Assalamualaikum
pengalaman lepas buat i olss juga terasa macam mana rasenya ade masalah panau ni
seriess MALU !
kalo kat badan tak nampak la
sebab tutup ngan baju
kalo kat muka ??
mana nak sorok
tu la kenyataan nak mengadap tiap hari
dah la pompuan
muka berpanau
rase tak de kebahgiaan dalam hidup
ubat dah macam macam ubat bapak carik
dari sinsee sampai la klinik
petua . dah mcam macam petua cuba
tapi sendu
sampai ke sekolah menengah tau
kawan kawan semua kate muka ada peta malaysia
korang rase ape
taknak kawan die sampai bile bile kan
tapi sekarang bahgia milik ku
panau ?
tak de dah ! clear :)
dulu tak de cream ni
jadi susah sangat la nak kasi hilang
tapi skang ade cream ni'senang nya nak setlekan masalah panau ni !
jeles sangat
sebab nya dah terbukti berkesan dan hilang
la ni tak tumbuh lagi panau tu
anak buah iolss sendiri cuba cream ni
skang dah lawa da
cepat ke lambat panau ni hilang iolss tak berani nak jamin
tapi ikut kerajinan u olss la na
kena consistent
tak boleh la malas malas kalo nak hilang cepat
la tu, jaga kebersihan jangan ade habuk
i olss berani rekemen
dan dah jual beratus tiub cream ni ha
sebab tu nak u olss hilangkan lekas panau tu
jangan simpan la
malu!
nak try tak ?
wasap na
016 681 0844
Wednesday, 30 March 2016
Monday, 28 March 2016
aku ex BUDAK ARCHI
sorry... i olss terindu kat kawan kawan mase study dulu
cam ni la lagak kami
muka sembap mata panda tudung senget tak
baju tak iron
gile selekeh !
tapi tak pe
asal model kami design kami meletop
alaa rindu korang !!
pernah dulu
gilir mandi, gilir buat itu buat ini sebab nak siapkan project
tak tido dah biase
alahhhh nape teringat
kalo start buat model cenggini
rupa bilik memang tak de rupa bilik
menanes roomate
nasib baik roomate same class
korang
kalo nak pilih architecture / seni bina
pk la 100x na
dulu i olss tak pk
tu yang terus terima ja
lagi pon dekat
lepas tu
menanes !!!
nasib baik ade roomate terer
die tolong buat
iolss nangis ja
takut tak siap
hahahaha
kenangan
nasib tak baik
design hang, model hang, project hang
kena campak
dari tingkat 4 terus ke bawah
menangis lagi
sem 5 paling tak kuat
rase nak berenti terus
nangis lagi kol bapak kate nak berenti
huwaaa
awaa nape wat saya cenggini
dulu kite rapat
tapi skang awaa...
tak pe lah moga awak bahgia
saya ade kenangan mase kite rapat dulu
bestfren sangat
sampai ade ko ade lah aku
hahahah
demi keluarga
habiskan segulung diploma
awaa tak de
selalunya kite berdua
tapi kali ni awaa dah de kawan baru
saya pon ade kawan baru
lagiii ramai
terima kasih tolong bukak kan mata ni
skang same2 dah berjaya
ermmm
kalo awaa terbace kisah ala ala kisah kite ni
mohon teringat sama time kite happy
yang ta happy jangan di kenang
hihiiii
habis blaja dapat offer kije
sy kije swasta je
boss super best
akitek best
kadang terase pekerja kesayangan lak
perasan !
tapi sebab 1 bangunan
aku berenti
yang ni memang tahap tak kuat !
architecture
saya pernah fall in love wit u
now sayang lagi
cuma
tak kuat nak hadap
cerita merapu.. hilangkan stress, rindu kawan clas
hahha
Sunday, 6 March 2016
ELAK JERAWAT BERULANG
► ELAK JERAWAT BERULANG ◄
1. Jangan Memicit Jerawat.
Memicit atau mencucuk jerawat hanya akan menyebabkan jerawat bertambah serious selain meninggalkan bekas hitam pada tempat yang berjerawat. Jauhkan tangan anda dari memicit jerawat adalah cara terbaik.
