Pages

Friday, 7 October 2016

(10 TANDA HAMIL YANG WAJIB IBU TAHU SEBELUM SEMPAT KE HOSPITAL)


Pre-Labour: 1 hingga 4 minggu sebelum bersalin



1. Baby “jatuh”

Beberapa minggu sebelum melahirkan, kedudukan baby semakin ke bawah. Kepala baby akan mula engaged dengan tulang pelvik kita sedikit demi sedikit. Pada waktu ini ibu akan mudah terasa nak membuang air kecil seperti pada Trimester Pertama kerana kepala baby menekan pada pundi kencing. Berita baiknya pula, ibu dah boleh bernafas dengan agak mudah kerana ruang atas dah semakin kosong.
.
2. “Laluan” mula terbuka (dilates)

Serviks juga semakin menipis dan semakin terbuka sebagai persediaan untuk melahirkan. Ada sesetengah hospital akan melakukan pemeriksaan bukaan setiap kali check-up dan ada juga yang tidak. Jangan rasa bimbang sekiranya anda hampir dengan due date tetapi tiada bukaan langsung. Ini kerana setiap orang adalah berbeza keadaannya



3. Anda akan kerap rasa cramp dan juga sakit belakang yang agak kuat.

Terutamanya sekiranya ini bukanlah anak yang pertama, anda akan rasa semakin sakit di bahagian belakang bawah. Otot dan semua joint akan melonggar dan bergerak sebagai persediaan untuk melahirkan.

4. Semua sambungan (joints) pada badan seperti longgar.

Sepanjang tempoh kehamilan, hormon relaxin yang dirembeskan akan menyebabkan semua ligamen menjadi lembut dan longgar. Semakin hampir dengan due date, anda akan dapat merasakan bahagian badan anda semakin melonggar. Jangan risau, ini adalah sebagai persediaan untuk memberi laluan kepada si kecil anda. 


5. Berat badan anda tidak akan bertambah (atau berkurang)

Menjelang akhir kehamilan, anda tidak akan bertambah berat badan dan mungkin ada juga yang kehilangan berat badan. Tapi jangan risau, baby masih bertambah berat badannya. Cuma air ketuban kita (amniotic ×uid) semakin berkurangan, serta kekerapan kita ke toilet untuk membuang air (Refer point 1 dan 6) akan mengurangkan berat badan. 


6. Anda akan mengalami cirit-birit.

Memandangkan semua otot berada dalam keadaan relax, begitu juga otot pada rectum. Ini menyebabkan aktiviti pada usus besar melonggar dan menyebabkan cirit birit. Walaupun rasa tak selesa, harus diingat ini adalah petanda baik. Banyakkan minum air untuk kekal hidrate ye.


7. Anda akan rasa sangat letih dan rasa nak berehat sentiasa.

Dengan perut yang memboyot, badan lesu tidak bermaya menyebabkan anda berasa sangat letih. Tidur malam pon tak lena. Sekiranya anda mempunyai peluang diwaktu siang untuk berehat, just have a good nap ye.



Early Labour: Beberapa jam sebelum bersalin

1. Anda mengalami contraction yang sangat kuat dan kerap.

- Contraction adalah tanda awal bagi active labour. Kecuali Braxton Hicks. Bagaimana nak bezakan antara contraction sebenar dengan yang palsu (Brixton Hicks) ni:-

Walaupun anda aktif, contraction tidak menghilang, malah semakin sakit dan kerap
Walaupun anda dah tukar posisi, contraction tetap tidak berkurang dan hilang.
Contraction bermula dari bahagian bawah belakang, dan berpindah contraction adalah selang 1 minit. Waktu ni memang rasa dah tak tertahan nak buang air besar =p

2. Anda perasan ada discharge yang berubah warnanya, tidak seperti keputihan biasa.

Beberapa hari sebelum nak bersalin tu anda akan perasa cecair yang keluar adalah sedikit pekat.
Bila dah tiba hari nak melahirkan, akan ada ‘bloody show’ iaitu akan turun sedikit darah. Jika tanda ini dah keluar, cepat-cepat ke hospital ye.

3. Pecah air ketuban

Hanya 15% dari ibu hamil akan mengalami air ketuban pecah, jadi jangan ambil ini sebagai satu-satunya tanda anda dah nak bersalin ye. 
Bila air ketuban dah pecah, cepat-cepat ke hospital, kerana semakin lama anda bertahan, lagi bahaya kerana baby mudah terkena jangkitan sekitanya perkara ini terjadi.

1 comment: