Showing posts with label PARENTING. Show all posts
Showing posts with label PARENTING. Show all posts

Monday, 1 June 2015

PESANAN BUAT SUAMI


1-Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2- Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3-Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

4-Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
5-Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

6-Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
7-Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

8-Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
9-Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

10.Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
11-Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
12-Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

13-Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
14-Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
15-Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah
mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Friday, 10 April 2015

AMALAN UTK MENGELAKKAN JANIN CACAT (KURANG SEMPURNA)



Cacat atau tidak janin yang anda kandung sememangnya ketentuan Tuhan, namun begitu anda sebenarnya masih boleh berusaha untuk mengelakkannya. Sekiranya anda inginkan kehamilan yang sihat dan janin yang dikandung sempurna bila dilahirkan kelak, ada beberapa perkara yang perlu diusahakan. Sebaiknya lakukan hal di bawah ini sebelum anda merancang kehamilan sehinggalah anda benar-benar hamil.

1) Berhenti Merokok
Ramai wanita sekarang yang merokok. Sekiranya anda berhasrat untuk mendapat bayi yang sihat dan sempurna sebaiknya hentikan amalan ini. Merokok ketika hamil akan mengakibatkan bayi yang anda kandung lahir dengan berat badan yang kurang.

2)Makan Makanan Sihat
Makanlah menu makanan yang mengandungi lima jenis makanan utama yang paling diperlukan oleh tubuh. Setiap hari anda perlu mengambil makanan berupa gandum, sayuran, susu, produk yang mengandungi susu, daging dan protein.

3) Elakkan Alkohol
Alkohol dan kafein adalah dua perkara yang perlu dijaga oleh wanita yang hamil. Tidak ada kadar alkohol atau kafein yang selamat untuk diambil oleh wanita ketika hamil. Kafein yang terdapat dalam minuman seperti teh, kopi, soda dan coklat juga harus dikurangkan.

4) Nasihat Doktor
Jangan mengambit ubat-ubatan tanpa cadangan doktor. Mengambil ubat-ubatan tanpa nasihat doktor dengan dos yang tidak tepat akan membahayakan bayi dalam kandungan.

5)Ambil Asid Folik
Ia penting diambil oleh wanita yang baru hamil. Kajian yang dilakukan menunjukkan pengambilan asid folik sebelum kehamilan mampu menurunkan risiko melahirkan bayi dengan kecacatan otak dan sum-sum tulang belakang hingga 80 peratus.

hasilnya


Friday, 13 March 2015

PARENTING : Anak-anak Tak Selamanya Kecil ---> Bersabar.

Assalamualaikum semuaaa... :)

Sekian lama memohon untuk dikurniakan anak... rezeki terbesar dalam hidup kami, penyeri hidup pengikat kasih sayang kami... :)
Menginsafi diri.. Sumpah..! serius akan insaf, Rasa berdosa even tak layan dia.. Parents sekalian dan termasuk saya sendiri, sayangi lah anak-anak kite, Pepagi dah layan jiwa.. Ya, saya rindu anak saya even tiap hari tiap masa tiap minit tiap saat kami bertentang mata...24jam kami bersama.. saya tetap rindu dia.. Mungkin ini parents feeling.. ohh tak leh tahan.. T_T
Sehari 24jam bersama tak stress ker dok ngadap dan layan kerenah anak.. Ya, kadang2 memang stress, Rasa nak jerit nak marah nak dia diam... Dengan Penatt nya...  Tapi itu lebih bahgia kalo saya letak kat rumah pengasuh.. lagi saya stress..!!
Adakah pengorbanan saya berbaloi, dah tak kerja di usia muda, duduk rumah jaga harith seorang.. ya berbaloi, sebab saya nampak setiap kali perkembangan dia, teruja bila nampak apa die dah pandai, SAYA NAK SAYA ORANG PERTAMA NAMPAK APA DIA DAH PANDAI... dan saya rasa lebih selamat even saya jaga taklah caring sangat dan saya rase bila dia dengan saya kebersihan dia lebih terjaga even sehari mandi sehari sekali atau 2x.. ehhehehehe... saya percaya rezeki itu ada di mana-mana even saya duduk di rumah sahaja :) atau mungkin satu hari nanti jawatan yang saya tunggu-tunggu tu dah open.. hehehheheeee...
Nows harith dah 9bulan. dan saya rindu pertama kali nampak dia... Miss him so much deep in my heart..




Saat pertama kali nampak si dia ni, Allah je yang tahu.. Hilang segala rasa sakit czer tu... saya tahu moms semua rasa bende yang sama kan... Berbalas segala sakit mase mengandung tu kan.. rasa terbayar semua...

Saya akan touching dan sentap sesiapa jugak yang marah/kata tak elok about my baby, even my hasben sendiri.. Boleh tak camtu..???? hehehehheheeee.. 

Saya bukan seorang yang kuat bersabar dan tinggi tahap kesabarannya TAPI saya cuba untuk bersabar demi kebahgiaan kami.. DEMI MU SAYANG, MAMA SANGGUP BUAT APA SAHAJA :) nak menjaga anak kecik memang dugaan, memang perlu tarikkk napas panjang2, Istigfar banyak2... saya percaya bila kite buat baik, Allah akan balas baik... 


Anak-anak Tak Selamanya Kecil ---> Bersabar.
Duhai ibu ayah...
Kami anak-anak tak selamanya merengek, kami tak selamanya berlari dan berbuat bising di dalam rumah, Kami tak selamanya berlebihan nakal. Dan kami tak selamanya memerlukan ibu ayah.

Duhai Ibu ayah....
Hari ini ibu ayah mahu genggamkan tangan, saat nanti kami akan lepaskan, dan menyapu pipi kami saat kami diciumi, mengelak saat mahu dipeluk. Menghindari saat mahu berceloteh. Suatu saat nanti kami akan mandi sendiri, makan sendiri, tidur sendiri dan punya kawan dan mentor sendiri.

Duhai ibu ayah....
Dan pastinya saat itu ibu ayah merindukan masa-masa susah kini. Rindu ingin menidurkan tidur kami, rindu ingin membacakan cerita, rindu mahu memeluk, bersembang, dan rindu mendengar celoteh kami.

Pedulikan penat lelah mengasuh kami. Lakarkan kenangan indah dengan kami. Kerana kepenatan bersama kelucuan itu lebih baik daripada tak ada teriakan, celoteh, tangisan, gelak tawa kami sama sekali di rumah kita..... semua itu tidak akan lama, kerana anak-anak kecil ibu dan ayah ini tak selamanya kecil.”

Ya, menitik air mata saya baca ni... sebab saya terlalu rindukan anak saya even sekarang dia ade je depan mata ni.. Always sayang..!

sekian :)

Tuesday, 10 February 2015

Parenting ** Ketahui 5 Jenis Makanan Yang Perlu Dijauhkan Dari Kanak-Kanak


Assalamualaikum....

Sedia maklum, Setiap ibubapa dan mas sendiri  menginginkan anak yang membesar dengan sihat. Salah satu faktor anak-anak membesar dengan sihat adalah pemakanan. Namun, kini terdapat pelbagai jenis makanan yang tidak sihat lebih-lebih lagi jenis makanan segera atau Instant Food / Fast Food.. Mas sendiri febret burger mcd tu haaa... camne agaknye anak kite kan.. wat burger sendiri lahh.. lagi sihat...!!

Golongan dewasa tentulah faham yang makanan sihat itu terdiri daripada bahan-bahan segar seperti ayam, ikan, salad dan sayuran hijau. Buah-buahan segar pula digunakan sebagai pencuci mulut atau pembuka selera. Keadaan berlaku sebaliknya kepada kanak-kanak. Mereka menganggap makanan sedemikian sebagai jijk, membosankan, hambar dan lebih teruk ia dianggap sebagai racun !
Keadaan inilah yang menyebabkan kanak-kanak berperang dengan makanan dan isu ini adalah sangat mengecewakan. Namun adalah penting terutamanya ibu bapa menjadi contoh terbaik menggalakkan pemakanan sihat. Yakinlah, bahawa suatu hari nanti, anak anda akan berterima kasih kepada anda kerana menyuapkannya dengan makanan yang sihat.

Saban hari, terlalu banyak makanan yang nampak lazat tetapi pada hakikatnya makanan tersebut mengandungi nilai pemakanan yang kecil berbanding pengawet, gula dan lemak yang digunakan.
Tetapi, bagaimana anda boleh tahu makanan yang boleh dielakkan ?

Start dari baby, bagi die merasa makanan sihat seperti sayur / buah... My baby sejak nurse kate dah boleh bagi makanan pejal... mas taram je apa yang mas makan bagi kat die... hehhheeee
Kat umah ni tomata dan carrot tak boleh putus bekal.. tak tau la nape hb suka beli sayor tu jer.. benefitnya ku suap juga ke mulut ayish... eh die suka.. maka nya berhari-hari mas bagi itu aje lah... ahahhahhaaa...
ayish tak makan bubur, actually penah buat.. die tak mo.. mas dah mind set kat my mind yang ayish tak suke... so, jarang bagi.. budak ni pon jadi tak suke lah.. hahaa.. ku suap nasik ngan kicap jer... nampak tak kat cini mas malas no..!!! hahahahaa

Ia untuk kebaikan bersama jugak.. mas tak mo la ajar mas cerewet tang makan.. apa yang ade makan, no request2..!


Untuk membantu anda membuat keputusan, terdapat 5 senarai makanan yang perlu dielakkan tetapi lazim diberi kepada kanak-kanak di Malaysia sama ada bersarapan, makan tengahari, makan malam atau makanan ringan.

1) DAGING PROSES

Ya, daging proses memang cepat untuk disediakan. Cuma keluarkan dari peti sejuk, dinyahbeku kemudian goreng dan siap untuk dimakan. Namun tidak kita perasan bahawa makanan ini sebenarnya ibarat span menyerap minyak masak yang digunakan semasa menggoreng ditambah lagi dengan pengawet digunakan. Ini akan meningkatkan lagi risiko sakit jantung dan lebih teruk lagi kanser. Kesannya tidaklah drastik tetapi jangka masa panjang.



2) KENTANG GORENG

Tiada cara lain mengelakkan makanan ini sekiranya memang sudah tersenarai dalam makanan mingguan anak-anak anda. Namun masalah sebenar adalah apabila member anak-anak kentang goreng setiap kali makan. Kentang goreng tidak menyediakan nilai nutrisi kepada anak-anak, sebaliknya kandungan lemak dan garam yang amat tinggi!



3) BIJIRIN SARAPAN PAGI

Tidak dinafikan, apabila tiba waktu bersarapan, bijirin menjadi salah satu pilihan ibubapa di Malaysia untuk anak-anak bersarapan. Setiap hari kita dimomokkan di televisyen dengan iklan-iklan bijirin yang dimakan bersama susu dan sebagainya. Bijirin sememangnya mensasarkan kanak-kanak kerana golongan itu mudah dipengaruhi. Ditambah pula dengan pembungkusan yang menarik dan berwarna-warni. Hakikatnya, kuantiti gula yang digunakan amatlah melebihi keperluan bagi seorang kanak-kanak.



4) SNEK RINGGAN / KEROPOK

Kebanyakan makanan jenis ini dihasilkan dengan tepung yang diproses kemudian ditambah pengawet, pewarna, perasa sintetik dan minyak yang boleh menyebabkan tahap kolestrol yang tinggi. Oleh hal yang demikian, amatlah tidak digalakkan sama sekali untuk memberi anak-anak anda memakan snek seperti ini\



5) PIZZA

Dibandar, khususnya Kuala Lumpur, makanan segera seperti pizza ini tidak asing lagi. Ibubapa yang penat seharian bekerja memlilih untuk menghubungi pizza dan menunggu ianya sampai di depan rumah. Namun ia sememangnya tidak sihat kerana pengawet disamping lemak dan kalori yang tinggi.

Kesimpulannya, sekiranya anda memahami cadangan sebenar, adalah dijamin anak anda akan berasa dan menikmati hidup yang lebih sihat pada masa akan datang.

************************
KESAN BURUK BAGI ANAK MAKAN FAST FOOD / MAKANAN TAK SIHAT


LEMAH AKEDAMIK

OBESITI


MASALAH KURANG KALSIUM

Bagi yang dah memang fast food tu feberet anak-anak dan famili... dan tak makan makanan yang sihat, bagaimana agaknya nak bantu si manja kite supaya kekal sihat, aktif dan ebrtenga.. dengan makanan yang lengkap nutrien... 



MEMBESARLAH SEBAGAI JUARA

VITA-LEA FOR CHILDREN ni ada 18 Vitamins dan Mineral yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan anak-anak kita. 

Yang penting, ianya diperbuat daripada BAHAN SEMULAJADI saja. Contohnya, ia menggunakan PEMANIS SEMULAJADI iaitu XYLITOL. So elok untuk kesihatan gigi tau..

Rasanya pula? Semestinya PERISA SEMULAJADI ANGGUR yang sedap!! Bukan perisa sintetik yerr.. So ibu bapa jangan risauu... 



Set Lengkap Kanak-Kanak Sihat dan Pintar : Omegaguard, Mealshakes, Vita-lea for Children, Chewable Vitamin C. 

Semoga dengan usaha ini, Allah kurniakan kesihatan tubuh badan dan kecerdasan minda kepada anak-anak syurga kami. 

papa dan mama doakan semoga harith menjadi orang yang soleh, bertaqwa, kaya dan berjaya di dunia dan akhirat. 

Anda berminat nak beri yang TERBAIK untuk anak-anak anda juga?
 InsyaAllah Maria sedia membantu. 


Sempena pengenalan produk ini, jangan lepaskan peluang dapatkan VITA-LEA FOR CHILDREN  dengan HARGA TERENDAH!! 

Promosi tamat pada 28 FEB 2015. Contact MaS segera ya!! :)


Thanks for reading :)

Kawan- kawan sekalian yg berhajat nak beli direct supplement shaklee ni  di hq or branches
boleh guna id saya...





Shaklee id; 869907
Name ; Masharyana Mashuri
Hp ; 016-6810844

Hq shaklee
Penang branch - pusat bandar seberang jaya
Ipoh branch - bandar ipoh raya
Jb branch- taman molek
Kl branch- Sri rampai
Kota bharu branch-section 25, jln sultan yahya petra
Kota kinabalu branch- neutron point

pergi ke branches or HQ , buy product & inform my id :869907

SEDANG & INGIN MENCARI SIDE INCOME..??? HANYA DARI RUMAH..

  Hubungi Saya segera,

Sekian terima kasih... Boleh pm sy untuk maklumat lanjut..

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya  SMS/WhatsApp| add saya
di FB Za Fair (Mas Masya) untuk konsultasi percuma & LIKE fanpageZa Fair's Supplement untuk tips kesihatan/kecantikan

Thursday, 2 October 2014

PARENTING : 10 TIPS BERGUNA MENDIDIK ANAK UMUR 0-3 TAHUN

Assalamualaikum dan hopely hari-hari korang cerah dan hapenning lah hendak nye... Amboi, sejak dah ade anak ni.. segala info untuk meransang otak baby semua ku terjah.. then copy masyuk my blog.. supaya boleh praktikkan kat ayish ni ha... hehehee... Hopely anak mama ni jadi anak yang berguna hendak nye.. amin  :)

----------------------------------

Hari ni mas nak share pasal tip keibubapaan atau lebih pada terapi pertuturan yang dikongsi oleh sorang blogger ni, Adlil Rajiah. Memang super awesome dan berguna. Tip yang dikongsikan boleh di apply untuk semua anak2 kita terutama yang masih kecil, newborn pun boleh, tak semestinya yang ada speech delay and such.  Terima kasih pada Adlil sebab berkongsi info berguna dengan ibu bapa moden sekarang.


Yang aku nak share kat sini ialah..
masa kitorang jumpa Dr. Sherine tu ada banyak sangat input yang berguna dia bagi.

Terutama anak-anak yang umur  0-3 years old.
Seriously berguna like hell.
In fact aku dah praktikkan beberapa tips yang doktor tu bagi.
Dan Alhamdulillah memang berkesan. =)

Ok aku buat dalam point form la eh.
Senang korang nak hadam.

1. Biasakan dan kerapkan bawak anak main pasir, buih, rumput, dan plastesin.

Kalau boleh biar dia sentuh guna tangan dan kaki. Biar dia exposed dan touched dengan texture pasir, rumput, buih, etc. Benda-benda tu sangat merangsang motor skills dan sensory skills anak-anak.
Aku nak explain lebih-lebih pon, aku bukan doktor. T_T
So mohon akur je lah dengan fakta yang diberikan ini.