2. Banyakkan Makan Buah Dan Sayur.
Amalkan pengambilan buah dan sayur segar kerana ia dapat membuang racun serta memlancarkan perjalanan darah. Mengambil salah satu buah-buahan setiap hari akan membantu menjauhkan kulit anda dari jerawat.
3. Hindari Terdedah Pada Sinar Matahari.
Bagi anda yang lebih banyak berada di luar, hindari mendedahkan diri terus pada sinaran matahari. Sinaran ultra ungu boleh menyebabkan kulit wajah menjadi merah dan membuatnya kering.
4. Gunakan Kosmetik Sesuai.
Pilihan kosmetik seperti pembayang mata, pemerah pipi, pelembap dan sebagainya yang sesuai untuk kulit berjerawat. Lebih penting lagi, produk tersebut mengandungi bahan bebas minyak.
5. Kunjungi Spa
Pilih spa yang menyediakan rawatan membantu masalah jerawat atau anda juga boleh melakukan sendiri di rumah dengan membeli produk tersebut di spa.
6. Hati-hati Ketika Bercukur.
Untuk kaum lelaki yang mengalami masalah jerawat berhati-hati ketika bercukur. Tidak perlu pisau tajam untuk mencukur kumis atau janggut. Mencukur dengan sabun dan air atau krim akan membuatkan hasil cukuran lebih halus.
LIKE jika anda suka dengan info ini
SHARE jika info ini berguna untuk rakan anda
Saturday, 5 March 2016
3 PUNCA RAMBUT GUGUR
► 3 PUNCA RAMBUT GUGUR ◄
Rambut gugur memang normal. Namun jika rambut anda gugur lebih daripada 50 hingga 100 helai sehari, itu petanda anda mengalami masalah rambut gugur. Mengapakah rambut gugur kebanyakannya terjadi dalam kalangan wanita? Ia terjadi mungkin disebabkan hormon di dalam badan yang tidak seimbang, penggunaan produk yang salah dan kurang vitamin pada akar rambut.
1. Hormon.
Hormon seks wanita mampu menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebat. Wanita turut menghasilkan hormon androgen dalam kuantiti yang sedikit namun ia akan bertindak aktif jika seseorang itu berada dalam keadaan tertekan. Ini menyebabkan rambut anda mudah gugur. Jadi, untuk melebatkan rambut, anda tidak boleh terlalu tertekan dan sentiasa bertenang dalam apa jua keadaan.
2. Produk.
Rambut juga mudah gugur jika anda sering mewarnakan rambut atau selalu menukar gaya rambut lurus atau kerinting. Apa yang perlu anda lakukan ialah memilih syampu yang boleh melindungi rambut daripada kerosakan, jangan terlalu kerap mencuci rambut dan jarakkan penukaran warna dan stail rambut.
3. Kurang vitamin.
Untuk mengelakkan rambut anda daripada gugur, pengamalan makanan berkhasiat seperti bijirin, buaha-buahan, sayur-sayuran dan makanan berprotein tinggi seperti ikan sangat membantu anda mendapatkan rambut yang lebat. Jika anda kurang gemar memakan makanan seperti ini, ambillah supplemen khas untuk rambut iaitu Biotin, Niasin, Zink, Vitamin B6, B12, A dan E.
LIKE jika anda suka dengan info ini
SHARE jika info ini berguna untuk rakan anda
Friday, 4 March 2016
7 TIPS UNTUK MATA YANG CANTIK
► 7 TIPS UNTUK MATA YANG CANTIK ◄
.
.
1) Minum air secukupnya kerana ia dapat mengelakkan dehidrasi, sekaligus melambatkan timbul kedutan pada mata.
.
