Wednesday 13 June 2012

ketahui fungsi & kekurangan VITAMIN E

ketahui faktA mengenai VITAMIN E


FUNGSI
Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome"
 dan 
penyakit fibrocystic buah dada
Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan. Vitamin E boleh
meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki.
Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari. Vitamin E
menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat dan cantik, 
dan membantu mencegah anemia dan
"retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang


Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok
Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan  perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang ini diketahui bahawa 
vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.


SUMBER
Vitamin E is didapati daripada sumber makanan berikut: minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin. Vitamin E juga boleh didapati daripada beras perang, makanan daripada jagung,  telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum.



KEKURANGAN

>>Kekurangan vitamin E boleh menyebabkan :
>>Mudah radang dan odema ( pengumpulan air dalam tisu), pada bayi.
>> Penuaan kulit sebelum masa.
>>Rambut gugur
>>Anemia.

nak tahu lebih lanjut.. 
hubungi sy mas | pm | sms | 016-6810844

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...