Showing posts with label HB LOW. Show all posts
Showing posts with label HB LOW. Show all posts

Thursday, 14 November 2013

TEKANAN DARAH RENDAH / BH LOW DIKALANGAN IBU HAMIL

RASA letih, tidak sihat, emosi mudah terganggu dan tubuh lemah sering berlaku pada kebanyakan wanita mengandung hingga mereka terlepas pandang dan menganggap ia perkara normal sehingga ia tidak diberikan perhatian serius.
Mereka mengabaikan gejala yang dialami kerana menganggap semua itu adalah kesan akibat perubahan hormon dalam badan, namun sebenarnya bagi seorang daripada tiga wanita, masalah terbabit boleh menandakan gangguan yang lebih serius iaitu anemia atau kekurangan sel darah merah akibat tidak mendapat zat besi secukupnya.
Memandangkan seorang daripada tiga wanita mengandung mengalami masalah kekurangan zat besi, keadaan itu lebih lazim berlaku daripada yang disangka.

Walaupun masalah kesihatan itu bukan normal, tetapi ia sering tidak diperiksa atau dirawat menyebabkan ramai ibu dan bayi mengalami kesan kesihatan dalam jangka panjang.


Pakar Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Premitha Damodaran, berkata ramai masih tidak tahu masalah kekurangan zat besi yang serius adalah merbahaya dan ia boleh menyebabkan masalah kesihatan serius bukan saja kepada ibu, tetapi turut memberi kesan pada bayi yang dikandungnya.

Beliau berkata, wanita bukan saja perlu mengambil zat besi yang cukup semasa mengandung, tetapi ia juga penting sebelum proses mendapatkan zuriat. Kepentingan zat besi semakin bertambah selepas melahirkan anak dan sepanjang tempoh menyusukan anak.

“Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan untuk memastikan kelangsungan hidup.

“Oleh itu, wanita yang menghadapi risiko anemia perlu merancang dan menjaga diri ketika hamil serta selepas melahirkan anak dengan mengawasi kandungan darah mereka.

“Apabila bilangan sel darah merah kurang daripada normal (12 hingga 15mg/dl) wanita menghadapi risiko mengalami jenis anemia yang paling umum iaitu anemia kekurangan zat besi,” katanya.

Menurutnya, kekurangan zat besi dalam badan berpunca daripada diet yang tidak cukup zat besi, penyerapan rendah oleh badan, kesan sampingan ubat tertentu, keadaan genetik, kehilangan darah teruk dan kehamilan.

Wanita hamil memerlukan zat besi tambahan untuk menghasilkan lebih banyak darah bagi menyokong keperluan khasiat pemakanan diri sendiri dan juga tumbesaran bayi mereka.

Katanya, dianggarkan wanita memerlukan kira-kira 50 peratus lebih banyak zat besi ketika hamil iaitu pertambahan jumlah daripada 15mg/dl kepada 27mg/dl sehari.

“Malangnya, ramai wanita memulakan kehamilan tanpa mempunyai simpanan zat besi secukupnya untuk memenuhi permintaan lebih tinggi badan terhadap mineral itu, menyebabkan anemia kekurangan zat besi yang berlanjutan berlaku sehingga selepas melahirkan anak,” katanya.

Antara wanita yang berisiko mengalami anemia kekurangan zat besi selepas bersalin ialah:


*Wanita yang disahkan menghidap anemia kekurangan besi semasa hamil
*Wanita yang mengalami kehilangan darah berlebihan semasa melahirkan anak
*Wanita yang sudah beberapa kali melahirkan anak
*Ibu yang menyusukan bayinya


Bagaimana hendak mengetahui jika seseorang wanita itu mengalami anemia? 
Antara gejala anemia yang sering dilaporkan ialah pucat, letih, lesu, sesak nafas dan jantung berdegup laju.

