Showing posts with label FAMILY. Show all posts
Showing posts with label FAMILY. Show all posts

Monday, 1 June 2015

ZAMAN KANAK-KANAK



Kalau di takdirkan satu hari nanti
anak ak harith camni ( gambar ikhsan google) ak redo jer
Mungkin marah tapi dalam hati sebenarnya tak marah
sebab mama die dulu camni gak.. hahhaaa

Rugi besar la dok kg, ade bendang tapi tak explore sampai camni


Dulu kat umah ade kolam ikan keli, Makbapak ak bela ikan keli. tok jual kot
mase tu ikan dah takde rasenya
tapi kami 5beradik over g masuk kat kolam tu nak tangkap ikan
makbapak takde.. g kije
kakk abg xd..
so yang jadi kepala yang tua la. kakak atas ak
Tengah syok main tgkap ikan tak dapat2, tangkap anak katak.. kan macam anak ikan keli
Sumpah geliii kot..!
tetibe mak balek
semua lariiiik lintang pukang

tu kat tempat sendiri.. blum lagi redah kat bendang orang lain
GERAM bila tengok ikan banyak kat bendang tu
PUAS bila dapat tangkap ikan banyak

makbapak ak bising la.. tapi takleh nak kate ape.. laki pompuan same je

Tapi skang ni kalo soh masuk bendang tangkap ikan..
Memang takk laaa..!
kaki da masuk lumpur pon dah bayang bukan2
 Ikan melintas kat kaki pon dah lompat2

zaman skang ni ade gadget dah canggih, 
budak sekolah rendah pon dah de smartphone 
memang rase dorang ni bertuah  anak cyber 
kecik2 makbapak dah belikan macam2

TAPI macam kecian sebab tak gunakan mase zaman kanak2 sebaiknya





BIRTHDAY BOY KE - 1


01 june 2015


Pejam celik pejam celik harini dah setahun Harith Ukasayah Bin Mohd Farid.
Macam tak caya tapi ni lah.. Dah setahun anak aku ni ha rupa nyaa..
Dah beso. Mulut da celoteh jer, tah ape die ckp pon tak phm. Jap lagi nak jalan dah.. 

Selamat Hari Lahir cayang mama

SETAHUN yang lepas, ak kat sepital tengah struggle nak besalin
Sakit gile cadbury
macam2 perasan.. pjg ke umur ak, tah hidup ke mati
sempat ke tengok dunia lagi pasni.. dah la banyak dose
ak tgk hasben ak, muka kelat sgt. tkt la tu. lagi tak keruan

Harini tengok die sedap tidoq  !
perasaan : legaaaa



umur dah 27thn ni baru tau rase fefeeling mak
Jadi bertambah sayanggg kat mak
Dulu mase belum kawen, belum ade anak bukan tak sayang mak
Tapi skang sayang tu rase lebihhh bertambah lagi
sebab aku sendiri merasa jadi mak and tau feeling tu camne
dah sedar diri bak kate orang

Aku as mom
Ni birthday Ayish yg ke-1 pon dah excited, dulu mak2 kite camne tah
mulalah teringat balek 
mase pestime dapat tau preggy, mase pestime jumpe,
mase pestime die senyum, die ketawe, pestime peluk dukung,
pestime die celoteh tah ape,
pestime belajar macam2 and laa ni nak bertaktih
perasaan tu memang speechless

Mase ni la teringat balek kat mak
Teringat mase kecik sampai la ni
Ya Allah banyak nye DOSE
Tak terbalas rasenya semua jasa

Gi skolah jejauh, pastu bawak result balek terok
Nasib lulus nasib ade A.. So, Mak ade senyum sikit
tiap minggu nak makbapak datang tgk kat hostel
sebab hostel tu dah macam penjara bgi ak
kalo tak datang mesti takde mood nak attend class
mula la tiap malam kol sampai tak tau nak ckp p
syiling habis,
minggu depannya mesti balek gak
kekadang kite tak sedar ape kite buat apa kite ckp boleh wat mak terase
skang ni dah sedar diri dah ade dua mak
masing2 penting, masing2 orang yang sangat penting


