Showing posts with label DESSERT. Show all posts
Showing posts with label DESSERT. Show all posts

Saturday, 11 April 2015

Puding Castard Fruit Cocktail

Simple dan mudah untuk di sediakan


1 cawan tepung castard
5 cawan air ( dah termasuk air fruit cocktail )
5 sudu besar gula pasir
Cara2 nya :
Tapis fruit cocktail
Ambil airnya jadikan 5 cawan
Bancuh air tadi dengan tepung castard dan masukan gula
Kacau atas api perlahan hingga masak dan berkilat
Tuang dalam acuan yang disukai
Sejukan sebelum dimakan dengan kuahnya.
Kuahnya :
1 tin susu cair
1/2 cawan gula
2 helai daun pandan
Campur semua bahan2
Kemudian dipanaskan atas dapur hingga naik wap ( jangan dimasak hingga mendidih ye )
Jika suka kuahnya lebih bolihlah digandakan
Sedap dimakan bersama fruit cocktail

Tuesday, 7 April 2015

VICTORIA SPONGE SANDWICH CAKE





Mari mencuba :)




BAHAN BAHAN
(loyang 8 inci)

Sponge Cake
------------------
250g unsalted butter (better guna yg berkualiti utk rasa lbh sdp)
250g gula kastor
250g tepung naik sendiri (kalau xde guna tepung biasa + 2 tsp baking powder) - ayak
250g telur (dalam 4 biji camtu)
1 sudu kecil vanilla extract
secubit garam
2 sudu besar susu segar

Filling and Cream
-----------------------
Strawberry jam secukupnya
200ml non dairy whipping cream (kalau nk sapu keseluruhan kek, lebihkan)
50g cream cheese (optional, taknak letak pon takpe)
2 sudu besar gula icing



CARA CARA

Sponge Cake
------------------
1. Panaskan oven 160c.
2. Didalam mangkuk, masukkan butter dan gula kastor. Pukul sehingga kembang dan pucat. Kemudian, masukkan telur satu persatu kemudian, pukul sehingga sebati.
3. Masukkan tepung dan garam, kemudian pukul guna speed rendah sehingga sebati. Jangan overbeat! dah sebati je terus stop.
4. Masukkan pula vanilla extract dan susu segar kemudian guna spatula dah gaul sebati.
5. Bahagikan adunan  2 bahagian dan masukkan kedalam 2 loyang berasingan. Ratakan.
6. Bakar selama 30 minit atau sehingga kek masak. Bila cucuk dengan lidi tak ada adunan yang basah melekat pada lidi. Sejukkan diatas redai sebelum disapu krim dan jem.

Cream
------------------
1. Didalam mangkuk, masukkan cream cheese dan gula icing. Pukul sehingga berkrim.
2. Masukkan whipping cream dan pukul sehingga kembang. Jgn overbeat plak nanti cream akan split!
3. Sapu atas kek pertama strawberry jam. kemudian, sapukan diatasnya lagi cream yg dipukul tadi. Lapis dengan kek ke dua diatasnya. Jika cream ada lebih, hias la ikut suka. Kalau nak simple, tabur atas kek yg dah siap tu dengan gula icing.


ENJOY DAN SELAMAT MENCUBA..!!

Saturday, 18 October 2014

RESEPI : BROWNIES

CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES
-----------------------------------
Sumber : mamazieza.blogspot  thanks

Bahan  A
250 gm mentega
400 gm cooking chocolate

bahan  B
6 biji telur
340 gula perang     saya guna 200 gm
2 sudu teh esen vanila
20 gm coklat emulco

Bahan C
80 gm tepung gandum*
60 gm serbuk koko *
* di ayak bersama
140 gm kacang walnut/pecan/macadamia-pilihan
* bakar dan gaul bersama tepung gandum dan serbuk koko

Cara membuatnya

-->     Panaskan oven pada suhu 160'c.Sediakan loyang 11inc x 11inc dan  alas dengan baking sheet.
-->      Double boil bahan A hingga cair,ketepikan dan biar suam sedikit.
-->      Pukul bahan B hingga gula hancur dengan hand whisk.
-->      Tuang adunan coklat dan gaul sampai sebati.
-->      Masukkan tepung,serbuk koko dan kekacang pilihan dan gaul lagi hingga rata.Jangan gaul terlalu lama.
-->      Tuang ke dalam acuan dan bakar selama 50 minit-1 jam bergantung pada oven masing-masing.
-->      Setelah masak,biarkan dalam acuan hingga sejuk.Lebih sedap jika di simpan semalaman.

*sedap di makan begitu sahaja atau di letak ganache,ais krim atau sos kastard.

RESEPI : ROTI SARANG LEBAH

Assalamualaikum semuaaa... Sejak dua menjak ni sangat femes ROTI SARANG LEBAH ni kan... sampai kan makcik mas yang buat main2 ikut resepi kat blog pon boleh buat duit...
Sebenarnya, atas diri sendiri jugak.. kalo nak semua boleh...!!!

