Pages

Wednesday, 23 October 2013

MORNING SICKNESS DI AWAL KEHAMILAN.. BAGAIMANAKAH VITAMIN SHAKLEE MEMBANTU

Haiii... Seriussly sy dalam keadaan tak ok dah bape minggu gini.. Tapi masih bersyukur sebab ini yang mas nak.. heheheheh... Semoga anak mama ni kuat n sihat yee... ceh cehhhh! mama plak... hehehehhe.. tak pe lah amik feel.. kihkihkihhh... Biasalah di awal kehamilan semua bakal ibu pastinya akan alami morning sickness.. Tapi tak rase cam morning sickness pon.. sebab pagi, petang siang malam muntah-muntah jer.. kan2..???


Nak Tahu Apa itu Morning sickness...  Morning sickness atau rasa mual dan muntah biasanya terjadi pada masa 3 bulan awal kehamilan (trimester pertama kehamilan). Ia boleh berlaku bila bila masa. Kebanyakkan bermula seawal 6 minggu pertama dan berakhir pada lewat 16 minggu. Walaubagaimanpun, terdapat segelintir dari wanita yang hamil mengalami masalah ini sehingga ke peringkat akhir kandungan. Syukur saya hanya penah mengalaminya dalam 3-4x sahaja semasa awal-awal trimester pertama. Alhamdulillah..

Tapi skang alhamdulillah muntah xd sekerap seminggu lepas.. cuma makanan xbape nak masuk... kecian my chef masak beria tapi tak di makan pon.. sory sayang...hihihiihii... Lately, Bau goreng2, tumbuk cili memang busuk... keadaan ni baru mas sedar masa raya haji ari tu... Time masak memasak memang tak dapat join lah.. asyik dok mengadu kat hasben, "apelah mak masak.. busuk sangat"

Bagi ibu-ibu yang mengalami morning sickness..Kalau boleh nak cepat-cepat habis fasa ‘muntah-muntah pening-pening’ ni. But it’s all about our hormone. Harap bersabar. Kerana ganjaran yang anda akan terima setelah melalui macam-macam perubahan adalah sangat-sangat tidak ternilai.. Anak itu anugerah Allah yang paling istimewa kan?

Anda boleh mendapatkan ubat tahan muntah dari doktor. Atau anda boleh mencuba Set Pregnancy Shaklee. Di dalam set ini terdiri daripada:

Trimester 1:

Vitalea (Multivitamin)

B Complex

Vitamin C

Ostematrix (Kalsium-Magnesium)

Trimester 2 & 3:

Vitalea (Multivitamin)

B-Complex

Vitamin C

Ostematrix (Kalsium-Magnesium)

Omegaguard (Fish oil)



Yang mana satukah di antara suplement-suplement di atas boleh membantu mengurangkan morning sickness?

Jawapannya ialah B Complex dan juga Ostematrix!


Kenapa B Complex?



Kerana B Complex Shaklee lengkap dengan vitamin B 6.Vitamin B 6 merupakan salah satu daripada lapan vitamin B. Kesemua lapan Vitamin B memainkan peranan penting dalam membantu tubuh manusia untuk menukar makanan, terutamanya lemak dan protein kepada tenaga. Ia juga perlu untuk kulit yang sihat, rambut dan mata, dan sangat penting untuk fungsi hati dan sistem saraf. Tubuh juga memerlukan vitamin B6 untuk membuat hemoglobin, molekul dalam sel-sel darah merah yang membawa oksigen ke sel-sel badan.

B6 juga telah digunakan sejak tahun 1940-an untuk mengelakkan morning sickness. Ramai wanita mendapati bahawa mengambil B6 tambahan semasa bulan-bulan awal kehamilan sangat mengurangkan morning sickness. Beberapa kajian mendapati B6 ia adalah rawatan berkesan untuk loya.


Kenapa Ostematrix (Kalsium-Magnesium)



Tahukah anda Ostematrix boleh mengurangkan migrain a.k.a pening-pening?

Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium.  Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.



Jadi ibu-ibu mengandung, jum dapatkan Set Pregnancy ini dengan segera icon smile Morning Sickness di Awal Kehamilan: Bagaimanakah Vitamin B Complex & Kalsium Boleh Membantu? But at the end, just enjoy this moment..Sebab untuk merasai morning sickness anda harus mengandung terlebih dahulu ^__^


Masharyana | edmas077@yahoo.com | 016-6810844 | shaklee id 869907 | KLANG / SEKINCHAN

No comments:

Post a Comment