Mungkin satu sebab Allah bagi rezeki kawen awal sebab nak bagi ak sedar 
Bagi fefeeling camne perasaan mak
Bagi tanggunjawab, mampu ke tak, kuat ke tak, sabar ke tak
Bagi sayang mak lebih, sayang orang depan mata lebih
dan tahu erti menghargai sebelum kehilangan

kekadang terasa sangat diuji
bila ayish main manjat sane sini tak henti
penat nak jaga, penat nak angkat 
sampai rase tahap kesabaran tu kurang, mula lah nak marah nak tinggikan suara
Tapi bila teringat mak dulu camni la jaga ak
Jadi sabar, muhasabah diri. tak jadi marah
jadi enjoy.. anak ak sihat cergas bijak

ak pon bukan baik sangat
kepala batuuu..! degil tahap cadbury tapi tu dulu laa
skang dah sedar diri
moga sentiasa diberi kesedaran untuk jadi lebih baik


Bila rase anak ak ni degil, tetibe ak rase mesti  ak dulu pon degil jugak.hahhah
bila rase anak ak ni lebih friendly, tak takut ngan org
mesti ikut ciri2 ak ni.. peramah sangat
Bila tengok ayish ni baikkk je kat tempat asing
Mesti ikut ciri2 papa.. pendiam but sweet

Orang kata anak lelaki senang jaga,
Tapi pak mentua ak dah pesan awal2, anak laki ni kena isi dengan ilmu
ilmu agama lah tu maksud die
lelagi anak sulung.. satgi nak ajar adik2, 
bila makbapak dah takde, anak laki yang uruskan
jadi takut pulak.. mampu ke ak ni
insyallah boleh


i wish anak ak ni jadi lebih baik dari ak and more ikut ciri2 papa nye yang sweet ni
sebab ak nak die cam papa die
papa die bukan nye romentik pon, ak  dapat bunge sekali je la seumur hidup ni
tu pon mase konvo , masak sedap mane pon tak penah puji melainkan ak tnye,
Tapi dia jaga hati, Tak pernah komplen ak masak tak sedap.. tetap telan
apa yang ak suke die lebih utamakan makbapak dari diri sendiri
insyallah


PESANAN BUAT SUAMI


1-Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2- Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3-Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

4-Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
5-Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

6-Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
7-Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

8-Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
9-Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

10.Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
11-Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
12-Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

13-Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
14-Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
15-Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah
mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Tuesday, 3 March 2015

orang perempuan ni degil

Assalamualaikum semua :)



Org perempuan tak reti serik
Dah tahu morning sickness tu teruk, masih lagi nak mengandung

Org perempuan tak reti serik
Dah tahu perut besar tu berat dan menyakitkan pinggang, masih lagi nak mengandung

Org perempuan tak reti serik
Dah tahu masa mengandung susah nak tidur, masih lagi nak mengandung

Org perempuan tak reti serik
Dah tahu kulit tu nanti pecah2 sebab stretchmark, masih lagi nak mengandung

Org perempuan tak reti serik
Dah tahu sakitnya bersalin tu antara hidup dan mati, masih lagi nak mengandung

Org perempuan tak reti serik
Dah tahu sakitnya digunting dan dibelah ketika bersalin, masih lagi nak mengandung

Org perempuan tak reti serik
Dah tahu susahnya nak menjaga jahitan sambil buat aktiviti harian di dalam pantang, masih lagi nak mengandung

Org perempuan tak reti serik
Dah tahu malam tak boleh tidur dgn lena dan aman bila ada anak kecik yg menyusu, masih lagi nak mengandung

Tapi itu lah org perempuan. Kalau Allah selitkan rasa 'serik' dalam hati org perempuan, maka tak bertambahlah umat manusia, semakin ramai lah isteri nusyuz kepada suami.

To all beautiful woman out there, you are mentally strong, even stronger than men. Chin up, smile and live your life to the fullest. Never give up. When you ever feeling down and so tired of life, just remember that Allah is there and He will never forget.

Kepada para suami yg budiman, kalau sekali sekala isteri tersayang anda menyakitkan hati, maafkan lah dia, sebab org perempuan memang 'degil'. Hehehe.


