Wednesday, 25 April 2012

LETIH + PENAT + TENSION = MIGRAN

Assalamualaikum.... SAKIT KEPALA a.k.a MIGRAN sape yang tahu?? dulu saya pon xtau.. amik peduli pon sakit ni.. kadang2 tu konfius.. hahahaha..  betape ceteknya ilmu pengetahuan saya ni... tapi sekarang setelah semakin dewasa n matang.. saya tau da sket2 mengenai penyakit ni... tu pon ada cite disebaliknye,.... I SHOULD KNOW!!  Lately my sayang slalu ngadu sakit kepala.. so, saya suruh j telan panadol n rehat o tido j... ye la ikut kat iklan tu... dapat melegakan sakit kepala... tipu j! Opss!!! jgn saman.. heheheh tapi ni fakta n terbukti ok! tapi tanggapan saya tu meleset.. sakit xhilang TAPI makin sakit pulak yang dapat... kecian die.. rase bersalah pulak... kan da dilabel x take care!! saya perasan if die da start sakit kepala tu.. semua kerja yang dibuat xmenjadi... even nk g kedai carik barang pon lau time tu da sakit bole lupa nk beli p... mula la jd tension.. huhuuhu.... k here i have some knowledge y kite bole share bersame-same...

Jenis-jenis migrain yang utama



 - Classic migraine
Lebih kurang 10% hingga 15% pesakit migrain mengalami migrain jenis ini. 10 hingga 30 minit sebelum berlakunya migrain, tanda-tanda awal (warning) berlaku. Tanda-tanda ini dikenali sebagai aura atau prodrome dan ia berlaku selama 5 - 15 minit. Tanda-tanda aura ini adalah seperti berikut: terlihat cahaya terang (bright spots), garisan zigzag (zigzag lines), penglihatan berganda (double vision), buta sementara (temporary blindness), kebas (numbness), kepala terasa berpusing (dizziness), pening (drowsiness), sukar bercakap (slurred speech) dan keliru (confusion). Selepas tanda-tanda ini hilang, migrain mula menyerang.
Aura dikatakan disebabkan oleh saluran darah yang menghantar darah ke otak dan tisu sekelilingnya mengecil sementara, jadi menghad penghantaran darah ke bahagian tersebut. Ini menyebabkan gangguan pada saraf rasa dan pengawalan motor. Bagaimanapun ada juga yang mengatakan bahawa aura bermula di sistem saraf – satu fenomena yang dikenali sebagai “spreading depression of the cortex”. Ada kajian yang menunjukkan bahawa pengaliran darah hanya bertambah beberapa jam selepas aura terjadi dan sakit kepala bermula.

2 - Common migraine
Tanpa amaran awal terlebih dahulu seperti classic migrain. Lebih biasa terjadi.


Sebab-sebab terjadinya migrain
Ia berlaku bila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat. Migrain juga dikaitkan dengan proses pembengkakan (inflammasi). Kenapa ia berlaku sedemikian masih belum dikenalpasti secara jelas. Bagaimanapun, beberapa perkara penting yang menyebabkan fenomena ini berlaku adalah seperti yang dinyatakan di bawah:

KETURUNAN
Saluran darah individu tertentu tidak begitu sensitif kepada kesan-kesan penyejukan (effect of cooling). Membran platlet pula tidak mampu mengekalkan serotonin dengan effektif (serotonin adalah bahan kimia dalaman yang boleh mengecutkan saluran darah).

PEMAKANAN
Makanan yang mengandungi monosodium glutamate MSG (seperti Ajinomoto), cheese, nitrate, coklat, kekacang, alkohol dan aspartame boleh menyebabkan migrain. Ada antara makanan ini yang mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh bertindak mengembangkan saluran darah, jadi menyebabkan migrain.

Kemungkinan juga makanan ini menyebabkan reaksi allergik yang akan menyebabkan migrain.

Diet yang menurunkan kandungan gula dalam darah mungkin menyebabkan migrain.Ini kerana kandungan gula yang rendah menyebabkan saluran darah mengembang.


Tidak makan atau lambat makan mengikut waktu juga boleh menyebabkan terjadinya migrain. 

Orang yang kerap meminum minuman yang mengandungi kaffein seperti kopi, teh, nescafe, coca-cola dsb selalu menghadapi “caffeine withdrawal syndrom” bila mereka cuba menghentikan tabiat mereka secara mendadak. Sindrom ini sama dengan migrain. Ini adalah kerana kaffein menyempitkan saluran darah, dan pemberhentiannya akan menyebabkan saluran darah mengembang.



HORMON
Turun naik hormon wanita, oestrogen, dikaitkan dengan kejadian migrain. Migrain mungkin tidak disebabkan oleh oestrogen secaraterus, tetapi disebabkan oleh paras oestrogen yang tidak menentu naik dan turun:

Mengandung. Selalunya kejadian menurun semasa mengandung.

Haid. Ramai wanita yang mengalami migrain sebelum, semasa dan selepas datang haid. (betul la, saya datang hiad hari sabtu)

Pil perancang. Ada pil perancang yang mengandungi oestrogen. Ini boleh menyebabkan migrain.