Tip didik anak, bermain di pantai untuk motor skil
Terapi juga ni bermain pasir di pantai.

2. Don't expose to too much things in a box.

"Things in a box" tu macam, tivi, ipad, tablet, phone, games etc. Yang ni paling ngeri.
Aku tengok sendiri dengan mata kepala aku, masa pergi special school Dr Sherine tu, ada sorang budak Australian ni. Umur baru 4 tahun. Jari tangan dia, kaki dia, lutut dia, semacam tak normal. Tak tahu nak describe macam mana.
Tapi korang nak tahu apa sebab dia jadi camtu?
Sebab too much exposed to computer light and touch screen!!
Scary nak mampos hoiii.
Tak sangka sampai boleh jadi gitu kan.
Mak dia exposed budak tu main ipad sejak lahir tau. T_T

Aku borak ngan mak budak tu, sampai nangis-nangis makcik tu cerita kat aku.
Dia cakap saraf-saraf anak dia dah rosak.
Sebab takde rangsangan dan kurang latihan pergerakan masa kecik.
Patutnya masa kecik kan, baby aktif gila nak meniarap la, nak merangkak la, nak lompat-lompat la. Kan?
Tapi sebab parents dia terlalu busy, dan diorang takde pembantu rumah, so dia bagi je baby tu leka dengan ipad 24/7! Hamik kau.
Aku dengar pon macam nak baling lesung batu je kat mak dia. ;D

So bila anak dia dah umur 4 tahun ni, baru nak pergi kelas pemulihan.
Belajar lompat, belajar meniarap, belajar merangkak. Kesian kan?

Sampaikan diorang tak bagi keluarkan apa-apa gadget depan budak tu.
Ada sekali tu, phone aku ada SMS masuk, so aku nak keluarkan la dari beg nak check SMS kan. Tetiba Dr. Sherine cakap kuat-kuat,
"No handphone in front of Alex! No handphone in front of Alex please!"

Gitu.
Takut aku. :D

Aku ada mintak komen Dr. Sherine tentang gadget-gadget ni.
Sebab aku pon selalu je tengok Boboiboy dengan ayish kat ipad. Hehehehe.
So ini jawapan Dr.Sherine,
"Takde masalah kalau nak tengok benda in a box ni (ipad, tivi, phone). But make sure not more than 10 minutes at a time."
"Never leave the child and ipad alone. Watch with him. Tengok Boboiboy sama-sama dengan dia, interact dengan dia. For example, kita cakap, Oh Boboiboy is wearing a red cap. Oh there, Boboiboy plays badminton with his friends! Sentiasa interact dengan dia while watching."
"It's a good sign when he wants to watch ipad, he asks you to join him. But bad sign when he doesn't want anyone to disturb or join him while he's watching. Itu petanda buruk. So always always always be with him and interact with him while watching."

Ini bahasa mudah untuk faham kenapa ipad, tivi, phone, games tak elok untuk perkembangan kanak-kanak, menurut Dr Sherine:
Bila kita tengok ipad, mata kita tertumpu kepada satu level sahaja.
Tiada pergerakan "rolling" oleh mata.
So bila too much ipad, that means no eyes nerves stimulation.
So lama-lama pandangan anak tu tak luas.
So brain dia pon tak boleh fikir dengan luas/kreatif.
So parents digalakkan supaya banyak stimulate mata baby. How?
Bawak keluar rumah. Look around. Atas, tunjuk sky, tunjuk airplanes.
Bawah, tunjuk grass, tunjuk cat, tunjuk flowers.
Kalau tak boleh keluar rumah, still boleh buat dalam rumah.
Contohnya, boleh guna mainan flash cards ABC tu.
Flash huruf A kat atas, supaya anak dongak ke atas.
Pastu flash huruf B kat bawah pulak.
Pastu flash huruf C sebelah kiri, huruf D sebelah kanan.
Dan sebagainya.
Dengan cara macam tu, automatik ada "rolling" eyes movement.
 So bila ada pergerakan mata atas bawah atas bawah camtu,
saraf mata dirangsang dengan baik.
So brain development pon berlaku dengan baik.

