anda dapat adalah berdasarkan usaha anda..... dan yg paling best ia akan berubah setiap bulan..
Jika anda konsisten .ia akan berubah dari 2 angka ke 3 angka ke 4 angka ke 5 angka.....
(dari puluhan ringgit ke raturan ringgit...dan seterusnya)
Bagaimana dengan 6 angka? InsyaAllah...anda juga boleh dapat income tanpa anda jangka!!!!
Ganjaran kereta (ni bukan dpt kereta sebiji dua..tapi dlm bentuk cash setiap bulan dan yg menariknya angkanya tak fix setiap bulan.. tapi ia 'membesar' setiap bulan..)...
Ganjaran insentif travelling.... (ni local dan overseas trip..bergantung dgn point kelayakan anda)..
seronokkan bila yang datang bergolek-golek... TAPI bukan semua mampu terima.. ehehheee...
WANG TAMBAHAN RM500
------------------------------------------
Bagi anda, Wang tambahan Rm500 tu banyak ke sikit nilainya.. kalo saya, lepas lah monthly kereta.. ringan sikit.. Atau boleh saving untuk holiday..!!.. kikiii.. saving untuk waktu-waktu terdesak ker... Besar kan erti nya... even Rm500 jer.. sapa nak bagi..?? Awak nak bagi..???
Bagaimana saya boleh membantu anda untuk wang tambahan..Semestinya melalui bisnes shaklee, saya as mentor dan shaklee akan berikan Ganjaran tunai itu berdasarkan usaha dan jumlah point yang anda dapat pada hujung bulan tersebut... GANJARAN TUNAI ni boleh dapat SETIAP BULAN dan nilai nya makin membesar jika anda consistent...
Ingin mulakan perjalanan hidup baru sebagai bakal jutawan...?? saya boleh bantu, insyallah.. Yang penting kenal pasti kenapa perlu wang tambahan..
.. sebab nak kaya ker, nak tolong diri sendiri nak tolong hasben, mak ayah...
Specific kan lagi..!
... saya perlukan wang tambahan sebab gaji monthly saya tak cukup nak bayar duit loan ptptn.. saya nak duit tambahan sebab nak beli handbag idaman...
.... SAYA perlu wang tambahan sebab saya tak bekerja, saya nak ada duit sendiri walau saya duduk di rumah, jaga anak.. saya nak...! Haa gitu..!!
kalo itu lah sebab kenapa awak perlukan wang tambahan.. awak perlukan saya...! dan saya sedia membantu.. dan awak perlu sedia di bantu... Jangan tunggu esok.. start hari ni.. berubah hari ini.. saya sedia membantu, dan banyak tips yang akan di kongsikan.. Jangan risau.. Tak de clas di tengah malam buta hingga sanggup tinggal kan famili.. semua class dan bimbingan hanya di hujung jari...
sila hubungi saya untuk keterangan lanjut,,. dan beritahu kenapa perlu wang tambahan.. wasap ke telegram pon boleh... :P
Kawan- kawan sekalian yg berhajat nak beli direct supplement shaklee ni di hq or branches
boleh guna id saya...
Shaklee id; 869907
Name ; Masharyana Mashuri
Hp ; 016-6810844
Hq shaklee - empire subang
Penang branch - pusat bandar seberang jaya
Ipoh branch - bandar ipoh raya
Jb branch- taman molek
Kl branch- Sri rampai
Kota bharu branch-section 25, jln sultan yahya petra
Kota kinabalu branch- neutron point
pergi ke branches or HQ , buy product & inform my id :869907
SEDANG & INGIN MENCARI SIDE INCOME..??? HANYA DARI RUMAH..
Hubungi Saya segera,
Sekian terima kasih... Boleh pm sy untuk maklumat lanjut..