Menopause (putus haid). HRT (hormone replacement therapy) yang menggunakan hormon termasuk oestrogen menyebabkan mereka yang mengambilnya mengalami migrain.
Cara hidup

Berlaku pertukaran dalam masa tidur dan jaga. Terlebih atau terkurang tidur juga menyebabkan migrain. (tido lambat, bangun awal...)

Pemakanan yang tidak teratur (lihat di atas).

PENGAMBILAN UBAT
- Ubat yang menyebabkan saluran darah mengembang boleh menyebabkan migrain. Begitu juga dengan beberapa persediaan herba seperti yang mengandungi ginkgo biloba.Penggunaan berlebihan ubat migrain juga boleh menyebabkan migrain. (ubat diet saya makan sekarang, mungkin ada kesan )


SEBAB LAIN

Perubahan cuaca.

Cuaca terang matahari atau lampu. (betul.....)

Bunyi bising yang kuat. Bau yang kuat. (betul.....)

Menonton tv, memandang skrin komputer dengan lama. (betul.....)

Stress dan tekanan emosi. Sesetengah orang mengalami migrain selepas menghadapi tekanan emosi dan sesetengahnya semasa menghadapi tekanan emosi. (tensionnnnn)

Jantina. Perempuan lebih kerap (tiga hingga empat kali lebih kerap berbanding lelaki).

Merokok.



TEORI MENGENAI MIGRAIN

Teori tentang migrain disebabkan oleh pengembangan saluran darah sahaja tidak boleh dibuktikan sepenuhnya. Ada yang menyangkalnya dengan bertanya sekiranya teori di atas betul, kenapa migrain berlaku di sebelah kepala sahaja.

Saraf (nervous system) bertindak balas terhadap perkara-perkara yang menyebabkan migrain seperti stress. Ini menyebabkan spasm disaluran darah yang kaya dengan saraf seperti arteri di tapak otak kepala. Spasm ini menutup atau mengecilkan beberapa saluran arteri yang membekalkan darah ke otak.

Apabila ini berlaku, pengaliran darah ke otak berkurangan. Pada masa yang sama, platlet (partikel yang berfungsi mengawal pembekuan darah) melekat antara satu sama lain dan ini menyebabkan bahan kimia serotonin dikeluarkan oleh badan. Serotonin ini mengecilkan lagi saluran darah arteri – jadi mengurangkan lagi bekalan darah ke otak.

Pengurangan pengaliran darah ke otak ini menyebabkan bekalan oksigen ke otak berkurangan. Itulah sebabnya tanda-tandanya seperti pendengaran dan percakapan yang terganggu sama seperti tanda-tanda orang yang kena strok (angin ahmar).

Bila bekalan oksigen berkurangan, ada saluran darah arteri yang membuka lebih luas untuk memenuhi permintaan tenaga daripada otak. Pembesaran saluran darah arteri ini mengeluarkan bahan yang menyebabkan kesakitan iaitu prostaglandins daripada tisu-tisu dan sel-sel darah. Bahan-bahan yang menyebabkan inflamasi (pembengkakan) seperti neuropeptides dan yang menyebabkan meningkatnya sensitiviti kepada rasa sakit juga dikeluarkan. Bahan-bahan ini dan juga menyebabkan pengembangan saluran darah arteri menyebabkan terjadinya migrain.


JENIS-JENIS MIGRAN

Hemiplegicmigraine – rasa lemah sebelah badan. Gene yang berkaitan dengan familial hemiplegic migraine ini boleh dikenalpasti.

Ophtalmoplegicmigraine – sekeliling mata.

Basilarartery migraine – berlaku gangguan di saluran darah arteri ke otak yang utama.

Benign exertional headache – disebabkan aktivit-aktiviti seperti berlari, batuk, bersin.

Status migraine – berlaku sehingga 72 jam atau lebih. Kesakitan yang dirasa sangat teruk.
Headache-free migraine – tidak sakit kepala, tetapi pening, masalah penglihatan, sembelit, cirit-birit.

*********************************************************************************


Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain.

Kenapa supplement lebih baik dari ubat? Kerana ia diperbuat daripada bahan makanan, dan merupakan ekstrak daripada makanan2 yang membekalkan nutrient harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah dan sebagainya.

Supplement/vitamin untuk migrain:


Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium.  Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.



B Complex

Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang mograin, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.

Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya. Dan timbangkan tentang mengambil vitamin/supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.



jangan biarkan migrain  menganggu aktiviti harian anda... cepat buat keputusan untuk hari esok yang lebih baik..

TESTEMONI

Credit to KEDAI TRIPLE S , mcna



da bersedia untuk tinggalkan migrain a.k.a sakit kepala ni???

*** SPECIAL PRICE & FREE CONSULTATION***
memang bebaloi-baloi
kepada yang berminat boleh la

PM/EMAIL/SMS
mas
ke
edmas077@yahoo.com /  016-6810844

I'm a Shaklee Independent Distributor

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...