Pages

Thursday, 22 August 2013

Shaklee Peppermint Ginger Plus LEGA KAN ANGIN BADAN

Assalamualaikum... Misti Ramai dikalangan kita mengalami masaalah badan berangin. Bukan berangin yang naik angin tu. Ini badan berangin di mana gas atau angin di dalam sistem penghadaman (perut, usus kecil dan usus besar) datangnya dari 2 sumber iaitu, udara yang disedut dan bakteria yang terdapat di dalam usus besar akibat gangguan daripada sesetengah bahan makanan yang tidak dapat di hadam dengan baik dalam badan kita.

Terdapat individu yang mengalami masaalah badan berangin sehingga muntah-muntah dan sakit kepala yang melampau. Apa sebenarnya punca badan berangin ni?

    Makan makanan yang berangin:
    Kacang
    Sayuran seperti brokoli
    Kobis
    Taugeh
    Bawang
    Asparagus
    Buah-buahan seperti pear, epel dan peach
    Bijirin seperti roti gandum
    Minuman ringan dan jus buah
    Susu dan produk daripada susu dan keju
    Makanan dalam peket yang mempunyai laktus di dalamnya seperti roti, bijirin dan sos salad.
    Kalau anda baru berjinak-jinak dengan makanan yang banyak fiber seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, anda juga akan rasa berangin tapi lama-lama anda akan pulih. Dengan syarat minum air banyak-banyak.

    Tekanan atau Stress juga akan menyebabkan masaalah angin.

    Merokok pon salah satu puncanya sebab asap yang disedut tu terus masuk dalam perut.

    Makan produk tenusu. Sebabnya kita kekurangan enzim laktase yang menyebabkan laktosa tidak dapat dicerna lalu terus dipindah ke usus. Jadi, banyaklah gas terkumpul dalam perut.

    Makanan manis yang mengandungi gula fruktosa.

    Makan makanan yang banyak lemak dan minum air gas berbikarbonat. Biasanya boleh didapati dalam FastFood.

Bagaimana untuk mengurangkan simptom angin??

1- Mengambil makanan yang menggalakkan pergerakan peristaltik usus iaitu yang yang tinggi dengan fiber. Tetapi pengambilan fiber yang berlebihan juga boleh menyebabkan angin.

2- Minum air secukupnya. Air yang cukup bukan saja penting untuk sistem pelawasan tapi untuk proses ‘pernafasan’ sel. Sel yang sihat memerlukan air secukupnya untuk menjalankan pelbagai proses.
Pastikan air yang bersih dan bertapis memandangkan terlalu banyak pencemaran dalam air paip kita. Kalau biarkan air dalam gelas/jag beberala hari akan berkeladak!

3- Ambil sarapan yang seimbang dan minum air perahan lemon dan pudina untuk memudahkan pergerakan usus.

4- Makan dalam kuantiti sedikit tapi kerap, supaya perut tidak berangin dan tidak memberatkan usus. Makan ikut jadual yang biasa kita amalkan juga penting.

5- Lakukan senaman ringan. Walaupun sekadar berjalan dan gerakan anggota yang ringan, ia amat baik untuk peredaran darah dan fungsi sistem percernaan.

6- Catatkan makanan yang anda ambil. Jadi bila berlaku masalah angin, anda boleh mengagak makanan yang menyebabkan anda angin dan boleh mengelakkannya di masa akan datang.

7- Banyakkan mengambil buah-buahan, protein dari sumber tumbuhan, dan bijirin penuh yang menggalakkan pergerakan usus yang sihat.


Bagaimana Shaklee boleh membantu masaalah badan berangin??

Shaklee memperkenalkan produk Peppermint Ginger Plus bagi melegakan masaalah angin dalam badan. Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut. Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut.

Shaklee Peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.
sumber: shaklee

Jom cuba!! Larutkan 1 biji Peppermint Ginger Plus ke dalam air teh. Kacau sehingga larut dan minum. Sangat segar dan melegakan.. 

mari dapatkan  Peppermint Ginger Plus anda hari ni...



Masharyana | edmas077@yahoo.com | 016-6810844 | shaklee id 869907 | KLANG / SEKINCHAN

No comments:

Post a Comment