10k nyawa melayang camtu aje sebab rokok... tak sedar-sedar lagi ker...?????
Assalamualaikum, Majoriti wanita sukakan lelaki yang TAK MEROKOK..! ni betul ye...
FAKTA...!!
Ramai isteri sangat suka sangat bangga jika suami tak merokok.. FAKTA...
Tak merokok dapat menjimatkan duit... FAKTA...
Merokok menyebabkan badan berbau, baju, dan seumpamanya berbau... FAKTA...
Alhamdulillahhh, mas dapat hb yang tak merokok, since sejak kenal dari bangku sekolah dulu memang die tak merokok.. hahahaa..(kembang sat naa)
my famili, majoriti yang lelaki nya merokok... bapak, arwah abang, adik lelaki, embah.. even my nenek jugak merokok... Bau rokok tu memang melekat kat baju.. Tapi kadang kala rindu bau tu... T_T
-------------------------------------------
Mesti ramai wife jugak, kalo boleh nak hb berhenti merokok.. sebab utama bau dan lebih sihat.. Tapi peninggg macam mana nak menghentikan hb merokok...
Bagaimana cara untuk berhenti dan membantu orang lain berhenti merokok?
Jawapannya
*************
Seseorang yang hendak berhenti merokok akan melalui 4 fasa dan perlu melakukan beberapa tindakan seperti berikut:
Fasa 1: Berfikir untuk berhenti merokok
Buat keputusan tegas bahawa anda benar-benar hendak meninggalkan tabiat merokok. Kuatkan tekad dan berjanjilah kepada diri sendiri yang anda bersungguh-sungguh akan berhenti merokok. Kenalpasti sebab-sebab utama mengapa anda hendak berhenti merokok. Tuliskan senarai sebab-sebab ini dan letakkan senarai tersebut di tempat yang mudah anda semak setiap kali anda merasa ingin merokok.
Fasa 2: Persediaan untuk berhenti merokok
Setelah memutuskan untuk berhenti, anda perlu membuat beberapa persediaan bagi memudahkan anda melaksanakan usaha dengan jayanya. Guna pendekatan CUKUP
C - Cari tarikh sesuai untuk berhenti merokok. Tarikh dan masa yang dipilih hendaklah dalam tempoh 2 minggu dari ketika anda mula meletakkan hasrat untuk berhenti. Jangan ambil masa terlalu lama kerana dibimbangi motivasi anda akan kian luntur.
U - Umumkan kepada anggota keluarga, kawan-kawan dan rakan sekerja anda tentang hasrat anda untuk berhenti merokok. Dapatkan sokongan dan bantuan mereka, dengan demikian usaha anda menempoh proses berhenti merokok akan turut dikongsi oleh orang yang hampir dengan anda.
K - Kenalpasti cabaran-cabaran yang bakal anda hadapi dan buat perancangan untuk mengatasi setiap cabaran itu. Ketahuilah bahawa bulan pertama adalah tempoh yang paling mencabar. Ramai perokok yang cuba berhenti kembali merokok semula dalam tempoh 3 bulan kerana gagal mengatasi tekanan dan rasa gian. Rangkakan kaedah tentang bagaimana anda patut menentang keinginan untuk merokok.
U - Urus dan bersihkan persekitaran anda (di rumah, kereta dan tempat kerja) dari semua bahan dan peralatan yang ada hubungkait dengan tabiat merokok seperti rokok, pemetik api, bekas habuk rokok. Perkara-perkara ini boleh mengingat dan mendorang anda untuk merokok.
P - Perbincangkan tentang kaedah terbaik untuk berhenti merokok dengan doktor atau anggota kesihatan. Walaupun ramai bekas perokok telah berhenti tanpa menggunakan rawatan ubat, namun ia tetap merupakan satu pilihan yang boleh membantu anda. Anda juga boleh hubungi talian berhenti merokok Kementerian Kesihatan (03-88834400) untuk mendapatkan maklumat berhenti merokok.
Fasa 3: Berhenti merokok
Tiba hari yang ditetapkan untuk anda berhenti merokok, sekali lagi ingatkan keluarga dan rakan-rakan anda bahawa anda mula berhenti merokok pada hari ini. Jangan malu untuk minta sokongan dan bantuan mereka agar anda berjaya berhenti merokok.