Katanya, anemia ketika hamil dan selepas melahirkan anak sering dikaitkan dengan komplikasi kehamilan yang serius seperti keguguran, kelahiran pramatang, saiz bayi yang kecil, koma dan paling membimbangkan ialah kemungkinan ibu meninggal dunia.

Anemia ketika hamil boleh dikesan dengan penentuan tahap hemoglobin dalam darah melalui ujian darah.

Sebelum merancang untuk mengandung, wanita juga digalakkan berjumpa doktor dan menilai tahap hemoglobin dalam darah namun malangnya, kebanyakan wanita hanya berjumpa doktor apabila sudah mengandung dan ketika ujian darah dijalankan, mereka sudah pun didapati mengalami anemia ringan.

Wanita hamil yang mempunyai kepekatan darah lebih 11g/dl adalah normal manakala yang mencatat 9 hingga 11g/dl menunjukkan masalah anemia ringan, 7 hingga 8.9g/dl pula anemia sederhana dan bacaan kurang daripada 7.0 mengalami masalah anemia tahap teruk.

Dalam keadaan lebih serius, rawatan perubatan diperlukan memandangkan kumpulan wanita hamil itu menghadapi risiko kelahiran bayi pramatang dan mendapatkan bayi dengan berat badan rendah ketika dilahirkan.

Menurut Dr Premitha, tahap keterukan dan punca anemia menentukan terapi yang akan disyorkan oleh doktor, selain pesakit perlu membuat serba sedikit perubahan gaya hidup dan pemakanan.

Bagi menambah bekalan zat besi ketika proses mendapatkan zuriat, semasa hamil dan menyusukan bayi, 
Dr Premitha menyarankan meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayur berdaun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai, labu, bijan dan tauhu.

“Dalam kebanyakan kes,  
doktor mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia. 
Pilih rumusan besi yang boleh diterima oleh badan kerana ia penting untuk memulihkan kekurangan hemoglobin dan mengoptimumkan penyerapan zat besi, membantu wanita menangani anemia semasa hamil dan juga mengurangkan kesan sampingan seperti sembelit.

“Wanita yang menghadapi risiko anemia juga boleh mempertimbangkan pilihan zat besi tambahan dengan salutan perasa untuk melindungi rasa logam,” katanya.

Selain itu, bagi meningkatkan keberkesanan terapi zat besi, 
ibu disyorkan mengambil zat besi, folat, kuprum dan zink tambahan bersama makanan untuk mengurangkan kesan rencatan.

Vitamin C tambahan disyorkan diambil bersama makanan kerana diketahui meningkatkan serapan zat besi manakala teh dan kopi mengurangkan serapan zat besi jika diambil satu atau dua jam sebelum mengambil zat besi tambahan.

Kalsium tambahan pula disyorkan diambil secara berasingan daripada zat besi, contohnya sebelum tidur, untuk mengurangkan rencatan kepada penyerapan zat besi.

Menurut Dr Premitha, wanita perlu terus mengambil makanan kaya dengan zat besi dan pemakanan tambahan sehingga mereka berhenti menyusukan bayi atau selama enam bulan selepas melahirkan anak, yang mana lebih lewat.

Katanya, dalam kes anemia serius dan mengancam nyawa, wanita mungkin perlu dimasukkan ke hospital, diberikan pemindahan darah atau suntikan zat besi.

“Wanita hendaklah sentiasa memastikan kesihatan mereka dengan melakukan ujian darah apabila merancang untuk hamil, semasa hamil dan empat hingga enam minggu selepas melahirkan anak.

“Mereka boleh mengekalkan kecergasan masing-masing dengan mengambil jumlah zat besi yang secukupnya daripada makanan dan pemakanan tambahan yang membantu meningkatkan paras hemoglobin darah.

“Mereka dinasihatkan mendapatkan bantuan perubatan serta-merta jika terdapat simptom kekurangan zat besi,” katanya.