2) Makan buah dan sayuran kerana kandungan mineral, vitamin yang terdapat di dalam buahan dan sayuran adalah nutrisi berguna untuk kecantikan mata, di samping bermanfaat untuk kulit dan kesihatan tubuh. Kandungan Vitamin C pada buah atau sayur dapat membantu pembentukan kolagen yang menambahkan keanjalan kulit nipis pada mata.
3) Hindari perbuatan menggosok mata walaupun dengan tangan kerana ia boleh memberikan kesan tidak baik pada seluruh bahagian mata.
4) Berhati-hati memilih produk penjagaan mata. Selalu pilih produk yang boleh dipercayai dan sudah melalui ujian klinikal. Hati-hati dalam aplikasi solekan dan hindari pinjam-meminjam alat kosmetik mata. Perbaharui kosmetik mata setiap 6 bulan sejak pertama kali dibuka.
5) Kurangkan pendedahan berbahaya terhadap mata seperti wap panas, tempat berdebu, sinar UV dan benda lain yang berbahaya. Disarankan menggunakan kaca mata hitam dengan kemampuan melindungi mata dari sinar UV.
6) Pastikan anda membersihkan solekan pada bahagian mata sebelum tidur. Jika solekan tidak ditanggalkan dengan sempurna, sisa-sisanya akan tertinggal pada mata. Anda harus ingat, kulit bahagian mata amat lembut dan sensitif. Jika tidak dijaga dengan betul, ia boleh bertukar kehitaman atau dipenuhi bintik-bintik halus.
7) Jangan gunakan pelembap muka pada bahagian mata. Kandungan minyak dalam pelembap muka agak tinggi dan ia boleh mengakibatkan ‘oil seed’ di sekeliling zon mata. Sebaik-baiknya gunakan gel mata untuk merawat kulit mata yang lembut dan sensitif. Untuk hasil yang terbaik, gunakan gel mata yang mengandungi ekstrak timun, witch hazel dan pro vitamin B5.
LIKE jika anda suka dengan info ini
SHARE jika info ini berguna untuk rakan anda
Thursday, 3 March 2016
NAK RAMBUT SIHAT DAN PANJANG
► NAK RAMBUT SIHAT DAN PANJANG?◄
rambut panjang ni susah kan nak jaga... baru nak panjang sikit, dah asyik gugur, bercabang, kering, dan paling paling tak best bila berkelumumur.. sumpah stress ! bau pon xsedap.. werrkkk!
.
ok nak share tips penjagaan rambut ni... mesti orang pompuan suka.. kami pon suka sebab tu nak share.. happy day ya.. moga bermanfaat :)
*******************************
.
1. Sekiranya rambut anda rosak atau hujungnya bercabang, segeralah merapikan bahagian yang bercabang itu dengan memotongnya kerana ini merupakan langkah awal.
2. Jangan bersyampu setiap hari. Syampu boleh mengurangkan minyak semula jadi yang dihasilkan oleh rambut dan ia sangat berguna untuk zat rambut. Sekiranya anda tidak selesa kerana rambut mudah berbau, gunakan sedikit perapi agar rambut kembali wangi.
3. Gunakan produk-produk penataan rambut sesedikit mungkin. Contohnya gel, volumizer, serum, semburan rambut dan sebagainya. Penggunaan produk yang terlalu kerap boleh membuatkan rambut keras sehingga anda terpaksa memerlukan syampu untuk membersihkannya.
4. Minimumkan penggunaan peralatan yang panas seperti pengering rambut, pengeriting rambut dan pelurus rambut.
5. Gunakan sikat rambut untuk mengurut kulit kepala setiap malam. Lakukan gerakan memutar ke seluruh kulit kepala sekitar 15 minit.
Setelah itu, sikat rambut anda secara perlahan dari pangkal rambut sehingga ke hujung. Cara ini akan menyebarkan minyak semula jadi pada pangkal rambut ke seluruh rambut hingga ke hujungnya.
LIKE jika anda suka dengan info ini
SHARE jika info ini berguna untuk rakan anda
Subscribe to:
Posts (Atom)