Friday 21 December 2012

SUPLEMENT SHAKLEE UNTUK IBU HAMIL / MENGANDUNG


Ketahui beberapa jenis zat terpenting yang sangat diperlukan semasa hamil.


1. Asid Folik 


Asid Folik dianggap sebagai makanan otak, ia diperlukan untuk pengeluaran tenaga dan pembentukan sel darah merah, ia dapat menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukkan yang sesuai dan fungsi sel darah putih. Oleh kerana ia berfungsi sebagai ko enzim dalam sintesis DNA dan RNA, ia penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat. Zat ini boleh membantu dalam depresi dan kegelisahan. Asid Folik sangat penting dalam kehamilan, ia membantu megatur pembentukkan sel saraf embrio dan janin yang amat penting untuk tumbesaran yang normal. Asid Folik sangat berkesan apabila digabungkan dengan Vitamin B dan Vitamin C. Pengambilan sebanyak 600mg sehari amat digalakkan untuk ibu hamil.


2. Asid Lemak Omega 3


   Omega 3 diketahui meransang otak. Omega 3 dan DHA sangat diperlukan pembentukkan sistem saraf pusat janin.Kajian menunjukkan bahawa genglosida berpengaruh pada struktur otak terutama fungsi belajar dan mengingat. Kajian menunjukkan bayi yang menjalani ujian perkembangan mental mendapat skor yang tinggi apabila ibunya makan telur yang mengandungi banyak omega 3 semasa kehamilan.

    Sumber ikan , minyak ikan, bijirin dan telur omega 3 serta susu yang diperkaya omega 3.


3. Protein


    Semasa hamil, badan anda bekerja keras untuk membentuk sel-sel otak bayi, jadi ia memerlukan tambahan protein. Anda memerlukan protein lebih banyak sewaktu hamil, berpantang dan menyusukan bayi. Hal ini penting untuk pertumbuhan jaringan pada janin. 

     Sumber: Sumber haiwan seperti daging, ayam, ikan, telur dan produk tenusu. Manakala sumber lain ialah seperti kekacang, soya dan produk soya, biji-bijian dan sayuran hijau.


4. Zat Besi


    Zat besi memainkan peranan penting dalam pengangkutan oksigen daripada paru-paru ke tisu, Zat besi bergabung dengan oksigen di dalam paru-paru dan melepaskan oksigen dalam tisu-tisu yang memerlukan. Ia digunakan dalam pembuatan hemoglobin dan berperanan penting dalam fungsi normal imuniti. Sepanjang kehamilan penggunaan zat besi akan bertambah 2 kali ganda untuk memenuhi keperluan ibu dan bayi. Jika keperluannya tidak dapat dipenuhi, ibu akan cepat penat dan mudah mendapat jangkitan penyakit. Risiko melahirkan bayi tidak cukup bulan dan kurang berat turut berlaku. 


5. Kalsium


Kalsium adalah mineral yang terbanyak yang terdapat dalam badan kita iaitu lebih daripada 90% bahan keras dalam tulang dan gigi. Ia diperlukan untuk pembentukkan dan bagi mengekalkan tulangyang kuat serta gigi yang sihat. Ia juga untuk pembekuan darah, penghantaran gerak balas saraf dan kontraks otot. Peranan penting kalsium ialah mencegah penyakit osteoporosis. 

  Sewaktu hamil, janin akan mengambil sekitar 25mg-30mg sehari daripada ibunya. Pengambilan tertinggi ialah pada trimester ketiga kehamilan Jika bekalan kalsium tidak mencukupi janin akan mengambil kalsium daripada tulang ibu. Sebab itu, ibu perlu memastikan yang pengambilan sumber kalsiumnya mencukupi untuk menampung keperluannya sekitar 1000mg.


Jika anda ibu yang mengandung samada anak pertama, kedua atau seterusnya dan sangat sibuk saya ada menawarkan rangkaian vitamin Shaklee untuk anda, dengan harga mampu milik ianya selamat untuk anda dan bayi anda dan ramai yang telah mendapat kebaikan daripadanya.

maS / 016-6810844 / edmas077@yahoo.com

Za Fair @ fb

Bandar botamic, klang / sekinchan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...