Pages

Friday, 12 October 2018

LIST KEPERLUAN PERSEDIAAN LEPAS BERSALIN



Sahaja aku nak mencoret hari ni untuk reminder sendiri dan sesiapa je yang tengah geng mengusha barangan untuk persedian bersalin nanti. hehehe

alhamdulillah Allah bagi nikmat dan rezeki lagi untuk timang baby lagi. 4y sudah dan kini the time will be happen. abang harith excited nak jadi abang nak dapat adik. mama papa lagi la excited and i feel alhamdulillah die boleh terima orang baru dalam hidupnya. ta sabaaa tau die nak adik. hihiii

Dari pengalaman lepas mase mengandung bersalin dan dalam pantang anak 1st. jujurnya hakak main redah je kau. tengok kakk atas kite berpantang. so kite follow je lah. takde prepare ape pon. tak terpikir nak pump susu ke botol susu ke. tak. sebab mase dulu tengok kakak xd pon prepare jadi maybe kite pon camtu jugak. hahah

tapi lepas seminggu berpantang i is da rase tak selesa. susu banyak. terpaksa pump. n terpaksa jugak susahkan hasben g beli. die blur sbb tak survey takde teman jadi main redah je. so kali ni get prepare . insyallah memudahkan semua pihak. amin

actually mase dalam pantang lagi hakak da rase susah. susah sebab susu keluar sampai baju basah. tau kan bau susu tu camne. asyemmm but rindu bau tu

even da pakai breast pad still basah . lelagi nak keluar jalan jangka msa yang lama. baby tido manjang, nak pi shopping. fuhh mase ni memang rasa susahnya tau. even mase tu harith da umo dekat 2y. rezeki susu die memang xle nak habak la. rezeki die sangat. alhamdulillah. harap si adik pon gini jugak.


jadi untuk kali ni. apa yang akak belajar dari lepas. akak memang perlukan beberapa item seperti dibawah ni.. tengok gambar ye. 

1) FREEMI  COLLECTION CUPS . 

akak rase nak pi mana even tak pump pon boleh pakai jadi selamat lah susu tak melimpah, baju tak basah. ye dok. tapi regenye bukan mainnnnn lagi. fenin mak nak. hahahhaha




Ni mas listkan kelebihannya ok. 

Okay-okay ini bukanlah pam hanya collection cup sahaja tetapi bayangkan anda mengepam susu tanpa perlu menyelak baju anda. Menarik bukan?
 Freemie Collection Cups  datang dengan dua size iaitu 25mm dan 28mm
Ya, harga untuk collection cup ini agak mahal, tetapi jika anda tidak kisah, anda boleh mendapatkannya di dalam group preloved Facebook dengan harga lebih murah. Jangan bimbang, collection cup ini boleh disesuai dengan pam-pam seperti:

Spectra : M1, S1, S2, S3, Dew 300, Dew 350.
Unimom : Forte, Allegro.
Medela : Freestyle, PISA, Swing, Swing Maxi
Autumnz : Passion, Bliss.
Lacte : Duet, Solo
Malish : Mango, Ilaria
Snow Bear : Single advanced, Micro computer.
Philips Avent
Ameda Lactaline

Kelengkapan yang didatangkan dalam pakej ini:
2 x Collection cup
2 x 25mm funnel
2 x 28mm funnel
2 x Tubing
3 x Quick connector
2 x Backflow Protector
3 x Short tubing
1 x T-connector

2) REAL BUBEE DOUBLE ELECTRIC PUMP

pump breast ni kecik je. tu yang rase terminat. nak pump mase naik moto pon rilek je. boleh simpan kat poket. kan freemie collection tu ngam dengan semua jenis pump. anad akak pon ade review bf mom pakai brand ni. syok je.. heheheh

lagipon murah. tak sampai rm50 tau beli kat shopee je

akak da bagi anak panah tu.




3) DOONA STROLLER & CAR SEAT


kenapa doona jadi pilihan, kalau pk harga memang ade je stroller lain harga jauh lebih murah. kat tesco pon murah. TAPIIII akak nak jimatkan space krete akak yang cumel tu. 

kau la gaiss. mase blm ade anak even naik kelise pon space kosong tu besar sangat. dapat anak sorang. jahanam takde space kosong langsung even naik BMW. hahahah


betul kan??

jadi doona ni jadi pihan sebab 2 in 1. jalan2 tak larat dah nak dukung. adik duduk la dalam stroller ye. mak tolak ja. ahhaha
dalam krete dok lah dalam car seat. mak takmo pangku dah. abang harith sekarang da 4tahun masih dok riba mak kat seat depan. kang sat gi adik kuar tah macam mana la abang hang adik oii

lagi satu, senang mak nak pi pos opis, nak hanta amik abg sekolah. hang dok tido ja dlm car seat ye. senang keje mak nak.. hihiiii


4) NURSING PILLOW


Di sebabkan mak bakal dibelah perut lagi . nak menyusukan anak tu perlu support. macam pengalaman lepas time nak bf baby kabut carik bantal. hahha

kali ni ade bantaL khas untuk bf. lelagi time tengah malam. ya tuhan. orang lain sedap tido baring. mak duduk bertapa nakkk.



5) NURSING COVER



ni pon penting gak. lelagi bila kite kat luar rumah atau time orang ramai. sebab dari pengalaman lepas. akak nak pi renew ssm. biasalah mahluk allah punyalah ramai kau. harith da melalak meraung nak susu. akak pujuk pon tak jalan. sebab mase tu die bf fully lagi. 

terpaksalah jugak selak nak bagi die kenyang nk tido. pak die la dok cover. hihiii. time tu pulak kite takde terpikir nak pakai baju free nursing kan. haruu jugak lah

now akak lebih bersedia untuk yang kedua kalinya



6) GABAG COOLER BAG

Ni tak bape nak penting sangat. tapi boleh di consider kot. hehehehhe

nak simpan susu, kain baju baby masuk dalam 1 beg

jimat space sebab insyallah tak perlu termos bagai,heheheh



7) RASKOG


Ni macam perlu ja. senangkan untuk heret pi sana sini. takyah nak berangkut. hihiiii


insyallah kali ni fully berpantang rumah mak. hasben yang syorkan sbb nak berpantang sendiri harith da start scholl tahun depan. nak hanta amik die pi school tu nanti jadi masalah. bab makan tu maybe boleh amik servis pantang food. kerja rumah die boleh handle tapi bab nk ambik hanta scholl je nanti.

jadi next year abang terpaksa tumpang scholl kat kg dulu la ye.. hihiii


barang sampingan lain like baju/ botol susu / jamu pilis bagai  tu memang wajib dah. kalau nak list memang banyak gilosss mak nak. hahahah

tapi mak list yang penting dulu la. kot2 esok lupa. bagi mak. bende ni memang memudahkan mak nak berpantang kelak supaya tak menyusahkan orang lain. insyallah 

Nak sediakan semua ni memang perlu bajet besar. alhamdulillah untuk ini kami da get ready. gigih menabung kau.. sebab kite dah rase susahnya. opkos next ni nak senang dan memudahkan semua pihak kan. 

untuk preparation. bisnes akak alhamdulillah makin stabil walau bagai datang tak undang. must strong. kene kuat jangan rompak duit saving. tu lagi kene kuat tau. next lain solution. main kutu untuk cover aim lain. hihiiii'

korang pon boleh , usaha lebih, rajin lebih insyallah allah tolong. yang pasti niat kene betul ya gaisss

moga bermanfaat sharing ini. next akak share lagi ye