Memahami anemia dan kehamilan

*Wanita hamil memerlukan 50 peratus lebih banyak zat besi.

*Golongan berisiko adalah wanita yang pernah disahkan menghidap anemia ketika kehamilan terdahulu, pernah mengalami kehilangan darah berlebihan semasa melahirkan anak, wanita yang sudah melahirkan anak beberapa kali dan ibu yang sedang menyusukan bayi.

Gejala dan kesan anemia terhadap kehamilan

Gejala anemia adalah pucat, letih, lesu, sesak nafas dan jantung berdegup laju.
Risiko keguguran, kelahiran pramatang, bayi kecil, koma serta peningkatan kebarangkalian ibu meninggal dunia.

SHAKLEE offer Vitamin untuk untuk menambah zat besi yang harus anda cuba...

 Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki.  Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindungan

Pakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh.  Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang. Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.

Penggunaan harian, Vita-Lea boleh:
Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh*

Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata*

Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi*

Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas*


Siapa yang perlukan Vita-Lea?

Secara umumnya Vita-Lea amat bagus untuk dimakan oleh setiap orang.  Ini kerana kandungan Vitamin di dalam Vita-Lea yang merangkumi hampir seluruh badan. 
Antara vitamin yang terdapat dalam Vita-Lea:

Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat*
Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi*
Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi*
Kalsium - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot*
Boron - Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang*
Magnasium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung*
Biotin - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak*

Lain-lain - Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet*

Para ibu di sarankan mengambil set kehamilan shaklee untuk hasil yang lebih baik.. serta lengkap dengan nutrisi...


Anda juga boleh ketahui makanan yang perlu di ambil untuk menambah zat besi --> makanan untuk kawal tekanan darah rendah 

semoga bermanfaat :)

Masharyana | edmas077@yahoo.com | 016-6810844 | shaklee id 869907 | KLANG / SEKINCHAN


Wednesday, 2 October 2013

MAKANAN HARIAN YANG MEMBANTU TAMBAH DARAH (HB LOW

entry ni xd photo...xd pic.. harap maklum.. TAPI PENUH DENGAN INFO BERGUNA....

 Badan tak bermaya.. selalu rasa nak pitam, pengsan... pucat...Rasa letih lesu dan tidak bermaya..Sentiasa rasa pening.... Rasa pitam blla bangun...  Kebas kaki dan tangán.... Rasa mengah dan berdebar-debar.... Degupan jantung cepat...Makanan Semulajadi.. Tu adalah TANDA-TANDA ANDA KURANG DARAH...HB LOW..

Bagi anda yang mengalami masalah ini, anda mungkin bole cuba meningkatkan makanan yang dipercayai kaya dengan zat besi yang diperlukan dalam proses pembentukan Haemoglobin. Berikut adalah makanan yang dipercayai membantu proses tambah darah :

    Hati Lembu
    Hati Ayam
    Daging Merah
    Kerang
    Tiram
    Kepah
    Sayur Bayam
    Brokoli
    Tauhu
    Tempe
    Kacang Peas
    Kacang Badam
    Kacang Gajus
    Kuaci Bunga Matahari
    Buah Kurma
    Buah Tin (Aprikot Kering)
    Buah Zaitun
    Kismis
    Buah Prune
    Beras Perang
    Gula Merah (Gula Tebu)
    Ikan Sardin
    Ikan Tongkol
    Telur
    Teh Roiboos
    Susu
    Spirulina
    Bijirin
    Roti Gandum Penuh
    Keju


Sebenarnya, makanan yang disarankan untuk individu yang mempunyai anemia ialah makanan yang kaya dengan asid folik, zat besi dan vitamin B12 seperti yang terkandung dalam makanan yang disenaraikan di atas. Kebiasaannya pesakit anemia atau ibu mengandung yang mempunyai bilangan haemoglobin yang rendah disarankan mengambil ubat-ubatan atau pil vitamin seperti multivitamin, zat besi, asid folik dan B-Complex yang boleh membantu mengatasi masalah ini.
TAPI MAKE SURE JANGAN  BANYAK SANGAT MAKAN MAKANAN ORGAN DALAMAN...