Jika anda menggunakan ubat, teruskan rawatan menurut cara pengambilan yang telah ditetapkan. Ikut nasihat doktor atau anggota kesihatan yang memberi rawatan itu kepada anda. Sibukkan diri dengan melakukan hal-hal berfaedah. Penuhi masa terluang anda di tempat-tempat yang diwartakan sebagai kawasan larangan merokok. Sekiranya anda inginkan sesuatu dicelah jari atau bibir anda, gantikannya dengan memegang benda selain rokok, seperti pensel atau lobak merah (carrot stick).
Anda dicadangkan mengamal kaedah 12 'M' untuk mengatasi rasa gian.
Melengah-legahkan tindakbalas ke atas keinginan merokok seperti melambatkan masa mencari rokok atau menyalakan rokok..
Menarik nafas panjang - tiga kali secara perlahan-lahan sekiranya datang keinginan untuk merokok
Minum air kosong dengan banyak dan jangan sekali-kali minum air berkafein seperti kopi atau teh kerana ia akan meningkatkan keinginan untuk merokok
Membuat sesuatu - seperti aktiviti lain yang boleh mengalih perhatian anda daripada berfikir hendak merokok
Mengunyah sesuatu - seperti gum, lobak merah, buah-buahan dsb. Elakkan benda manis seperti gula-gula
Mandi - seberapa kerap apabila didatangi keinginan merokok
Membasuh tangan - seberapa kerap apabila didatangi keinginan merokok
Melakukan senaman regangan - sekiranya anda mengantuk kerana tidak merokok
Memohon doa/ Meditasi - untuk kuatkan azam dan usaha agar berjaya berhenti merokok
Menjauhkan diri - daripada perokok atau kawan-kawan yang kerap merokok
Mengelakkan diri - daripada rasa bosan atau situasi yang mendorong kepada merokok
Menginsafi - dan merujuk kembali sebab mengapa anda hendak berhenti merokok
Ketahui tentang kebaikkan berhenti merokok. Proses pemulihan tubuh bermula dalam tempoh 20 minit selepas anda menghisap rokok anda yang terakhir.
Fasa 4: Kekal tidak merokok
Letakkan sepenuh tekad dan keyakinan anda untuk kekalkan sebagai bekas perokok. Anda seharusnya merasa hebat dan bangga kerana telah berjaya sampai diperingkat ini, jadi mengapa tidak teruskan sahaja.
Sentiasalah beringat dan berhati-hati kerana ancaman untuk kembali merokok selalu ada. Kehadiran anda bersama orang-orang di tempat-tempat dan acara-acara tertentu boleh merangsang keinginan anda untuk merokok semula, walaupun selepas beberapa tahun. Sebab itu janganlah sama sekali dihisap rokok itu tak kira berapa lama anda telah meninggalkan tabiat merokok.
********************************************
Mas nak sharekan testi perokok tegar yang berusaha untuk berhenti merokok... Mas tahu, my readers majoriti wanita, para isteri.. dan para isteri ni lah yang surver untuk suami tersayang... Hopefully membantu ye..
Merokok, bawak lebih banyak keburukkan dari kebaikan... Berhentilah untuk orang tersayanggg...
Setiap hari kita berdepan dengan asap rokok melainkan kat dalam umah tak perokok dan kita tak keluar rumah...!!!
Moga ia membantu mereka yang mencari uasaha untuk menghentikan tabiat merokok...
we may not get a second chance with our health
Dont wait for a wake up call to make up the right choices
Kawan- kawan sekalian yg berhajat nak beli direct supplement shaklee ni di hq or branches
boleh guna id saya...
boleh guna id saya...
Shaklee id; 869907
Name ; Masharyana Mashuri
Hp ; 016-6810844
Hq shaklee
Penang branch - pusat bandar seberang jaya
Ipoh branch - bandar ipoh raya
Jb branch- taman molek
Kl branch- Sri rampai
Kota bharu branch-section 25, jln sultan yahya petra
Kota kinabalu branch- neutron point
pergi ke branches or HQ , buy product & inform my id :869907
SEDANG & INGIN MENCARI SIDE INCOME..??? HANYA DARI RUMAH..
Hubungi Saya segera,
Sekian terima kasih... Boleh pm sy untuk maklumat lanjut..
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya SMS/WhatsApp| add saya
di FB Za Fair (Mas Masya) untuk konsultasi percuma & LIKE fanpageZa Fair's Supplement untuk tips kesihatan/kecantikan
Vivix ni mmg terbaik!
ReplyDelete