Pages

Thursday, 19 February 2015

25 Cara tunjuk rasa romantik

Setiap wanita, sememang nakkk lelaki yang romentik.. TAPI apa maksud romentik bagi Uolss..??? Bagi bunga selalu ker..? hadiah tiaphari... kata-kata cinta, atau tolong buat kerja rumah, jaga anak, selalu berkata baik-baik, sentiasa senyum... yang mana pilihan Uolss...

Bukan semua wanita juga suka di layan dengan kata-kata jiwang setiap hari.. naik bulu roma katanya... haaaa.. so, mesti lelaki pening pala ni kan... ehhehehee

Dan bukan juga semua lelaki mampu nak bagi bahase yang tangkap leleh tu.. meremanggg..! ehhehe

Tapi manetau lepas fall in love berubah jadik mat jiwang pulaks..! adeh tangkap bahaya ni..




Nah para lelaki sekalian 25 tips mudah untuk jadi lelaki romantik


1. Peka dengan tarikh-tarikh penting

Kebiasannya si lelaki amatlah memandang remeh akan tarikh-tarikh penting ini berbanding wanita. Sila ‘set’kan tarikh-tarikh penting seperti hari jadi si dia dan ulangtahun perkahwinan anda agar anda tidak melupakan hari-hari penting ini. ni wajib ok...! 

2. Berikan kejutan untuk si dia

Sekali-sekala berikanlah kejutan kepada pasangan anda. Mungkin anda boleh tunjukkan skill memasak anda di dapur atau majlis hari jadi kecil-kecilan. Cukup untuk membuatkan si dia berasa bahagia dan terharu dengan sikap romantik yang anda cuba tunjukkan kepadanya. boleh buat si die nangis terharu tau..!

3. Selalu memberi pujian

Wanita suka dipuji. Sekeras mana pun hati wanita pasti akan cair lebih-lebih lagi jika anda memujinya sambil memegang erat tangannya dan memandang tepat ke dalam anak matanya. Mesti si dia cair!.. cukup sekadar terima kasih sayang atau awak cantik.. sangat dihargai..!

4. Berikan layanan istimewa

Tidak salah sekiranya anda memberikan layanan istimewa kepada si dia seperti membuka pintu kereta sewaktu menghantar si dia pulang. tolong basuh semua pinggan mangkuk lepas makan atau buat kerja rumah.. tu pon special tau..!

5. Pujuklah si dia ketika si dia merajuk

Si dia merajuk sebab hanya mahukan perhatian daripada anda. Oleh itu, cubalah pujuk ketika si dia merajuk. Gunakan nada yang lemah-lembut. Katakan bahawa anda memohon maaf jika anda ada melakukan kesalahan. oh sweet..! time ni nak mengade2.. hahhah

6. Berpimpin tangan ketika berjalan

Pimpinlah tangan si dia ketika berjalan berdua agar si dia merasa sentiasa selamat ketika berada di samping anda. Tak kiralah walaupun anda sekarang dah berkahwin dan sudah mempunyai anak 3 orang. Apa salahnya berpimpin tangan dengan si dia yang sudah pun menjadi isteri anda dan ibu kepada anak-anak anda.. bukan sekadar selamat malah lebih dari tu..!

7. Membawa si dia ke tempat-tempat yang romantik

Apa salahnya sebulan sekali bawa si dia ke tempat-tempat yang romantik disamping dapat mengeratkan lagi hubungan anda berdua. Anda boleh membawa si dia ke candle light dinner ataupun bercuti di di pusat peranginan di dalam negara. Mungkin di Pulau Perhentian. Ianya akan menjadi moment yang akan dikenang sampai bila-bila antara anda berdua. best2..!

8. Kirimkan jambangan bunga kepada si dia

Wanita amat menyukai bunga. Apa kata anda pergi ke kedai bunga dan belilah bunga kesukaan si dia dan kirimkan bunga itu ke pejabat tanpa pengetahuannya. Pasti si dia akan berasa terharu dengan bunga yang anda berikan.Dan rakan-rakan sepejabat si dia pastinya tidak habis-habis memuji sikap romantik anda. Mungkin ada di antara rakan sepejabatnya dengki dengan si dia sebab memiliki seseorang yang romantik seperti anda.. sekali sekala boleh la.. kalo selalu naik muak tau..!

9. Pandang ke mata si dia setiap kali bercakap

Pandanglah tepat ke mata si dia setiap kali anda berbicara dengannya. Wanita selalunya tidak mampu untuk menahan godaan dari lelaki yang dia sayang. Pandangan tepat anda pada mata si dia akan membuatkannya jatuh cinta kepada anda hari-hari.

10. Berikan senyuman manis dan menggoda

Seperti lelaki, wanita juga mudah cair apabila melihat senyuman yang paling manis daripada anda. Cuba berikan senyuman yang manis dan menggoda. Pasti si dia tidak dapat melupakan senyuman anda itu. yepp betul..!! 

11. Memakai pakaian yang sedondon

Biasanya, kita akan lihat sesebuah keluarga itu berpakaian sedondong menjelang hari raya. Namun, idea ini boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Tak semestinya perlu memakai corak yang sama. Cukup jika memakai warna yang sama. Barulah orang pandang nampak sweet bila anda berdua berjalan bersama.