From a mother to the mothers
'Harith Ukasyah. Day 7.

Monday, 9 February 2015

Our weekend

Assalamualaikum.. throwback weekend kami.. hehheheeeee...




My small family..




Location at masjid negara.. sejuk jer hati bila kat masjid ni... tujuan asal memenuhi jemputan wedding sepupu belah hasben... ehh apesal macam skema jer ayat... heheheheee... alhamdulillah semua selesai ♡♡♡♡




With dedayangs.. hehrhrhr... adik beradik pengantin dengan mak pengantin.. pengantin tak dan nak bergambar sama.. dah lari pi out doors..!




Lepas setle majlis, perut berkeroncong.... alhamdulillah murah rezeki.. makan dulu lah kami kat aroma ikan bakar jeram..
Even kampung kat sekinchan, ni la pestime gi sini.. syokkk oooo...!
Selalu dok dengar orang kate tempat ni best... ni nak jejak kaki plak..

Bissmilahhh
Menu sedappp..! Tempat best... soriii tak dan nak snap pic menu.. sebab habissss dah baru ingat nak snap.. kikiiii

P/s : korang if nak pi merasa seafood / ikan bakar kat aroma ikan bakar jeram ni.. make sure datang awal sebelum kol 5pm atau booking dulu.. kol..! Kalo tak berjanggut la aiii nak tunggu meja kosong...

Datang-datang jer, make sure sorang gi pilih seafood, sorang gi carik meja.. ni pentinggg.. sebab ramaiiii sangat tau..!

Mana yang dari jauh tu, Korang jangan riso if sampai da magrib or da masuk waktu solat.. kat cini jugak ade surau.. nak pi masjid pon de.. tak jauh.. dekat jer...

Menu paling sedap.. for me.. pepahat blackpaper.. alkisahnya, pestime makan pepahat tu.. eh sedappp plak..! Udang masak merah a.k.a cili pon memang tak leh tahan.. hihiiii
Eh semua sedappp la...

Mana2 pengemar seafood, korang patut datang cini.. terbaikkkk...!

Siapa tak try, pi la try.. sangat sesuai bawak famili.. dekat ngan pantai.. syok ♡♡♡

Ok, itu je our weekend..

Selagi ada mase spend time dengan famili, jangan siakan.. bila dah kawen, dah ade famili sendiri, anak dah besar2.. mase pon makin berkurang ngan mak ayah.. banyak nak kina bahagikan masa...

I ♡ famili

Friday, 26 December 2014

Aktiviti harith hari ni

Salam semua...!




Macam tak de kije je kan.. hihiii.. budak ni memang tak de kerja tapi dia ni sangat bz.. mengalahkan pengarah tau.. setiap hari ade je bende baru yang die buat...

Ni, tau masuk tak tau keluar plak.. hai anakkkk.. mujur hang anak den..! Hrhhrhreee

Alhamdulillah, seronok dan puashati lihat anak membesar depan mata tanpa risau apa pengasuh nak buat ke bagi makan kat anak..

Insyallah, rezeki ada di mana sahaja... ♡♡♡♡

Wednesday, 17 December 2014

HAPPY BIRTHDAY MY HERO

Salam semuaaa...!!!

17 dec 2014.. today alhamdulillah birthday my hero yang ke.. hehheeeee...

baru jer kol my hero a.k.a bapak tersayanggg... 

Errr,,, bapak pon lupe.. dan of cox die terharuuu.. 

luv u bapak... munci munciii...


Semoga di beri kesihatan yang baik.. happy selalu.., senyum selalu.. kuat sentiasa.. panjang umur hendak nya... di beri selere makan dengan baik... 


bapak cikgu math paling garang to me..  ustaz ngaji paling sedap sore nye... bapak yang kuat.. mampu angkat kami pi masuk kelambu (mase kecik2 dulu)
Boss paling baik... ehheheheee.. 
 even die kadang garang, kadang eee menyampahhh.. hahhahahaa.. i tetap lurve so much...!!

and 
i always ur princess.. ever and ever..!!


thanks for everything... selamat hari lahir...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...