Showing posts with label FIBROID. Show all posts
Showing posts with label FIBROID. Show all posts

Wednesday, 24 July 2013

FIBROID & CYST

Assalamualaikum.. Wanita dan kanser tak dapat di pisahkan... ??? betol k bohong???? haaa!! mentang-mentang ngah ngadap ngok cite betol k bohong ni kan... hehehehe... ok.. bukan tak dapat dipisahkan TAPI IA ADALAH PEMBUNUH NO 1 WANITA... Bila bercerita pasal fibroid dan cyst takut juga kan?

Tgk gambar kat fb dr.hamid arshad dah biasa dah..




And bukan kes yang jarang2 tapi ia menjadi macam kes hari hari pulak.

Dr. Hamid juga mencadangkan pemgambilan supplement sebagai cara pencegahan.

punca berlaku nya pertumbuhan luar biasa pada sel didalam rahim kadang2 di dlam ovari biasanya disebabkan ketidakseimbangan hormon dalam.tubuh wanita..

Kerana itulah setiap wanita digalakkan mengamalkan GLA atau lebih glamour dengan name EPO yang kaya dengan GLA atau omega-6 dalam diet bagi menangani problem ini. So ape kelebihan GLA complex dari shaklee ni?

GLA shaklee berasal dari bunga borage flower yang kandungan GLA lebih tinggi dari Evening primerose.

Shaklee bukan sahaja menghasilkan GLa semata mata ia juga menghasilkan gabungan dengan vitamin-E kerana antara kepentingan tubuh wanita ialah antioksidan melawan radikal bebas.

Jadi lengkapi diet harian anda untuk hormon teratur, kulit yang cantik dan jauhi penyakit ditakuti wanita. Ialah cancer , fibroid dan lain2.

Jauhkan Fibroid / Cyst dari diri kite.. Jom cepat2 Order GLA hari ini.. .. OHHH SALE SEDANG HOT BERLANGSUNG TAU...!

 
Masharyana | edmas077@yahoo.com | 016-6810844 | shaklee id 869907 | klang / sekinchan

Wednesday, 17 July 2013

INFOsihat : FIBROID WANITA KETIKA HAMIL

Assalamualaikumm.... Sudahkah anda bersahur???  Tahukah anda sesungguhnya amalan BERSAHUR itu terdapat keberkatannya....
“Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan.” – Hadis riwayat al-Bukhari
Semoga hari ini lebih baik dari semalam.. aminnn... Okeyyy, back to the entry.. Kalu baca tang Tittle tu tentang Fibroid ketika hamil.. Anda semua tahukah...


APAKAH itu fibroid dan puncanya?
Apakah ia merbahaya kepada bayi dalam kandungan?
Apakah rawatan bagi fibroid yang dihidapi semasa hamil?


Fibroid merupakan ketumbuhan biasa atau ketumbuhan benigna yang mengandungi tisu-tisu otot dan berlaku di dalam rahim. Otot yang membentuk rahim adalah daripada jenis yang dinamai otot licin. Fibroid berasal daripada ketumbuhan yang terjadi pada otot tersebut. Oleh itu, nama lain bagi fibroid ialah leiomioma. Pun begitu, fibroid boleh tumbuh pada organ-organ lain yang mengandungi sel otot licin.

Ketumbuhan fibroid menyerang lebih seorang daripada setiap lima orang wanita di bawah umur 50 tahun. Kajian menunjukkan bahawa sebanyak 20 peratus wanita dalam lingkungan usia reproduktif, iaitu 30 hingga 40 tahun menghidap fibroid. Pada usia melebihi 35 tahun, kejadian fibroid berlaku secara lebih kerap, iaitu menjangkau sebanyak 40 peratus.

Mereka yang berisiko untuk menghidap fibroid ialah wanita pada usia subur (30 hingga 40 tahun), wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau indeks jisim badan melebihi 25kg/m², wanita yang mempunyai ahli keluarga yang pernah mengalami fibroid dan juga dalam kalangan wanita yang tidak pernah melahirkan anak (nulliparous).

Pembesaran fibroid
Seperti yang telah disebutkan sebelum ini, fibroid biasanya terdapat dalam kalangan wanita pada usia subur. Oleh itu, tidak hairanlah fibroid ditemui dalam kalangan wanita yang hamil. Kadang-kadang fibroid boleh menimbulkan kesan yang tidak dijangka semasa seseorang itu hamil. Ada fibroid yang dapat menimbulkan masalah dan ada yang tidak. Kebanyakan fibroid tidak akan membesar ketika hamil. Pembesaran fibroid bergantung pada aras hormon estrogen di dalam badan. Kesan kehamilan terhadap fibroid mungkin bergantung pada faktor genetik dan juga aras faktor pertumbuhan yang terdapat di dalam darah yang mungkin boleh mengawal pertumbuhan fibroid tersebut.

