Assalamualaikum...
Entry kali ni agak panjang dari yang biasa. Ianya berkaitan dengan info tentang kehamilan/mengandung. Teruskan membaca wahai bakal-bakal ibu. InsyaAllah sedikit sebanyak, kita dapat menambah ilmu semasa mengandung. (Credits to Forum bakal ibu)
................................................................................................
Tanda-tanda hamil :
-Si isteri mengidam macam-macam termasuk juga si suami. Si suami
kadang-kadang akan meminta itu dan ini tatkala mengidam. Adakala, si
suami loya dan jugak muntah-muntah.
- Morning sickness bermula di minggu yang ke-7 sehingga ke minggu 12 ataupun minggu 13 ataupun melebihi minggu 13.
- Perut terasa sakit. Rasa macam kembung perut. Senak dan pedih ulu hati.
- Period tak datang dan kala ada pun, hanya sedikit.
- Sakit belakang dan pening kepala. Lidah terasa pahit.
- Sembelit. Kerap berlaku ketika mengandung.
- Puting payudara berwarna hitam dan semakin gelap. Payudara semakin membesar dan sakit.
- Muntah-muntah. Ada juga bakal ibu yang tiada langsung loya dan muntah.
Anda HAMIL???
Alhamdulillah dan tahniahh... Anda harus berjumpa doktor sakit puan
secepat mungkin kerana anda perlu mengesahkan kehamilan dan juga untuk memastikan kehamilan terletak di dalam rahim dan bukannya di luar rahim. Juga untuk menentukan sama ada janin kita hidup atau normal.
3 Bulan pertama
Ini merupakan tempoh janin dibentuk dari nutfah (air mani) kepada alaqah dan menjadi mugdah dan seterusnya menjadi janin yang lengkap dengan organ serta anggotanya. Organ yang pertama yang terbentuk adalah JANTUNG. Denyutan jantung dapat dikesan melalui ultrasound seawal minggu ke-6 lagi.
Cegah Keguguran
- Rehat sebanyak yang mungkin.
- Cukupkan tidur 8 jam. Tidur awal dan bangun awal.
- Jauhkan dari stress fizikal dan mental.
- Jangan lakukan perjalanan jauh atau berpanjangan.
- Jauhkan dari suhu yang agak panas, pencemaran udara, racun serangga,
bahan kimia, X-ray, ubat-ubat moden atau tradisional tanpa nasihat
doktor anda.
Mencegah kecacatan bayi
BCOMPLEX ASIC FOLIC |
VITALEA / MULTIVITAMIN |
- Ambil folic asid 5-10 mg, Iron dan multivitamin setiap hari dua bulan sebelum dan terus menerus hingga ke akhir kandungan.
- Makan nasi, roti, asparagus, jus oren, sayuran hijau, buah-buahan dan susu. Susu penting untuk pembentukan tulang baby.
- Berserah dan tawakal kepada Allah. Berdoa setiap masa agar di kurniakan zuriat yang baik dan sempurna.
Rabbi habli miladunka zuriatan tayiba inaka sami u doa
Petua Orang Tua
- Ketika isteri hamil, si suami janganlah menganiaya binatang atau
membunuhnya. Kononya, amalan ini boleh menyebabkan anak yang di kandung
akan lahir cacat.
- Minum air kelapa untuk membersihkan lendir-lendir semasa bersalin nanti.
- Tak boleh duduk di akar kayu - di khuatiri akan tertinggal uri.
- Kalau mandi, jangan lilit tuala di sekeliling leher - di khuatiri tali pusat melilit di leher bayi.
- Petua orang Cina - minum air sarang burung setiap hari - kulit dan mata bayi akan cantik.
Nasihat lain
- Rajinkan diri membaca Al-Quran dari surah Maryam, Yusof, Lukman, Yaasiin.
- Kafein boleh merencatkan pembesaran bayi manakalan nenas mengandungi bahan kimia yang berbahaya kepada bayi.
- Elakkan buah nangka dan cempedak sebab mendatangkan angin kepada perut ibu.
- Jangan simpan atau bela kucing sebab najis kucing boleh menjejaskan bayi.
Nasihat Pemakanan
- Jangan makan nenas, tapai, air tebu - Sebab ianya makanan berasid dan tajam terutama di awal 3 bulan pertama kandungan dan boleh menyebabkan keguguran.
- Jangan makan pucuk atau ulam-ulaman yang hidup melarat di atas tanah - di takuti uri melekat dalam rahim waktu bersalin.
- Jangan makan ulaman yang berbau seperti petai, jering, kerdas waktu hujung kandungan - Air ketuban akan berbau busuk.
- Jangan minum ais - Akan melemahkan anggota tubuh badan.
-
Jangan membuat perjalanan jauh di waktu awal 3 bulan kandungan - di
khuatiri rahim lemah dan tidak dapat menahan dari keguguran.
Banyakkan:-
ESP / SOYA NON GMO |
Minum air susu, air soya, air suam.
Makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
Ambil folic asid untuk penambahan darah.
Amalan di hujung kandungan:
-Banyakkan berjalan bagi memudahkan bersalin.
- Minum air kelapa bagi membantu menghilangkan masalah kerak kepada bayi dari berlarutan.
- Ikuti kelas latihan persediaan bersalin supaya nanti tidaklan kita terjerit-jerit sewaktu nak bersalin.
Hopely info ni berguna kepada sesiapa sahaja... insyallah.. anda juga di galakkan mencuba set lengkap kehamilan.. untuk memastikan anda dan bayi mendapat yang terbaik.. :))
SET KEHAMILAN SHAKLEE |
Masharyana | edmas077@yahoo.com | 016-6810844 | shaklee id 869907 | KLANG / SEKINCHAN