Wednesday, 25 July 2012

Baby blues, Postpartum Depression (PPD), Gila Meroyan




“Baby blues” adalah sebahagian daripada PPD tetapi hanya untuk jangka pendek yang merupakan perasaan tertekan setelah mengalami pengalaman bersalin yang  beremosi. Postpartum Depression (PPD) adalah lebih teruk dan berlarutan dalam jangka masa panjang.

Antara symptom yang dihadapi adalah :
(1) Berada di dalam keadaan sedih atau menangis secara tiba-tiba
(2) Tidak berasa gembira dengan perkara yang selalunya menggembirakan anda
(3) Perubahan tingkah laku dan insomnia
(4) Kurang daya tumpu
(5) Perasaan rendah diri
(6) Berfikir / bertindak membahayakan diri sendiri atau bayi
(7) Keletihan

Wanita yang menghadapi masalah ini memerlukan perhatian dan sokongan daripada suami serta keluarga setiap hari. Mereka mudah tersinggung dan setiap perbuatan serta perkataan yang dikeluarkan perlu menjaga perasaan mereka.

Tips untuk mengelakkan masalah PPD
(1)   Dapatkan bantuan daripada Suami, keluarga serta rakan untuk menjaga bayi semasa di rumah
(2)   Jangan pendamkan perasaan. Kongsikan bersama orang terdekat
(3)   Jangan lakukan perubahan besar semasa mengandung atau sejurus selepas bersalin
(4)   Jangan cuba lakukan terlalu banyak perkara atau cuba menjadi perfectionist
(5)   Luangkan masa untuk keluar melawat rakan-rakan atau masa sendiri bersama Suami
(6)   Rehat seboleh mungkin. Tidur semasa bayi tidur.
(7)   Berbual dengan ibu-ibu lain atau menyertai kumpulan sokongan.
-----------------------------------------------------------------------------------


Omega-3 & Postpartum Depression (PPD)
Anda boleh mengurangkan risiko PPD dengan mengambil supplement OMEGA-3 secara aktif semasa HAMIL. 
Kekurangan omega-3 bukan sahaja akan mengosongkan Neuroprotective, malah mengganggu stamina untuk melawan kemurungan di awal kelahiran bayi. Ianya juga akan membantutkan perkembangan otak bayi.

Pengambilan Omega-3 selepas bersalin menjadi lebih penting. Penyusuan juga dapat memberikan perlindungan daripada masalah PPD.

berminat? nak tahu lebih lanjut?

__________________________________________
Sila hubungi / SMS saya di 016-6810844| edmas077@yahoo.com utk sebarang pertanyaan |pesanan

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit**

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...