Gitu.
Aku rasa cukup mudah penjelasan yang Dr. Sherine bagi tu.
Terutama untuk orang vangang macam aku ni nak faham.
Maafkan saya, saya bukan Doktor.. T_T



3) Stimulate their imitation skills.

Imitation skills ni ialah kebolehan mengikut atau meniru apa saje perkara yang dilihat disekeliling. Contoh kalau anak nampak kita clap hands, dia pon ikut clap hands. Camtu.
Dr. Sherine kata, ini masalah terbesar budak-budak sekarang.
Lack of imitation skills.
So vocab kurang, otak lambat pick-up, etc.
Because language and speech is also an imitation skill,
attitude pon imitation skill,
cara berfikir pon imitation skill,
dan semua-semua tu pon related to brain development.

So parents digalakkan buat kaedah-kaedah macam ni:
Say a word, dan suruh anak ulang.
Lukis satu simple drawing, dan suruh anak tiru.
Buat mimik muka macam nangis, senyum, gelak, marah dan suruh anak tiru.
Buat satu kerja mudah macam susun bantal atas katil, susun buku kat rak, dan suruh anak ikut.
 Nyanyi satu lagu, dan suruh anak ikut nyanyi.
Dance mengikut muzik, dan suruh anak tiru step yang kita buat.
Buat satu pergerakan macam merangkak, lompat, mencangkung, bergolek, dan suruh anak buat sama.

Gitu.

Oh lagi satu, Dr. Sherine cakap, pergerakan merangkak ialah sangat-sangat bagus.
Sebab dia melibatkan seluruh anggota badan, dari kepala ke hujung kaki.
Dan menurut kajian, baby yang mengalami fasa merangkak yang lama, dikatakan lebih genius dan berfikiran kreatif berbanding baby yang merangkak sekejap atau tak merangkak langsung (terus boleh berjalan).


T___T


Merangkak pun bagus rupanya
Pakat2 jadi tiger ya!



4) Banyakkan concept toys berbanding mainan superheroes, monsters, etc.

Concept toys tu macam, ABC 123 blocks, Lego, animals (yang realistic dan senang nak recognize), shapes blocks, vehicles, colour blocks, etc.
Sebab benda-benda ni boleh tambahkan vocab anak.
Plus boleh belajar sambil bermain.
Dr. Sherine kata, avoid belikan mainan-mainan yang tak realistik.
Macam barbie doll, superheroes dalam tivi, monsters, etc.
Sebab masa bermain, dia tak boleh kaitkan dengan dunia realiti dia.
Takut dia terlebih taksub dengan dunia yang fantasi tu pulak.
Macam tak elok sangat la kan.

Tip Pertuturan: Pilih mainan yang boleh make up story dan realiti
Banyakkan toys yang boleh relate dengan realiti bukan hanya fantasi..

5) Bila nak ajar anak bercakap, ajar word dulu, avoid sentence.

Contoh macam kalau kita pergi zoo, kita nak tunjuk elephant kat anak,
better cakap,
"Elephant!"
bukan
"That is elephant!"
atau
"Wow u see that big elephant?"

Camtu.

Unless kalau anak dah hafal animals tu semua, so boleh ajar sentence dengan adjective pulak.
Contoh,
"Tall giraffe. Big elephant. Beautiful butterfly. Yellow bird."
Avoid guna perkataan "The This That And With etc".
Direct je cakap "Big tiger. Beautiful bird."
Camtu.
Ajar word by word.
Nak ajar budak bercakap kena slowly dan repetitively.

Bila nak bagi arahan pun sama.
Sebut perbuatan itu sahaja. Without a complete sentence.
Contoh,

"Eat."
bukan
"Come and eat."
atau
"U must eat."

"Sit."
bukan
"Come and sit beside Mama"
atau,
"Sit and keep quiet."

Lama-lama budak tu akan cepat recognize, which one is noun, adjective, verb, etc.
Lepas dia dah banyak vocab, baru boleh start ajar buat sentence.



6) Kalau budak takut strangers. Ask them to high-5. Avoid salam, hug or kiss.

