Pages

Saturday, 18 October 2014

RESEPI : ROTI SARANG LEBAH

Assalamualaikum semuaaa... Sejak dua menjak ni sangat femes ROTI SARANG LEBAH ni kan... sampai kan makcik mas yang buat main2 ikut resepi kat blog pon boleh buat duit...
Sebenarnya, atas diri sendiri jugak.. kalo nak semua boleh...!!!

Dan sebab nak la.. mas nak simpan resepi ni kat my blog.. hihiiii... next week nak bawak oven yang dah berkurun tu mai bawak balek klang.. nak try membaking jugak laa.. ehheheheee..

nasib baik laa, time wedding tu ade hamba allah yang sangat baik hati bagi hadiah sebijik oven.. alhamdulillah.. dah tiba masanya tunjuk bakat membaking.. sementra ayish kecik lagi ni..kine terer memacam resepi.. orang kata air tangan mak yang terbaik.. dan nak pikat hati suami kine lah jaga perutnye... ehehhehe

ok.. tak yah nak pot pet lelbih... jom ke resepi teruss..!!!

-----------------------------------------------
RESEPI ROTI SARANG LEBAH.
-----------------------------------------------

By : LiNa Pg
Sumber : Lydia Honey (fb)

BAHAN UNTUK DOH ROTI

    2 cawan tepung gandum
    ½  sudu teh dry yeast
    ¼ sudu teh garam
    ½ sudu teh baking powder
    1 sudu besar gula pasir
    ¼ cawan plain yogurt (suhu bilik)
    ¼ cawan minyak sun flower
    ½  cawan air suam
    Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch (jika suka)



CARA PENYEDIAAN:

 1-    Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
 2-  Dalam mangkuk adunan, campurkan  garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati.
 3-  Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
 4 -  Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan. INGAT : cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
 5-  Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON
6-   Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginya
 7-   Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
 8-  Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
  9-  Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes (jika suka) dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi.
 10-   Sementara menunggu doh naik ON kan oven anda.Setting 180-200C api atas bawah (ikut oven suhu oven masing2)
  11-  Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.Time bako dalam 10-15 minit.
  12-  Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.
  13-   Sedia untuk dihidangkan.



NOTE:-

 1   Doh memang lembik.Jangan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.
2  No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.
3   Make sure oven benar2  panas supaya ia lembut bak cotton.
 4   JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras
    Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.



RESEPI BUTTERSCOTCH SOS

Bahan-Bahan:

    ½  cawan brown sugar bukan gula merah ok
    ½ cawan whipping cream(boleh ganti dengan susu cair)
    Sedikit garam
    ½ st  vanilla essence
    25g butter


Cara Penyediaan

1    Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
 2   Tuangkan whipping cream (atau susu cair) perlahan2 sambil mengacaunya.
 3  Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.

selamat mencubaaa dan berjaya...!

No comments:

Post a Comment