Dan sebab nak la.. mas nak simpan resepi ni kat my blog.. hihiiii... next week nak bawak oven yang dah berkurun tu mai bawak balek klang.. nak try membaking jugak laa.. ehheheheee..

nasib baik laa, time wedding tu ade hamba allah yang sangat baik hati bagi hadiah sebijik oven.. alhamdulillah.. dah tiba masanya tunjuk bakat membaking.. sementra ayish kecik lagi ni..kine terer memacam resepi.. orang kata air tangan mak yang terbaik.. dan nak pikat hati suami kine lah jaga perutnye... ehehhehe

ok.. tak yah nak pot pet lelbih... jom ke resepi teruss..!!!

-----------------------------------------------
RESEPI ROTI SARANG LEBAH.
-----------------------------------------------

By : LiNa Pg
Sumber : Lydia Honey (fb)

BAHAN UNTUK DOH ROTI

    2 cawan tepung gandum
    ½  sudu teh dry yeast
    ¼ sudu teh garam
    ½ sudu teh baking powder
    1 sudu besar gula pasir
    ¼ cawan plain yogurt (suhu bilik)
    ¼ cawan minyak sun flower
    ½  cawan air suam
    Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch (jika suka)



CARA PENYEDIAAN:

 1-    Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
 2-  Dalam mangkuk adunan, campurkan  garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati.
 3-  Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
 4 -  Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan. INGAT : cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
 5-  Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON
6-   Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginya
 7-   Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
 8-  Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
  9-  Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes (jika suka) dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi.
 10-   Sementara menunggu doh naik ON kan oven anda.Setting 180-200C api atas bawah (ikut oven suhu oven masing2)
  11-  Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.Time bako dalam 10-15 minit.
  12-  Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.
  13-   Sedia untuk dihidangkan.



NOTE:-

 1   Doh memang lembik.Jangan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.
2  No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.
3   Make sure oven benar2  panas supaya ia lembut bak cotton.
 4   JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras
    Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.



RESEPI BUTTERSCOTCH SOS

Bahan-Bahan:

    ½  cawan brown sugar bukan gula merah ok
    ½ cawan whipping cream(boleh ganti dengan susu cair)
    Sedikit garam
    ½ st  vanilla essence
    25g butter


Cara Penyediaan

1    Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
 2   Tuangkan whipping cream (atau susu cair) perlahan2 sambil mengacaunya.
 3  Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.

selamat mencubaaa dan berjaya...!

Tuesday, 23 September 2014

MINAT BARU : BROWNIES


Teringin nak buat dessert.. Perasaan apakah ini... Apakah dah bergelar mama ni baru teringin nak masak memacam.. Nak pelbagaikan ilmu bab masak-memasak..hehehheee... mandai-mandai je kan... Seriusly, saya memang tak reti nak buat desser ala -ala restoren mewah... hehehee.. seumo hidup memang tak pernah nak buat kek pon.. kuih raye??? lagii lahhh.. sebelum ni bab-bab kuih raya my sis yang handle.. sebab die ada passion untuk semua tu.. And kakk nye ni tau makang aje.. kihkihhhh

Ni my 1st trial la kalo menjadi.. hahahaa.. brownies senang buat?? haaa senang la sangat..!
kawan-kawan pon boleh jugak kalo nak try.. dan kalo ade yang lagi senang dan of cox kine sedap.. meh la kite berkongsi resepi... hihiiii

BROWNIES SENANG BUAT



Resepi : Wssary@MyR

Bahan-bahan

    6 sb serbuk koko
    1/4 cawan mentega cair
    1 cawan gula- hana buh 1/3cwn gula putih, 2/3cwn gula perang
    1/2 sk vanilla
    1/4 sk garam
    1/3 cawan tepung gandum
    2 butir telur
    1 cawan kekacang - optional

Cara-cara

 -->    Panaskan oven suhu 160-170 darjah celcius.Taburkan sedikit tepung dalam loyang empatsegi berukuran 18cm - hana sapu loyang dengan butter
 -->    Masukkan mentega cair,koko,gula,vanilla,garam,tepung dan telur ke dalam mangkuk.
 -->   Gaul sebati. Masukkan kekacang jika mahu.
 -->   Masukkan adunan dalam loyang dan bakar lebih kurang 25-30min.

selamat mencubaaaa...! kalo berjaya korang memang hebat..!!!

have a nice day :)
Kawan- kawan sekalian yg berhajat nak beli direct supplement shaklee ni  di hq or branches
boleh guna id saya...

Shaklee id; 869907
Name ; Masharyana Mashuri
Hp ; 016-6810844

Hq shaklee
Penang branch - pusat bandar seberang jaya
Ipoh branch - bandar ipoh raya
Jb branch- taman molek
Kl branch- Sri rampai
Kota bharu branch-section 25, jln sultan yahya petra
Kota kinabalu branch- neutron point

pergi ke branches or HQ , buy product & inform my id :869907


SEDANG & INGIN MENCARI SIDE INCOME..??? HANYA DARI RUMAH..

  Hubungi Saya segera,

Sekian terima kasih... Boleh pm sy untuk maklumat lanjut..

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya  SMS/WhatsApp| add saya
di FB Za Fair (Mas Masya) untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage Za Fair's Supplement untuk tips kesihatan/kecantikan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...