Biasanya budak yang takut strangers ni sebab dah banyak kali trauma atau ada bad experience each time jumpa strangers.
Contoh budak yang selalu sakit.
Banyak kali jumpa doctor/nurse yang asyik cucuk atau bagi ubat etc.
So bila jumpa strangers mana-mana pon, dia expect orang tu akan buat pape kat dia.
So macam fobia camtu la kan.

Untuk overcome benda ni, Dr. Sherine tu suggest,
bila jumpa je sesiapa yang anak tu takut,
Suruh orang tu high five dengan anak kita tu.
Biasanya kalau kita jumpa kawan ke saudara mara ke, mesti diorang nak pelok cium salam anak kita kan?
So kalau anak yang jenis takut strangers ni, jangan bagi orang salam pelok terus,
suruh high-5 dulu.
Kalau orang tanya kenapa, jawab ikut style nigga. Yaw yaw yaw. ;D

Menurut Dr. Sherine, high-5 is very powerful.
Dia boleh ubah mentaliti anak within seconds.
Bila kita high-5, akan berlaku sentuhan dalam beberapa saat,
dan budak tu akan realize yang orang tu tak merbahaya.
So lepas tu, dia akan ok la dengan orang tu.
Gitu.



7) Bila anak buat salah. Explain instead of marah.

Macam kalau anak main marker pen, conteng satu rumah.
Hoih mahu kau tak hangin kan??
So Dr. Sherine tu kata, instead of marah-marah membebel tak tentu pasal,
better explain clearly kat anak tu kenapa benda yang dia buat tu salah.

Ingat, anak tu tengah exploring his world, bukan sesaje nak cari pasal dengan kita.
Lagi satu, setiap kali explain atau bercakap dengan anak,
make sure mata kita dengan dia satu level.
Melutut depan anak.
Jangan cakap atau marah sambil berdiri,
anak jadi bertambah takut.
Nanti dia tak absorb pon apa yang kita nak sampaikan.

Tip Pertuturan : Bercakap pada eye level anak. Pastikan anak faham dan lihat mata kita juga
Bercakap pada eye level anak..

8) Overly-attached to one person is not a good sign.

Contoh macam anak tu rapat dengan mak je, dengan ayah tak berapa rapat.
So itu petanda tak bagus.
Something wrong with his self-esteem.
So kena biasakan dia rapat dengan semua orang.
Especially family members.



9) Bila bermain, follow his interest. 

Kalau anak nak main ball, jangan tetiba korang nak ajak dia main basikal.
Kalau anak nak melukis, jangan korang nak ajak dia main ball.
Gitu.
Ikut kehendak anak pada ketika itu.
Sebab brain development akan berlaku pada tahap maksima bila budak tu betul-betul interested dan happy buat sesuatu perkara.
Lain la kalau anak mintak nak main benda bukan-bukan.
Haruslah dimarahin dong.

Bermain bersama ikut minat anak

10) Bagi pilihan jawapan untuk enhance communication skill anak.

Contoh bila kita bertanya sesuatu kat anak kita,
kalau anak diam je sebab tak tahu nak camane,
jangan biarkan soalan tu tak berjawab.
Kita yang kena bagi pilihan jawapan kepada anak.

Contoh macam kalau kita tanya,
"Kenapa Haikal menangis?"

Tapi Haikal diam je,
mungkin sebab tak tahu nak jawab macam mana.
So kita bagi la beberapa pilihan jawapan, macam
 "Haikal jatuh?"
"Haikal sakit perut?"
"Haikal nak ikut papa pergi kerja?"
"Haikal bosan?"

Itu contoh.
Even if dia respon dengan sekadar angguk je pon dah memadai.
At least soalan dah terjawab.
Dan lama-lama kang dia tahu la nak jawab macam mana if soalan yang sama diajukan di masa akan datang.


Ok tu je 10 tips yang dapat dikongsi.
Lagi sekali, tips-tips ni ialah dari Dr. Sherine, Child Psychaitrist dari Hospital Gleneagles.
Bukan keluar dari mulut aku ye.Bukan aku reka ke apa.
Cuma aku tulis ni ikut bahasa aku la kan. Supaya korang pon senang nak faham.