Mengikut laporan kajian yang dijalankan ke atas wanita hamil yang menghidap fibroid, imbasan ultrabunyi menunjukkan lebih kurang 70 peratus wanita hamil tersebut tidak mengalami pembesaran fibroid semasa hamil. Seramai 30 peratus wanita pula menghadapi pembesaran fibroid dalam tempoh tiga bulan pertama kehamilan. Hal ini mungkin juga disebabkan oleh pengaruh hormon estrogen yang berada pada aras yang tinggi ketika awal kehamilan.

Hanya segelintir wanita hamil yang diketahui mempunyai fibroid ketika menjalani ujian imbasan ultrabunyi dan kebanyakan wanita yang menghidap fibroid jarang mengalami masalah ketika hamil. Walaupun fibroid didapati membesar ketika hamil, kaum wanita tidak perlu gusar kerana fibroid biasanya akan mengalami pengecutan selepas kelahiran anak. Pasti ramai di kalangan wanita hamil akan tertanya-tanya adakah fibroid akan menyebabkan kehamilan mereka menghadapi masalah?

Wanita hamil yang menghidap fibroid memerlukan pengawasan berkala. Perkara ini penting untuk memastikan pembesaran janin berlaku dengan baik untuk membantu ibu tidak mengalami keguguran dan kesakitan semasa hamil serta menghindari kelahiran bayi pramatang. Ibu juga berpeluang mempunyai cara terbaik bagi kelahiran bayinya dan tidak mengalami perdarahan yang teruk selepas kelahiran bayi.

Apabila wanita hamil dan menghidap fibroid, beberapa masalah mungkin berlaku. Antaranya

1. Berisiko untuk mengalami keguguran

Hal ini berlaku disebabkan oleh kesan fibroid jenis submukosa yang membesar di dalam kaviti (rongga) rahim. Apabila pembesaran berlaku, fibroid ini akan menyebabkan lapisan rahim, iaitu bahagian bagi penempelan janin menjadi nipis dan menghalang bekalan darah yang mencukupi untuk tumbesaran janin tersebut. Selain itu, fibroid juga akan menyebabkan inflamasi di lapisan penempelan dan mengakibatkan janin tidak dapat menempel dengan baik dan hal ini akan menyebabkan keguguran.

2. Mengalami perdarahan yang banyak selepas melahirkan bayi

Rahim akan mengalami masalah untuk mengecut. Keadaan ini merupakan salah satu penyebab utama tumpahan darah selepas bersalin. Bagi mengelak perkara ini berlaku, pakar perbidanan akan memberikan suntikan ubat yang kuat untuk memastikan rahim tersebut dapat mengecut.

3. Meningkatnya risiko untuk kelahiran pramatang

Janin dalam kandungan membesar akan menyebabkan rahim membesar pada masa yang sama. Keadaan ini lebih kerap berlaku bagi fibroid yang berada di bahagian bawah rahim yang pada masa yang sama boleh menekan kepala bayi yang belum matang. Keadaan ini boleh menyebabkan wanita tersebut mengalami kontraksi (kesakitan bersalin) lebih awal sebelum waktu yang sepatutnya.

4. Kelahiran yang tidak normal

Kelahiran normal terganggu jika fibroid berada pada bahagian bawah rahim. Bentuk rahim juga mungkin akan berubah disebabkan kewujudan fibroid. Hal ini akan meningkatkan risiko kedudukan bayi tidak normal seperti melintang atau songsang.

Rawatan

Bagi wanita hamil, doktor hanya akan memberikan rawatan seperti ubat penahan sakit, jika perlu. Ubat penahan sakit selalunya diberikan dalam bentuk suntikan. Pembedahan untuk membuang fibroid tidak akan dilakukan semasa hamil. Jika kelahiran perlu dilakukan melalui pembedahan caesarean, sebarang pembedahan membuang fibroid (miomektomi) tidak dilakukan pada masa yang sama.

Hal ini kerana perdarahan yang banyak mungkin akan berlaku ketika pembedahan miomektomi. Perdarahan yang banyak ini mungkin agak sukar dikawal. Keadaan ini berlaku kerana ada saluran darah yang agak banyak dan besar di bahagian rahim ketika hamil berbanding sewaktu tidak hamil.

Pembedahan hanya boleh dilakukan selepas ibu melahirkan anaknya, sekiranya fibroid tersebut berbahaya jika tidak dibuang. Lazimnya saiz fibroid akan diawasi lagi selepas tempoh pantang apabila aras hormon kembali normal.