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya SMS/WhatsApp| add saya
di FB Za Fair (Mas Masya) untuk konsultasi percuma & LIKE fanpageZa Fair's Supplement untuk tips kesihatan/kecantikan
Friday, 28 November 2014
PETUA MURAH REZEKI
1. Jangan sekali-kali lupa untuk menunaikan ibadah kepada Allah
Walau sibuk macammana sekalipun, pastikan diri kita sentiasa menunaikan perintah2 Allah.
Beribadah kepada Allah, maka insyaAllah pasti diri kita akan dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan.
Allah (SWT) tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-
Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan
membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan
Allah (SWT) , yang menjadi sebab Allah (SWT) jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.
Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah (SWT) s.w.t akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad,
Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas
r.a.)
3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah (SWT) jika masih buat dosa. Dosa bukan
saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w. :
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa
yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
4.Berzikir dan Sentiasa ingat Allah (SWT)
Banyak ingat Allah (SWT) buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah (SWT) beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan
mengingati Allah (SWT) . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah (SWT) hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)
5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar
siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah
berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.
Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan
Allah (SWT) akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w. :
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya
nescaya terputuslah rezeki (Allah (SWT) ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan
dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w. :
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana
orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)
7.Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah (SWT) akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)
8.Banyakkan berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-citatidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan,kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan
terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.
9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahanrezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati,
melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
10.Bangun pagi awal (Jangan tidur sampai tengahari)
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian
sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang membaca keberkatan dan murah rezeki.
10.Bangun awal pagi (Jangan tidur sampai tengahari)
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian
sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang membawa keberkatan dan murah rezeki.
11.Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)
12.Selalu berada dalam keadaan berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah (SWT) . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah (SWT) akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
13.Selalu Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah (SWT) dan menjadi sebab Allah (SWT) buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah (SWT) azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah (SWT) membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah (SWT) menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)
14.Selalu bangun solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah (SWT)
15.Selalu menunaikan Solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah (SWT) dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16.Bersyukur kepada Allah (SWT)
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah (SWT) . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah (SWT) berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7)
Firman-Nya lagi:
“… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)
17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah (SWT) , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah (SWT) ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah (SWT) , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.”
Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.
18.Selalu berdoa dan meminta pertolongan daripada Allah
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah (SWT) , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah (SWT) suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
Thursday, 25 September 2014
PENJEMPUT REZEKI : AL WAQIAH
Ramai antara kita yang mengalami masalah kewangan, duit tidak cukup untuk menampung kehidupan. Pendek kata rezeki selalu sempit.
Al-quran merupakan mukjimat terbesar dan mempunyai fadhilat yang sangat banyak. Sebagai umat Islam kita seharusnya membaca al-quran setiap hari kerana ia adalah ibadah yang sangat tinggi nilainya di sisi Allah.
Sesiapa yang mempunyai kedudukan ekonomi yang sempit bacalah surah al-Waqiah untuk menolak kefakiran dan mendatangkan rezeki. Selain dari berusaha bersungguh-sungguh, amalan kerohanian seperti membaca quran, berzikir dan berdoa juga perlu dilakukan.
Berikut adalah cara yang paling mudah dalam mengamalkan surah al-Waqiah. Anda boleh memilih mana-mana yang berikut
1. Membaca secara rutin setiap malam samada selepas sembahyang maghrib atau sesudah Isyak.
Sabda Rasulllah SAW yang bermaksud: "Barangsiapa yang membaca surah al-Waqiah setiap malam, maka tidak akan tertimpa kesulitan selamanya "
(Walaupun ada ulama mentafsirkan hadis ini dalam kategori lemah, ia tidak menjadi kesalahan untuk mengamalkannya).
2. Mengamalkan membaca sekali siang (selepas subuh) dan sekali malam
3. Membaca 3 kali selepas subuh dan 3 kali waktu malam
4. Membaca surah al -Waqiah sebanyak 14 kali selepas waktu asar. Amalan ini dikatakan mujarab dalam mendatangkan hajat terutamanya rezeki.
