Pages

Friday, 20 February 2015

TANDA BILA LELAKI MERAJUK

Buat kaum hawa.. here tanda paling ketara jika buah hati awak merajuk... iolss bukan lah kaki pujuk tapi sentiasa mencuba untuk memujuk jika berlaku.. hahahaa.. kadang-kdang bertambah romentik plak kalo ade aktiviti merajuk dan memujuk ni... heheheheee...
Kalo sentiasa happy tak de masalah, boring jugak kan.. dan dah lumrah dalam perhubungan akan ada perselisihan faham.. just toleransi , slow talk insyallah semua ok :)
Diam membisu
Kalau sebelum ini mulutnya ramah bercerita tetapi apabila merajuk, lelaki biasanya diam seribu bahasa. Kalau anda bercakap dengannya, dia akan buat tak tahu sahaja. Kalau berhadapan dengan situasi macam ne, pandai-pandailah anda memujuknya.
Buat tak tahu
Kalau sebelum ini pasangan anda rajin membantu tetapi kali ini, dia akan buat tak tahu saja meski pun anda sudah memanggilnya banyak kali. Kalau anda meminta pertolongan darinya, dia akan buat acuh tak acuh sahaja. Seolah-olah anda bercakap seorang diri.
Muka masam
Jika buat tak tahu, anda mungkin boleh bersabar lagi tetapi jika pasangan sudah mula menarik muka, tentu anda rasa tertekan. Tetapi bagi lelaki merajuk, muka masam sinonim dengan mereka. Itu tandanya dia sedang protes dan tidak menyenangi sikap anda yang mungkin telah menegurnya.
Enggan makan bersama
Lebih teruk lagi jika lelaki enggan makan bersama meskipun anda sudah mengajaknya berkali-kali. Ia sebagai tanda protes tidak berpuas hati dan dia lebih senang berlapar dari memakan makanan yang anda masakkan untuknya.
Marah-marah
Lelaki mempunyai ego yang tersendiri. Lelaki sering beranggapan mereka betul meskipun pada pandangan anda ianya tidak betul. Namun, demi menegakkan kebenaran, dia tetap marah-marah.
Tidak menelefon
Kita selalunya risau jika tidak memberitahu pasangan di mana kita berada. Lelaki merajuk biasanya tidak akan menelefon memberitahu dimana dia berada, Tujuannya, dia mahu anda risau dan tercari-carinya.
Terus keluar rumah
Satu lagi cara lelaki merajuk ialah dia akan keluar rumah tanpa memberitahu ke mana arah tujuannya. Sebagai pasangan, anda tentu buntu memikirkannya. Lebih teruk lagi jika dia menutup telefonnya dan anda tertunggu-tunggu ke mana dia pergi.

berikan masa buat kedua-dua pihak.. dan jika diam membawa kebaikan.. maka berdiam diri lah dulu.. make it funny, buat lah paper yang boleh mencuit hati.. kalo mana yang ade anak tu, jadikan anak pengikat kasih.. ececehhh... 

jangan ingat kite as wanita aje yang tahu nak merajuk dan dipujuk.. ngeeee..

No comments:

Post a Comment