12. Ucapkan sayang dan cinta kepada si dia

Si lelaki memang berat mulut nak ucapkan lafaz cinta dan rindu kepada wanita. Ini biasanya disebabkan ego mereka yang tinggi. Apa salahnya ucapkan kata-kata cinta dan rindu setiap hari kepada si dia. Kata-kata cinta anda dapat membuatkan hati si dia berbunga-bunga.

13. Belikan hadiah untuk si dia setiap kali outstation

Jangan lupa untuk membeli hadiah kepada si dia setiap kali anda keluar outstation. Tidak perlu membeli hadiah yang mahal-mahal. Ini menunjukkan anda sentiasa mengingatinya walaupun anda sibuk dengan urusan kerja di luar.

14. Panggillah si dia dengan nama yang manja dan lembut

Panggillah si dia dengan nama panggilan yang romantik – sayang,baby ataupun honey berbanding memanggil si dia menggunakan nama. Ini dapat membezakan bahawa si dia adalah orang yang amat penting dalam hidup anda.

15. Kirimkan sms cinta kepada si dia

Ambil masa seketika dan kirimkan sms cinta kepada si dia. Katakan anda amat menyintai dan menyayangi si dia sepenuh hati anda. Pasti si dia akan berasa terharu selepas membaca sms anda itu.

Dan jangan lupa sms si dia setiap kali sebelum tidur. Biarkan si dia tidur bersama-sama dengan ayat-ayat cinta dari anda.

16. Tunjukkan bakat kesenian anda

Sekiranya anda berbakat di dalam bidang penulisan seperti sajak, puisi atau sebagainya, tuliskan suatu yang ditujukan khas kepada si dia. Atau mungkin anda berbakat dalam bidang muzik. Anda boleh bermain gitar sambil menyanyikan lagu tema percintaan anda berdua kepada si dia.Oh ya, wanita menyukai lelaki yang mempunyai bakat dalam kesenian terutamanya muzik. Kata mereka, lelaki jenis ini lebih romantik

17. Sentiasa berikan perhatian kepada si dia

Jangan tidak hiraukan dia. Sentiasa beri sepenuh perhatian pada si dia terutama ketika anda bersama dengan rakan-rakan anda. Sebab kebiasannya, apabila anda melepak dengan rakan-rakan anda, si dia pasti akan terasa diri diabaikan.

18. Jadilah penyokong setia di belakang

Sokonglah setiap idea dan cadangan si dia. Jika anda kurang bersetuju, mungkin anda boleh memberikan pendapat anda. Si dia pun mahu dengarkan pendapat anda. Bukannya kata-kata yang boleh melemahkan dan menjatuhkan semangat si dia.

19. Fahami dan peka dengan perasaan si dia

Sentiasa memahami dan sensitif dengan kehendak si dia. Elakkan daripada membuat lawak bodoh terutamanya ketika si dia sedang datang bulan. Silap-silap anda pun akan dimakinya.

20. Jadilah pendengar yang baik dan setia

Ketika si dia mengalami masalah dan tekanan, ketika inilah si dia amat-amat memerlukan seseorang disampingnya terutama anda. Jadilah pendengar yang setia. Berikan solusi dan sokongan kepada si dia.

21. Jadilah seorang yang bersikap matang dan tenang

Kata wanita, lelaki yang sentiasa bersikap tenang dan matang dalam setiap perkara dan situasi adalah seorang lelaki yang romantik dalam perhubungan? Betulkah?Memang tidak dinafikan. Jika anda bersikap sedimikian, si dia pasti berasa yakin dan selamat sewaktu berdamping dengan anda.

22. Mengambil berat keadaan si dia

Tanyakan khabar si dia ketika sakit dan bantulah si dia ketika si dia dalam kesusahan. Si dia pasti akan mengingati sikap anda yang baik hati dan caring.

Jikalau anda nak nampak lebih romantik, belikan ubat dan berikan kepada si dia.Dan tinggalkan pesanan supaya memakan ubat mengikut jam yang ditetapkan doktor.

23. Menolong si dia membuat kerja-kerja rumah

Bagi yang dah berkahwin pula, anda boleh membantu si dia di dapur, mengemas rumah ataupun menjaga anak. Kata orang tua-tua, ringan sama dijinjing, berat pula sama dipikul. Barulah rumahtangga aman damai.

24. Peluk dan ciumlah si dia selalu

Ehem-ehem! Tips ini hanya sesuai dipraktikkan oleh mereka yang sudah berkahwin. Yang belum berkahwin jangan nak mengada-ngada ek.Setiap kali sebelum keluar rumah untuk pergi bekerja, peluklah si dia dan berikan si dia ciuman di bibir sebagai tanda kasih dan sayang anda. Jangan pula anda berikan pelukan dan ciuman yang bernafsu.

25. Jadilah seorang yang menghiburkan

Hiburkanlah hati si dia dengan lawak-lawak anda ataupun cerita-cerita yang tidak membosankan. Biarkan si dia sentiasa berasa gembira dan tidak bosan sewaktu keluar bersama mahupun berbual dengan anda. Tidak perlulah anda perlu ke funfair ataupun menonton wayang untuk berhibur.

semua ciri -ciri di atas jangan tunjuk dan buat mase bercinta jer.. TAPI bila dah kawen ni la yang perlu sangat buat.. ehheheheee

No comments:

Post a Comment