Suplemen Semulajadi

Macamana produk Shaklee boleh mambantu? Suplemen Shaklee dijamin 100% semulajadi dan selamat dimakan oleh ibu mengandung DAN SESIAPA SAHAJA. Amalkan pengambilan Pregnancy Set yang membantu seperti berikut :

    Multivitamin : 
 Membekalkan keperluan asas kesemua 12 jenis vitamin dan 9 mineral yang diperlukan tubuh dengan tambahan zat besi. Zat besi (iron) adalah sangat penting dalam pembentukan sel darah merah
    B-Complex :
 Mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang diperlukan badan manusia. Asid folik juga penting dalam pembentukan sel darah anda
    Vitamin C : 
Membantu meningkatkan penyerapan iron dari makanan dan suplemen anda


AKIBAT KURANG DARAH KESAN KEPADA IBU

    Mudah mendapat jangkitan........ Jika berlaku pendarahan, keadaan akan lebih mudaraT...Mudah mendapat penyakit lemah jantung...Kematian ibu

KESAN KEPADA ANAK AKIBAT KURANG DARAH YANG TERUK

    Keguguran......Pembesaran janin terbantut....... Anak lahir tidak cukup bulan....Anak lahir kurang berat badán....Anak mati dalam perut

 MOMS... jangan amil mudah dan jangan amik ringan perkara ni ye.. Jika anda Dah Disahkalan preggy.. cepat-cepat dapatkan vitamin yang sesuai.. sekurang-kurang 3 jenis yang di atas.. supaya kandungan dan ibu selamat..! 

pesanan ini untuk diri sendiri jugak.. :)))

Masharyana | edmas077@yahoo.com | 016-6810844 | shaklee id 869907 | KLANG / SEKINCHAN

Thursday, 11 July 2013

Kekurangan Hb SEMASA Hamil Boleh Membawa MAUT Jika Dibiarkan!

Assalamualaikum.. syukur alhamdulillah hari ni dah berpuasa untuk hari ke-2 dengan jayanya... TAPI TAK KETINGGALAN RAMAI ibu-ibu yang dah terasa nak pengsan bagai sebab nak tahankan berpuasa... besarrr pahalanya tu.. insyallahhh....

Sebelum saya berbicara dengan lebih lanjut mengenai Masalah Kekurangan Hb Sewaktu Hamil...di sini saya ingin kongsikan carta atau tahap-tahap anemia untuk rujukan kita bersama ya:



< 6.9 : SANGAT TERUK
6.9- 8.0: TERUK
8.0-9.5: SEDERHANA
9.5-10.5: RINGAN

Masalah Hb Rendah Sewaktu Hamil Boleh Mengancam Nyawa

Di manakah tahap anda? Sewaktu anda telah disahkan hamil, doktor anda akan mengambil darah anda bagi menentukan tahap anemia anda untuk memastikan anda dan kandungan anda berada di tahap yang stabil. Sekiranya tahap anemia anda adalah di bawah 10 pun anda sepatutnya sudah mula mengambil berat mengenai keadaan tersebut. Jangan dibiarkan sehingga tahap anemia anda boleh turun lagi sehingga di bawah 6.9 yang seterusnya boleh mengundang bahaya buat kandungan anda mahupun diri anda sendiri.

Tetapi mungkin ada di antara anda yang masih tidak berapa tahu mengenai Hemoglobin (Hb) dan fungsi sebenar Hb dalam darah kita. Jangan risau, saya akan cuba huraikan di dalam entri ini ya....

Apakah itu Hemoglobin (Hb) dan apakah pula fungsinya??