Antara Cadangan suplemen untuk mereka yg menghidapi FIBROID]

GLA COMPLEX - membantu mengawal/seimbangkan semula hormon2.


Vitamin ACE (Carotomax, Vit C, Vit E) 
 - penting untuk mencegah daripada radikal bebas dan kes fibroid berulang.-

Jgn lupe, harga runtuh untuk GLA hanya utk bulan July13 ini..

PM utk info lanjut/order

Masharyana | edmas077@yahoo.com | 016-6810844 | shaklee id 869907 | klang / sekinchan

Thursday, 23 May 2013

APAKAH CYST?? KECUTKAN CYST DAN FIBROID DENGAN SHAKLEE

Assalamualaikum... 

wanita dan CYST.. bagi wanita masalah ni merupakan antara masalah besar.. sebab jika ia semakin membesar memang AKAN JADI MASALAH BESAR... jom kenali apa itu FIBROID dan cara-cara yang terbaik untuk kejutkannya...

 --------------------------------------------------------

Apa yang saya belajar tentang cyst ni ialah ianya adalah salah satu ketumbuhan abnormal sel dalam badan yang disebabkan oleh faktor radikal bebas. Sama juga dengan fibroid.Ia boleh tumbuh semula jika radikal bebas tidak dikawal baik oleh antioksidan. Masih ingat lagi dengan seorang kawan yang melalui 3 kali operation membuang cyst. Ianya boleh recurrent jika antioksidan dalam badan kita tidak mencukupi.

Cyst mengandungi udara, cecair, atau bahan separa pepejal, manakala fibroid adalah terdiri daripada bahan berserat, yang menjadikan mereka tumor. Akibatnya, mereka juga dirujuk sebagai "ketumbuhan fibroid," "fibrolids," "myomas," atau hanya "fibroid." Pelbagai saiz daripada kira-kira 0,04 inci (1 mm) kepada kira-kira 8 inci (20 cm) atau lebih.
APAKAH PUNCA FIBROID
Punca fibroid belum ditentukan, tetapi ada kaitan dengan pengeluaran estrogen dalam badan wanita. Tumor ini hanya seolah-olah terhasil semasa tahun-tahun reproduktif, dan yang sedia ada fibroid mungkin mula mengecut selepas putus haid. Ia boleh jadi tumbuh dengan cepat semasa mengandung apabila pengeluaran estrogen dan aliran darah kepada kenaikan rahim, tetapi biasanya tidak menyebabkan komplikasi.

Gejala-gejala
Kebanyakan wanita yang mempunyai ketumbuhan fibroid tidak mempunyai gejala sama sekali. Antara gejala yang biasa dialami termasuk kesakitan, pendarahan yang berlebihan semasa kitaran haid, sembelit atau perut kembung, dan perubahan dari segi kekerapan kencing.

Apa dia radikal bebas?
Radikal bebas adalah molekul yang kekurangan satu elektron, dan membuat molekul tersebut menjadi tidak stabil dan selalu berusaha mengambil elektron dari molekul atau sel lain. Radikal bebas dapat dihasilkan dari hasil metabolisme tubuh dan faktor luaran seperti asap rokok, hasil penyinaran ultra ungu, zat kimia dalam makanan dan bahan pencemar lain. Penyakit yang disebabkan oleh radikal bebas bersifat kronis, iaitu diperlukan masa waktu bertahun-tahun untuk penyakit tersebut menjadi nyata. Contoh penyakit yang sering dihubungkan dengan radikal bebas adalah serangan jantung dan barah. Untuk mencegah atau mengurangi penyakit kronik karena radikal bebas diperlukan antioksidan.

Bagaimana nak kawal radikal bebas ini?
Ianya boleh dikawal melalui pengambilan antioksidan yang boleh didapati dalam makanan harian kita. Antara makanan yang kaya dengan antioksidan ialah anggur hitam, vitamin C, buah beri, strawberi dan banyak lagi. Namun kandungan antioksidan dalam setiap buah adalah berbeza antara setiap satunya.
Apabila saya ditemukan ALLAH dengan seorang wanita yang melalui pembedahan sebanyak 3 kali untuk membuang cyst, maka saya mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengamalkan pengambilan supplement yang tinggi antioksidan.

Apakah vitamin yang kaya dengan antioksidan? 


Saya gunakan formula ACE iaitu vitamin A, Vitamin C dan Vitamin E. Selain itu pengambilan GLA juga sangat membantu.



Masharyana | edmas077@yahoo.com | 016-6810844 | shaklee id 869907 | klang / sekinchan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...