Niat aku satu je.
Nak share supaya korang pon sama-sama dapat manfaat.
Sebab seriously semua tips ni aku dah try dan setakat ni Alhamdulillah,
aku nampak kesan positif nye
Kesan dia sangat drastik ok.
Sebab budak 0-3 y.o. ni development diorang memang lajuuuuuu.
So korang kena cepat praktikkan tips-tips di atas. =)

Tapi of course semuanya berlaku dengan izin Allah.
Tapi tak salah kita ikhtiar yang terbaik dan termampu.
Part usaha, doa, tawakkal tu kan tugas kita.
InsyaAllah, outcome dia nanti menggembirakan kita.
Sebab Allah tak pernah kecewakan hamba dia yang berusaha bhai..

T_________T

Sunday, 21 September 2014

Cara Menghukum Anak yang Tidak Dibenarkan Dalam Islam

Alhamdulillah.. sejak ade anak ni.. segala bab parenting nak tau.. Ye la, nak jugak anak yang di kandung sendiri ni jadi anak yang bijak pandai.. soleh/ solehah tu tak yah kate.. memang nak..!
Here mas nak sharekan serba sedikit cara menghukum anak yang tak di benarkan dalam islam.. moga bermanfaat... lebih-lebih lagi macam mas ni yang baru je bergelar mom.. hihiii
Indah kan perasaan tu.. alhamdulillahhh.. Allah bagi pinjaman yang ternilai harga nya... si dia penawar duka kami...
----------------------------------

1. Memukul wajah
Rasulullah S.A.W melarang memukul muka berdasarkan sabda Baginda yang bermaksud, “Jika salah seorang dari kamu memukul, maka hendaknya dia menjauhi (memukul) wajah.”

2. Menampakkan kemarahan yang sangat
Ini juga dilarang kerana bertentangan dengan amalan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Bukanlah orang yang kuat itu diukur dengan kuatnya dia berlawan, tetapi orang yang kuat adalah yang mampu menahan dirinya ketika marah."

3. Memukul di dalam keadaan sangat marah
Dari Abu Mas’ud al-Badri, dia berkata, “(Suatu hari) aku memukul budakku (yang masih kecil) dengan cemeti, maka aku mendengar suara (teguran) dari belakangku, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud!’ Akan tetapi, aku tidak mengenali suara tersebut kerena kemarahan (yang sangat). Ketika pemilik suara itu mendekat dariku, maka ternyata dia adalah Rasulullah S.A.W dan Baginda berkata, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud! Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud!’ Maka aku pun melempar cemeti dari tanganku, kemudian beliau bersabda, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud! Sesungguhnya Allah lebih mampu untuk (menyeksa) kamu daripada apa yang kami seksakan terhadap budak ini,’ maka aku pun berkata, ‘Aku tidak akan memukul budak selamanya setelah (hari) ini."

4. Bersikap terlalu keras dan kasar

Sikap ini jelas bertentangan dengan sifat lemah lembut yang diajar oleh Islam sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Barangsiapa yang terhalang dari sifat lemah lembut, maka dia akan terhalang dari mendapat kebaikan.”

5. Memukul dengan benda keras sehingga berbekas
Ini juga dilarang oleh Rasulullah S.A.W. Sebaik-baiknya gunakan rotan yang tidak boleh mendatangkan kecederaan dan berbekas pada kulit. Menghukum dengan rotan dibolehkan dengan tujuan untuk memberikan peringatan kepada anak.


Kawan- kawan sekalian yg berhajat nak beli direct supplement shaklee ni  di hq or branches
boleh guna id saya...

Shaklee id; 869907
Name ; Masharyana Mashuri
Hp ; 016-6810844

Hq shaklee
Penang branch
- pusat bandar seberang jaya
Ipoh branch - bandar ipoh raya
Jb branch- taman molek
Kl branch- Sri rampai
Kota bharu branch-section 25, jln sultan yahya petra
Kota kinabalu branch- neutron point

pergi ke branches or HQ , buy product & inform my id :869907

  Hubungi Saya segera,

Sekian terima kasih... Boleh pm sy untuk maklumat lanjut..

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya  SMS/WhatsApp| add saya
di FB Za Fair (Mas Masya) untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage Za Fair's Supplement 
untuk tips kesihatan/kecantikan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...