Hemoglobin (Hb) merupakan molekul protein dalam sel darah merah yang kemudiannya akan bergabung dengan Oksigen dan Karbon Dioksida untuk diangkut ke seluruh tisu-tisu dan organ dalam badan kita melalui sistem peredaran darah. Warna merah darah terhasil daripada ion besi Fe2+ di dalam Hb.

Anemia terjadi apabila Hb di dalam darah berkurangan dan menyebabkan Oksigen serta Karbon Dioksida tidak dapat untuk diangkut ke seluruh tubuh badan dan seterusnya boleh melumpuhkan sistem badan kita. Oleh itu, masalah kurang Hb tidak boleh dipandang remeh lebih-lebih lagi jika anda hamil!

Apakah Tanda Anda Kekurangan Hb??

    Cepat merasa letih dan sering pitam
    Kelihatan Pucat
    Sukar Bernafas/ Sesak Nafas
    Sering merasa loya
    Sering merasa berdebar --- kadar degupan jantung laju
    Mudah pening dan sakit kepala
    Mudah lupa


Apakah Punca yang boleh menyebabkan Kekurangan Hb@Anemia??


    Kurang pengambilan zat besi (iron) dan asid folik dalam diet harian
    Mengalami kehilangan darah yg banyak (seperti buasir atau ketika haid)
    Menghidapi Thalassemia
    Ibu yang kerap bersalin (jarak antara anak dekat)
    Menghidapi penyakit seperti Malaria dan penyakit barah


Masalah anemia atau kekurangan Hb ini Tersangat BAHAYA kepada Ibu dan Bayi dan tidak boleh dipandang remeh kerana dikhuatiri boleh menyebabkan keadaan berikut:

Kesan Kepada Ibu:

    Boleh mengalami tumpah darah
    Tekanan darah tinggi (pre-eklampsia)
    Keguguran
    Kematian


Kesan Kepada Bayi di Dalam Kandungan:

    Kematian Janin
    Kelahiran bayi tidak cukup bulan
    Kelahiran bayi yg kurang berat badan


TIPS Mengatasi Masalah Hb Rendah:


    -->Dapatkan rehat serta tidur yang mencukupi
    --> Pastikan makan makanan dengan diet harian seperti sayur-sayuran hijau, biji-bijian, daging merah, hati dan lain-lain yang tinggi dengan zat besi
    --> Boleh ikhtiar dengan mengambil 2 biji Vitalea Shaklee setiap hari. 

[Vitalea dilengkapi dengan formulasi zat besi dan jika ambil vitalea tidak perlu ambil obimin lagi]   -->  Elakkan dari mengambil Zat Besi bersama Kalsium kerana Kalsium akan menganggu pengambilan zat besi yg maksimum.
   -->  Pengambilan sumber asid folat (asid folik) akan membantu mengekalkan paras Hb yg normal di dalam badan. Asid Folik boleh diperolehi dari Vitalea dan B complex Shaklee.


Oleh itu, bagi mama yg sedang hamil, sangat-sangat dicadangkan Set Kehamilan  yang terdiri dari kombinasi suplemen Shaklee seperti:

 



Ibu Hamil Lebih bertenaga dan bantu masalah Hb rendah



Set J-1 (untuk Trimester 1)
1. Vitalea
2. B Complex
3. Sustained Release Vita C Plus
4. Ostematrix (Kalsium)



Set J-2 (untuk Trimester 2 & 3)
1. Vitalea
2. B Complex
3. Sustained Release Vita C Plus
4. Ostematrix (Kalsium)
5. Omega Guard (Minyak Ikan)


Alhamdulillah, Set Kehamilan ini telah banyak membantu ibu-ibu yang hamil serta ibu yang mengalami masalah kekurangan Hb. Syukur di atas keizinan yang telah Allah berikan. Apa pun kita harus sentiasa berikhtiar dan bertawakal kepada Allah.

Masharyana | edmas077@yahoo.com | 016-6810844 | shaklee id 869907 | klang / sekinchan



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...