Fadhilat surah al-Waqiah akan berkesan bila dilakukan secara istiqamah dan jangan meninggalkannya walaupun sehari. Bacalah dengan tartil dan tajwid yang betul. Membaca surah ini juga akan memberi pencerahan kepada minda kita.
Al-quran merupakan mukjimat terbesar dan mempunyai fadhilat yang sangat banyak. Sebagai umat Islam kita seharusnya membaca al-quran setiap hari kerana ia adalah ibadah yang sangat tinggi nilainya di sisi Allah.
Sesiapa yang mempunyai kedudukan ekonomi yang sempit bacalah surah al-Waqiah untuk menolak kefakiran dan mendatangkan rezeki. Selain dari berusaha bersungguh-sungguh, amalan kerohanian seperti membaca quran, berzikir dan berdoa juga perlu dilakukan.
Berikut adalah cara yang paling mudah dalam mengamalkan surah al-Waqiah. Anda boleh memilih mana-mana yang berikut
1. Membaca secara rutin setiap malam samada selepas sembahyang maghrib atau sesudah Isyak.
Sabda Rasulllah SAW yang bermaksud: "Barangsiapa yang membaca surah al-Waqiah setiap malam, maka tidak akan tertimpa kesulitan selamanya "
(Walaupun ada ulama mentafsirkan hadis ini dalam kategori lemah, ia tidak menjadi kesalahan untuk mengamalkannya).
2. Mengamalkan membaca sekali siang (selepas subuh) dan sekali malam
3. Membaca 3 kali selepas subuh dan 3 kali waktu malam
4. Membaca surah al -Waqiah sebanyak 14 kali selepas waktu asar. Amalan ini dikatakan mujarab dalam mendatangkan hajat terutamanya rezeki.
Fadhilat surah al-Waqiah akan berkesan bila dilakukan secara istiqamah dan jangan meninggalkannya walaupun sehari. Bacalah dengan tartil dan tajwid yang betul. Membaca surah ini juga akan memberi pencerahan kepada minda kita.
Erti doa surah al-waqiah
“Ya Allah, bahawasanya kami memohon kepada-Mu dengan hak surat Waaqi’ah dan rahsia (yang terkandung) di dalamnya. Hendaknya Engkau memudahkan rezeki bagi kami sebagaimana Engkau memudahkannya kepada kebanyakan makhluk-Mu ya Allah, Tuhan semesta alam. Ya Allah, limpahkanlah rezeki dari langit dan bumi kepada kami, berilah kami rezeki kerana Engkaulah sebaik-baik pemberi rezeki. Ya Allah, jika rezeki kami berada di langit, maka turunkanlah rezeki itu, jika rezeki kami berada di bumi, maka keluarkanlah, jika rezeki kami tidak ada maka temukanlah, jika rezeki kami sulit maka mudahkanlah kepada kami, dan pindahkanlah rezeki itu ke tempat kami di mana kami berada, dengan karunia-Mu dan kemurahan-Mu serta kemuliaan-Mu dengan rahmat-Mu wahai sebaik-baik Penyayang dari para penyayang.”
Di samping mengamalkan surah al-Waqiah ini, ibadah wajib jangan ditinggal manakala perkara kemungkaran hendaklah ditinggalkan.
---------------------------------------------
Sebelum ni, mas baca surah al waqiah ni rase macam terpakse.. nak baca pon malas-malas gitu.. Tapi sekarang kalo sehari tak bace rase gelisah jer seharian... Now, nak up grade baca setiap hari.. pehtu, 2x sehari... tak nak skip.. hari-hari baca...
korang jugak boleh baca, serius, for starting memang rasa berat dan terpakse.. tapi lelama akan ok dan seronok.. lagipuan ayatnye pendek.. dan makin lancar baca... Alhamdulillah, mas di temukan dengan orang yang hebat-hebat untuk tau semua ni...
wasalam.. have a great day korang..!
Subscribe to:
Posts (Atom)









