Pages

Sunday, 1 March 2015

KEPANASAN MELAMPAU PENYEBAB BADAN TERHIDRAT

Assalamualaikum semua :)

Perasan tak, beberapa hari ni kepanasan agak melampau.. Mandi subuh-subuh pun terasa panas dah berpeluh rupe macam waktu dah tengahari padahal subuh tau..!

Ya allah besar sungguh kuasa Allah.. Kun fa ya kun..!!!

Disebabkan kepanasan terlampau ni, Baby harith demam on of.. 5minit badan panas... tapi after tuam ok sikit.. semalam my hb terus drop..! badan lemah.. rupe macam orang nak pengsan tu haa.. terpaksa MC, sehari tido aje lah semalam... Nak kumpul tenaga..

Tapi, dengan adanya vitamin, agak berkurang la sikit risau.. cuma orang laki ni payah sungguh heh nak soh telan.. ade emas kot mulutnye.. eheheheheee.. mood geram..!
Kena paksa lah jawabnye..

Kepanasan yang sedang dialami ini boleh menyebabkan badan  dehydration iaitu kehilangan air dan garam daripada badan... Tu yang boleh demam atau pengsan tetibe.. jangan amik remeh ye.. Boleh jadi penyebab sakit kepala yang kerap.. 


Tubuh manusia memerlukan air untuk mengekalkan darah dan cecair-cecair lain secukupnya bagi membolehkannya berfungsi dengan sempurna. Di samping cecair badan, tubuh juga memerlukan bahan elektrolit, yang terdiri daripada garam yang lazimnya terdapat di dalam darah, cecair tubuh yang lain dan sel-sel.

Dehidrasi merupakan kehilangan air dan garam daripada badan. Dalam bahasa Melayu secara umumnya, ia boleh dimaksudkan sebagai kekontangan. Badan kita boleh kehilangan cecair melalui pelbagai cara.

Antaranya adalah:

* Ketika membuang air kecil.
* Semasa muntah atau mengalami cirit-birit.
* Ketika berpeluh.
* Melalui paru-paru semasa bernafas.

Jika badan kehilangan sejumlah besar cecair dan garam dan tidak digantikan dengan segera seperti meminum air, badan akan kekeringan atau kekontangan. Walaupun sesiapa sahaja boleh mengalami dehidrasi, 

Golongan yang paling mudah mengalami masalah ini adalah:

* Bayi yang berumur di bawah 1 tahun.
* Warga tua.
* Mereka yang mengalami demam.
* Penduduk yang tinggal di kawasan beriklim panas.

Apabila disebut dehidrasi kita juga terbayang manusia di tengah padang pasir yang sedang kehausan atau seorang atlet baru selesai menghabiskan acara sukan berat.

Benda yang paling berharga dalam keadaan itu adalah air yang dianggap penyambung nyawa.
Namun dehidrasi bukan setakat itu. Bukan sekadar rasa dahaga yang kemudiannya boleh dihilangkan dengan hanya meminum air. Sebaliknya dehidrasi boleh mengakibatkan pelbagai kesan sampingan lantaran air merupakan elemen paling penting dalam tubuh manusia. Justeru kehilangan air dalam badan yang banyak mengancam nyawa seseorang, dalam keadaan itu kita sebenarnya mengalami dehidrasi kronik.

Mungkin tidak ramai yang tahu tentang dehidrasi kronik dan bagaimana untuk mengetahui jika seseorang mengalami keadaan tersebut.

Kebanyakan kita percaya badan hanya memerlukan air apabila kita berasa dahaga. Sebenarnya tidak begitu. Apabila mulut berasa kering dan kita berasa dahaga, tubuh kita sebenarnya telah benar-benar kontang. Mungkin sesuatu yang mengejutkan jika diberitahu mulut yang kering adalah petunjuk keadaan dehidrasi teruk. Ketika itu anda telah berada pada paras dehidrasi kronik.


Apa vitamin / supplement yang sesuai dan  Bagaimana ia membantu dalam masalah dehidration ini..?


Performance drink antara yang terbaik di minum, lelagi time waktu panas sangat ni.. memang sesuai diminum untuk elak badan dari terhidrat..!

Apa Itu Performance Drink Shaklee..???

  • Performance Drink Shaklee ialah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna, berkhasiat dan tidak bergas.
  • Performance Drink Shaklee telah terbukti secara klinikal menghidratkan anda lebih cepat berbanding air.
  • Performance Drink Shaklee memberikan tenaga segera kepada tubuh dan menyokong penghidratan pada tahap optimum. Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dan campuran unik karbohidrat yang membekalkan tenaga berterusan tanpa menggangu tahap gula di dalam darah.
  • Performance Drink Shaklee telah terbukti secara klinikal dapat mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan tahap hidrat tubuh, memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina – berdasarkan ujian yang dilakukan kepada atlit berpencapaian cemerlang di Amerika Syarikat.
  • Performance Drink Shaklee tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.

Kelebihan Performance Drink :-

  • Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
  • Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
  • Ia bukannya milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
  • Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
  • Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Budak2 demam pun elok amik ni sebab biasa la budak2 bila dah demam tak selera makan minum.

Siapa yang Memerlukan Performance Drink Shaklee…???

  • Individu yang aktif bersukan.
  • Individu yang berpuasa (diambil semasa sahur dan berbuka).
  • Individu yang menghidap gout.
  • Ibu yang menyusukan anak.
  • Individu yang kurang minum air.
  • Individu yang kerap sakit kepala.
  • Bila rasa nak demam, atau sedang demam.
  • Kanak-kanak yang demam.
  • Individu yang suka minuman ringan terutama yang berkarbonat.
Mas sarankan, Minuman performance drink diambil satu famili, nak-nak lagi dengan keadaan camni.. Jaga kesihatan diri dan orang tersayang,.

Dulu mase bujang, boleh la pening sikit dok baring satu hari.. orang tak de komitment kan.. But now dah bergelar isteri dan mama ni.. jangan kata pening, kalo sakit pon gagahkan jugak..! senang cite as mom kite tak boleh jatuh sakit.. lelagi kalo ade baby.. susahh.. nak jaga diri, suami anak, rumah.. makan minum.. Alhamdulillah masih diberi kekuatan sebagai anak, isteri dan mama.. moga ia berpanjangan :)



boleh email / hubungi di
 Serta Mas akan guide semua customer2 yang purchase dengan Mas SAHAJA :) 
Dan jangan risau, Mas akan guide dan ajar jugak cara-cara makan yang betul set vitamin ni.

No comments:

Post a Comment