Pages

Friday, 26 September 2014

KELEBIHAN SURAH WAQIAH

Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya"

Surah Al-Waqiah terkenal dengan khasiatnya sebagai ayat yang menjadi sumber kekayaan dan pelindung daripada kefakiran. Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa'ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis yang menceritakan tentang kelebihan surah ini kebanyakkannya adalah sahih.

Khasiat surah Al-Waqiah :

1. Surah ini merupakan amalan terbaik bagi wanita dan gadis sebagai pemelihara dan pelindung diri dari kemudaratan dan kemiskinan. Kelebihan surah ini dinyata dalam pesanan Uthman bin Affan kepada Abdullah yang sedang sakit tenat.

Uthman berkata : " Ini untuk anak-anak perempuan kamu selepas ketiadaan kamu. Beliau menjawab adakah kamu takut anak-anak perempuan kamu menjadi miskin? Sesungguhnya saya perintah kepada mereka supaya baca surah " Al-Waqiah" tiap-tiap malam.

Sesungguhnya saya dengar Rasulullah SAW   bersabda: "Sesiapa membaca surah "Al-Waqiah" tidak akan jadi miskin selama-lamanya."

2. Mereka yang membaca surah ini sebagai wirid, dengan izin Allah akan beroleh kesenangan dan kemudahan selama-lamanya.

3. Bila seseorang menjadikan surah ini sebagai kebiasaan dan membacanya setiap malam satu kali, maka dia akan terhindar dari kemiskinan.

4. Surah al-Waqiah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak. Insyaallah dipermudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, Insyaallah diringankan kesakitannya. Selain itu, boleh juga dibaca kepada orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.

Insyaallah dengan mengamalkan surah al-Waqiah saban hari sebagaimana yang diriwayatkan dalam hadis-hadis Rasulullah SAW, hidup kita akan sentiasa dimurahkan rezeki dan dilimpahi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Dengan izin Allah kita akan memperolehi rezeki yang melimpah ruah supaya kita berkesempatan melaksanakan amal jariah dan meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik.

Buat peringatan, amalan membaca surah ini janganlah hanya berpaksikan kekayaan dan kemewahan semata-mata. Sebaliknya bacalah surah Al- Waqiah ini dengan hati dan niat yang ikhlas demi mengejar keredhaan. 
Bacalah surah ini dengan besertakan niat apabila kita dimurahkan rezeki kelak, kita akan perbanyakkanlah amal ibadat dan jariah. Insyaallah dengan niat yang suci ini, Allah akan memperkenankan doa-doa kita dengan mudah.

Moga bermanfaat

No comments:

Post a Comment